5.20.2014

KELAS COOKIES, KEK HANTARAN, WEDDING CAKE, KEK LAPIS

Assalam. Lama sungguh saya membiarkan website ini bersawang. Sehingga ada rungutan. "Kak. akak tak buat kelas dah ke?" Jawapannya, "buat, tapi annoince di fb saja." 
"Kak, akak dah tak buat kek ke?"
"Buat tapi tak sempat nak blast gambar."
Begitulah....selepas banjir 2013 yang menarapkan bakeri (sesungguhnya segalanya hanya pinjaman Allah semata2), saya berjuang untuk naik semula seolah2 dari zero. Doakan saya dapat melepasi caran2 yang terbentang.

Ok jadual kelas  sehingga 7 jun...
Jom ke kelas dua kek yang lazat ni. 

Camana nak jadikan sama saja tinggi kek rainbow, camana nak moistkan lapisannya, camana nak handle fresh cream dan softkan rasa cheezy pada snowy cheezy. Camana nak berikan rasa strawberry yang cari di mulut untuk setiap lapisan keknya. Semua ini dalam kelas gorgeous cake pada sabtu 24 mei 2014 jam 9 pagi, yuran 180. Hands on. Berminat call saya 0139823030, 018-2772769
KELAS GORGEOUS CAKE (PART 1)
RAINBOW CAKE WITH SNOWY CHEEZY, STARWBERRY ICE CAKE
SEMI HANDS ON
24 MEI 2014 (JAM 9 PAGI) * JAM 2 PETANG ADA KELAS 3 TIP TOP COOKIES rm150
YURAN: RM180
AKADEMI BAKERI ZATI D HATI, TINGKAT ATAS WISMA A.L. WARISAN BERSATU, JALAN BUKIT UBI, KUANTAN
BERMINAT? LOCK PENYERTAAN DENGAN DEPOSIT RM80 KE AKAUN MBB AKADEMI BAKERI ZATI D HATI 556011057761. HANTARKAN NAMA DAN MODUL ANDA KE HP SAYA 013-9823030/ 018-2772769



Kelas 3 tip top cookies RM150, 24 Mei, 2 petang, Zati D'hati
Kelas Biskut Set 2 , 7 Jun, 9 pagi , Chef Zaidah. RM 220
Kelas Premium Cookies, 7 Jun, 2 petang, Chef Zaidah RM 250
Masih ada kekosongan. Hubungi saya 013-9823030/ 0182772769
Anda nak belajar kukis yang sentap punya rasa? Sekali makan teringat sampai bila2? Anda nak hidangkan dengan banga di meja tetamu atau nak buat duit raya? Akademi Bakeri Zati D'Hati menyediakan 3 kelas biskut sentap:
KELAS 1: 3 TIP TOP COOKIES RAYA
RAINBOW, UNTAIAN MUTIARA, TAT MAWAR
INSTRUCTOR: ZATI D HATI
24 MEI 2014 (2 PETANG)
RM 150
_______________________________________________

KELAS 2: SET COOKIES SENTAP 2
7 JUN (PAGI)
RM 220
INSTRUCTOR: ZAIDAH IBRAHIM
CHOC ALMOND TWIRL, CORN CUP, ALMOND BUTTER DROP, SNICKERS CALL, BITTERSCOTCH BARS, CRUNCHY NESTUM, COCO CHERRY, ZIPPY ORANGE, SNOWY COCONUT, DARK SWEET OAT. DIBERI 5 RESEPI PERCUMA TERMASUK LIDAH KUCING DAN BISCOTI

_______________________________________________

KELAS 3: SET CCOKIES PREMIUM
7 JUN (PETANG)
INSTUCTOR : Zaidah Ibrahim
rm 250
HONEY BAKLAVA COOKIES
ALMONDY CHOCOLATE COOKIES
FUDGE FRUIT BISCOTTI
CHOCOLATE INDULGENCE COOKIES
CREME BRULEE COOKIE BAR
WHITE CHOC MACADEMIA COOKIES
FRUITY PAVLOVA COOKIES
STRAWBERRY CHEEZY COOKIES..
(percuma 5 resepi termasuk samperit cheese)

BERMINAT? HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9823030, 018-2772769.


KELAS KEK LAPIS SARAWAK (diajar menggunakan oven biasa dan oven kek lapis)
1 Jun 2014
RM 190 (jam 10 pagi hingga selesai)
CTA: 013-9823030/ 018-2772769
Instructor: pakar kek lapis dari Layer's MNIA, Nurrul Nadrah
lokasi: akademi bakeri zati d hati, tingkat atas wisma a.l. warisan bersatu, jalan bukit ubi, kuantan.

Module kek lapis tradisi sarawak

Akan belajar
Kek lapis evergreen
Kek lapis masam manis

Istimewa/bonus hands on dlm kelas
Kek lapis zigzag
Kek lapis harimau malaya
Percuma
1resepi istimewa..

Rahsia kek lapis sarawak,misteri sukatan kek lapis dan cara menghasilkan lapisan yg sekata..perbezaan kek lapis tradisi dan moden 

Ketahui kek yang sedap untuk dijadikan kek perkahwinan. Apa pula kek yang bagus untuk peruntukan yang kecil? Bagaimana nak sedapkan kek sponge untuk orang yang bajet rendah? Dibekalkan dua resepi yang enak -satu konsisten, satu kurang konsisten. Cara melepa kek. Latihan untuk border di atas papan dan dummy. Buat roses dengan kon atau tanpa kon - pilihan di tangan anda. Pilih design kesukaan anda- simple, sarat barat atau berawan larat, saya akan tunjukkan. Bagaimana packagingnya untuk penghantaran yang nampak kemas dan sempurna? semua ini dalam kelas wedding cake pada 31 May 2014, bertempat di akademi bakeri zati d hati di jalan bukit ubi, kuantan. kelas mula jam 10 pagi. hubungi saya 013-9823030, 0182772769
KELAS: WEDDING CAKE
INSTRUCTOR: ZATI D'HATI
31 MAY 2014, MULA JAM 9 PAGI.
YURAN: RM400
LOKASI: AKADEMI BAKERI ZATI D'HATI, TINGKAT ATAS, WISMA A.L.WARISAN BERSATU, JALAN BUKIT UBI, KUANTAN.
HP: 013-9823030/ 018-2772769
PENGISIAN MODUL:
- BANCUH BUTTERCREAM UNTUK FROSTING DAN BUNGA
- COATED
- DESIGN
-ROSES
- PASANG PILLAR
* LATIHAN ATAS BOARD DAN DUMMYH SEBELUM BUAT ATAS KEK

Jom belajar deko kek hantaran bermula dari membancuh buttercrem sehingal siap deko. latihan dibuat di atas papan dan dummy sebelum berpindah ke atas kek.
KELAS: SPECIAL DECO BUTTERCREAM
(SESUAI UNTUK HANTARAN, HARI2 ISTIMEWA )
TARIKH: 25 MEI 2014
JAM: 9 PAGI- 1 TENGAHARI
YURAN: RM 200
TEMPAT: AKADEMI BAKERI ZATI D HATI, TINGKAT ATAS, WISMA A.L. WARISAN BERSATU, JALAN BUKIT UBI, KUANTAN
CTA: 013-9823030/ 018-2772769
PENGISIAN MODUL:
- CARA MEMBUAT BUTTERCREAM YANG ENAK
- CARA MEMBUAT BUTTERCREAM UNTUK BUNGA
- BELAH & FILLING
- CRUMB COAT
- FROSTING & SMOOTHING
- DESIGN ATAS DAN BORDER
- ROSES
- BAWA 3 TOWEL DAPUR, GUNTING KECIL



11.15.2013

SEMINAR INTENSIF USAHAWAN BAKERI MALAYSIA (ONLINE & OFFLINE)

SISTEM. Saya percaya ramai di antara kita yang rasa tunggang langgang, penat tak kesudahan, banyak duit masuk, banyak juga duit keluar...akhirnya kelelahan. Ini adalah kelemahan yang perlu kita perbaiki supaya kita boleh memecut ke hadapan. Ketika saya menghadiri Intensif Usahawan Bakeri 1 Malaysia, saya rasa ilmu yang terkandung di dalam seminar ini amat berharga. Saya rasa ia perlu diketahuo oleh usahawan2 lain- usahawan online dan offline. Ramai sungguh antara kita yang tidak bersistem. Jadi saya minta Puan Aishah Raymond ke tempat saya, akademi bakeri zati d'hati... supaya memudahkan usahawan2 yang berdekatan menimba ilmu di sini. saya kongsikan  maklumat di bawah...sila baca ye...

Seminar Intensif Usahawan Bakeri Malaysia! 2 lokasi iaitu di Seremban dan Kajang telah PENUH!! Kini rebut peluang di lokasi selebihnya. Siapa cepat dia dapat!


1..23Nov2013 -PenangHerda Johan) 0184030612 Rm299

2.30Nov2013-Perlis (Najah Farahin) 0125735856 Rm299

3. 7 Dis 2013- Kuantan, Pahang, Zati D'hati 013-9823030 RM299

Coach handalan Aishah Ramond.
Tempat: Akademi Bakeri Zati D'Hati, Lorong Sg Isap Jaya 2, Kuantan.
Hubungi: 013-9823030

Sebelum lebih tunggang lagang dan tidak teratur, jom laburkan RM299 untuk elmu yang sangat berguna. Belajar bagaimana :
.1. Menghasilkan Standard Operation Procedure (SOP) dalam semua kerja anda.
2. Bagaimana rancang simpanan stok
3. Cara pengiraan yang betul pada kos produk anda
4. Planning Sales (berapa ribu sebulan?)
5. Bagaimana letakkan target pasaran
6. Bagaimana untuk buat marketing strategy
— with Aishah Ramond

###nak tanya kat mana buat ssm, kat mana nak buat suntikan, tanyalah kawan2 yang dah niaga atau tanyalah encik google.

####kalau ada masalah nak buat kek sapa nak jaga anak, sapa nak hantar ambik anak sekolah, tangan dua je macamana nak kasi cukup tangan, yang tu jangan tanya dalam kelas...yang tu ajaklah orang2 yang paling akrab berbincang tak kiralah suami ke mok pok ke, tok nenek ke.

####Kalau anda tak cukup budgect, camana nak cukupkan budgect, tanyalah puok gerabok atau bank.

Yang tu saya tak sediakan kelasnya. Tapi kalau aok mue cari kelas camana nak atasi kelemahan diri yang dok pernoh ada sistem, camana nak atasi sikap gila kuasa, camana nak lonjakkan bisnes dengn cara upgred sistem, jom sertai...

10.08.2013

BUSY IS MONEY?

Assalam. Busy is money, kata ramai di antara kita. Memanglah, ramai di antara kita menganggarkan sibuk adalah wang. Kerja lebih masa= duit. Dapat banyak tempahan = duit. Busy body=duit (yelah, bila anggota busy, duit pun masuklah kan heheheh). tapi ada jugak yang saja2 busy, duit tak masuk pun, masa habis begitu saja... nak kata busy kat kelas agama tak pun. masa habis kat mana? saja2 sibukkan diri depan facebook. yang pandai guna fb untuk buat duit tak pe la... yang dok ngadap game pagi ke petang tak kenal siang malam. Jangan jadi macam kat negara china tu, mati kerana berhari2 tak makan berlawan game.. aduhai. Jadi taklah semua yang busy tu buat duit. Ada juga busy tu yang perabih duit, perabih karan, perabih beras je. Setuju setuju setuju?
Jadi, mari kita pegang kepada sibuk itu duit. Tak reti sibukkan diri, kita sibukkan diri. sekarang ni nak berniaga tak semestinya ada kedai besar, ada kiosk, ada cafe. kalau nak berniaga kain baju, tak perlu ada kedai baju, kedai kain. Kalau tak ada modal nak beli kain, nak beli baju untuk jual, masih boleh berniaga. jadi agen dropship, jual online saja. Papar gambar dan jual online...jadi orang tengah, dapat duit jugak, pendek kata kena busykan diri.
Kalau nak jual kek, roti, pastri memang kerana betul2 minat, masih boleh jual walau tak ada kedai kek, tak ada kedai bakeri, tak ada cafe. cukup buat duit dari dapur sendiri. tapi kalau tak ada ilmu, pi lah belajar. memasak ni kena konsisten rasanya, jangan main campak debab debuk. kena ada sukatan. lagi pulak kalau buat kek, roti...dok sama dengan buat lempeng batak.
Orang lain pi belajar,top up diri, kita pun kenalah jugak. taklah kita ni tau itu itu itu aje....
hahahaha lama tak uopdate blog...bila dah tekan keyboard , panjang2 pulak bebelnya...dah tangan penuliskan...
ok jadual bulan ini, bertempat di akademi bakeri zati dhati. lorong sg isap jaya 2, kuantan.

19 & 20 oktober   kelas western food chef amer (pilih satu tarikh saja) belajar 7 menu -RM 300

20 oktober juga di tingkat bawah, ada kelas juga oleh puan mirawati mohammad. modulnya sebelah pagi buat bakul dan tat nenas bentuk buah rm350.  sebelah jam 2 petang pula ada kelas tat nenas bentuk buah saja , cuma rm200.
25 oktober - kelas hantaran fondant -RM350
26 oktober-  kelas kek miss pretty hazel, kek nangka mastura, kek banananut butterscotch - RM199
10 november - kelas hasnah saidin popia basah dan roti jala lengkap dengan kari dan sweet sour sos rm180
                       (pagi)
                     - kelas hasnah saidin frozen food RM200
23 November- kelas roti nor jannah dari sik kedah...haaa... begitu elastik...rm300 (kelas ni siap ajar kosting lagi, banyak lagi...ada 10 jenis termasuk bread cup untuk buat door gift)
24 november- kelas piza dan donut norjannah - rm300
lain2 tarikh yang kosong tu, boleh minta kelas apa pun dalam grup atau personal. calling2... hamba ni senang je dibawok berbincang.


lekas, lekas,...sapa nak email saya kat zatidhati@gmail.com atau hello saya 013-9823030.









5.18.2013

AMOS AMORE- PERLUKAN PENGEDAR

Assalam, sahabat sekalian.
Akhirnya, setelah berbincang dengan en kasih dan anak2, maka kami membuat keputusan untuk menjadikan amos amore sebagai produk tetap kami. TETAP bermaksud ianya sentiasa dijual, bukan di musim raya sahaja. AMOS AMORE diadun dengan mentega, rangup oleh gabungan oat, badam cincang dan dark choc BERYL'S.
Bagi memberi nilai kepada orang lain, kami ingin membantu anda yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi ejen kami. Bagaimana nak jadi ejen? Syaratnya mudah sahaja. Untuk pembelian kali pertama anda perlu membeli minima 5 bekas, anda akan dapat satu bekas percuma. Pembelian pertama ini berharga RM75. Untuk pembelian seterusnya, anda boleh beli sebanyak mana puin bergantung stok. harga tolak adalah rm 15. Anda boleh mengaut keuntungan dengan menjual pada harga paling maksima RM22.
Anda takkan menyesal jadi ejen kami, percayalah. Kesedapannya akan membuat orang oder dan oder lagi... Hubungi  saya 013-9823030.

3.04.2013

JADUAL KELAS MAC 2013

kelas2 berikut akan diadakan di akademi bakeri zati d'hati, kuantan. Hubungi saya di talian 013-9823030 (panggilan saja)
6 mac- pagi: novelty cakes, ptg: cake in jar
9 mac- semi hands on pilihan(fully booked)
10 mac- kelas semi hands on superb choc cake
12 mac- kelas DIY roti
13mac- kelas DIY asas cupcake
14 mac- kelas DIY foncant gift
15 mac - kelas semi hands on pavlova
16mac- kelas DIY roti
21 mac- kelas DIY fondant cupcake
22 mac- kelas semi hands on superc choc cake
24 mac- kelas DIY intensif cartoon artwork by Noni Creative Cake
25 mac- kelas DIY intensive cupcake
26 mac- kelas DIY birthday cake kids & kek hantaran
27 mac- kelas mini pack cake
30 mac kelas tat untuk anak2
31 mac kelas aneka piza untuk anak2
31 mac kelas aneka talam Yuslindhia

2.16.2013

TAMBAH KEPAKARAN

Assalam, sahabat-sahabat zati d'hati.
Nilai diri kita perlu ditambah hari ke hari. Cari kepakaran agar dengan kepakaran itu kita boleh menambah pendapatan sekaligus menambah diri dan dalam masa yang sama kita dapat membantu orang lain. Berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, kata Dr Azizan Osman, benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Jaga hubungan kita dengan Allah. Jangan suka komplen, jangan suka cari salah orang lain. Mesti tambah kepakaran diri. Mesti banyak memberi kerana dengan banyak memberi, kita akan dapat lebih banyak dari Allah.
Sahaat-sahabat, jika kita tiada kerja, kita perlu cari kerja. Pertama untuk mengisi masa. Kedua kerana nak redakan ketegangan. 3. Punca pendapatan. 4. Tambah nilai diri agar orang melihat kita bernilai.
Yuk...lihat jadual kelas. ada sesiapa yangh berminat, bolehlah email zatidhati@gmail.com atau call saya 013-9823030.

24.3.- kelas Intensive Cartoon Artwork- instructor Chef Rahani Abdul Rahman a.k.a Noni's Creative Cake. RM 280  (deposit rm100)
31.3 - kelas aneka talam part 1- RM 250 (deposit RM50). Belajar 10 jenis talam. Instructor Yuslindhia JB
6.4 - kelas chef amer kek komersial 1- RM270
7.4 - kelas kek kukus chef mirawati mohamad RM250

Kalau nak, call terus. jangan tunggu lama2 sebelum hasrat jadi beku. FAST ACTION, FAST RESULT

1.22.2013

KEK SEMBAH TAHNIAH UNTUK TUANKU

Assalam. Setelah berminggu menunggu blog saya kembali fungsinya seperti biasa (untuk beberapa lama link untuk upload foto dari fail lenyap dari blog saya), akhirnya alhamdulillah pagi ini terkabul hasrat. Rakaman ini adalah antara keindahan di dalam tahun 2012. Setelah berkali-kali mengalami pengalaman pedih yang melibatkan kek tuanku, selalunya ada saja halangan, peluang diambil orang. Pernah satu ketika, saya telah melakukan sebahagian artwork tetapi tiba-tiba pihak tertentu membatalkan kerja yang diserahkan kepada saya demi memberi laluan kepada kroninya. Memanglah menyedihkan, tertitik juga air mata kerana saya dah berpenat lelah tetapi setelah habis air mata itu, saya cepat2 berpaut kepada 'lepaskan dan terima dengan redha, Allah akan meberi rezeki yang lain.'
 
Untuk kek tempahan Lembaga Muzium Negeri Pahang ini sebagai satu sembah tahniah sempena hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, saya diminta menyediakan carrot cake dengan saiz 36x48x5". Cabaran pertama- papannya. Saya minta seorang tukang keranda tolong potongkan plywood tebal mengikut saiz yang saya berikan. Kedua- nak tutup dengan apa? Ke sana ke mari cuba mencari orang yang sanggup membuat penutupnya, tetapi banyak halangan muncul. Maka kawan saya Masfihan Yusof sehari suntuk membuat penutup yang sangat sistematik mengikut hemat saya. Dengan ukuran yang tepat, penutup itu elok2 saja sama padan dengan papan kek malah ada lubang di penjuru  penutup yang memudahkan kami untuk membuka dan menutupnya. Saya ambil masa sehari untuk bakar walnut, mencelah di antara kerja2 lain di bakeri. Sehari untuk bakar carrot cake dan uli fondant. Dan bermula pada 5 petang esoknya, kerja melapis kek dengan filling cream cheese. Bersambung ke malam menutup fondant, memasang jaluran negeri pahang pada tepinya. Membawa ke pagi membuat artwork potong dan tampal logo.
 
Dalam pada itu juga kami menyudahkan 400 biji giant muffin siap dengan kotaknya sekali untuk diagihkan kepada tetamu2 pada malam penutup rebranding Muzium Sultan Abu Bakar Pekan. Alhamdulillah, segalanya selesai.
 
 
 
 





1.03.2013

2013

Pesan sifu saya, Dr Azizan Osman, buat blog. Ye, saya sudah ada blog tapi saya jarang update blog. Begitu sempit waktu saya setelah buka bakeri dan kelas. Bekerja punya teruk tapi tak jadi jutawan juga! setiap hari terikat dengan order, chiller perlu dipenuhkan tetapi itu bukan bererti duit masuk setiap hari. Lokasi kedai yang jauh ke dalam. Orang dari seberang bandar perlu menempuh beberapa trafic light untuk sampai ke bakeri saya. Hari Jumaat pasti terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas untuk ke bakeri saya. Walk in customer kurang, tidak seperti di bandar. Di bandar, meskipun sewanya mahal tetapi walk in customer pasti ada datang membeli kek2 yang tersedia di chiller. Jadi saya bergantung  80% kepada online sebenarnya (tapi saya tak update blog). Bererti saya bergantung kepada regular customer yang membuat order secara online  atau kepada pengunjung2 blog saya yang lama bersawang.  Terima kasih kepada yang masih menyokong produk saya.
Positioning- kata DAO. Ye, di sinilah saya :-) dengan harapan dan doa. 

4.08.2012

DI ANTARA KELAS2 DALAM APRIL


ASSALAM. Saya nak promo kelas. Raya meskipun terasa jauh lagi tapi pejam celik pejam celik tiga bulan lagi kita puasa. Sample biskut raya perlu edar awal2. Anda cari biskut terbaru yang  enak dan lembut? Saya bawakan kepada anda Kak Mas Delight. Pada hemat saya, beliau memanglah pakar biskut cuma dia kurang menyerlah kerana tidak arif IT tapi  Allah berikan dia kepakaran membuat biskut dan kek. Kenapa saya bawakan kepada anda? Kerana saya telah meraih banyak rezeki dengan menggunakan ilmu dari kelas biskut dan cheesecakenya. Kelas ini amat terhad. Doh biskut dibuat hands on beramai2 dan hasilnya boleh dibawa pulang.

KJedua kelas steam buttercream. Cantik dan muluskan tetapi banyak resepi yang retak. Saya bawakan kepada anda resepi yang tidak retak dan enak. Ada yang sms saya kerana gembira steam bc yang dipelajari dari saya sungguh enak...ada customer yang koret pinggan sampai licin. Jadi siapa yang kata resepi yang ada shortening itu tidak enak, anda salah!!!


Ha, ini pula kelas Red Velvet dan Indulgence versi Zati D'hati. Aha, jangan tak percaya...resepi2 ni semuanya enak belaka. Slelau saja pelanggan yang beli kek2 ini buatan saya  akan buat repeat order. Alhamdulillah .
Jadi sesiapa yang nak attend kelas ini, pm saya ye. Telefon pun boleh. 0139823030.semoga usaha kita ini mendapat redha Allah Taala. Amin
A

Biarlah...saya redhakan...

Assalam. Membuka bakeri memberi pelbagai pengalaman yang 'mengasyikkan'. Bukan saja bertambah pelanggan dan kenalan, tetapi juga ada orang yang tibatiba menganggap kita sebagai musuh. Saya terima itu sebagai rencah. Saya tidak pernah menganggap rakan  baker sebagai musuh. Semakin ramai orang tahu masak dan hias kek, semakin berkembanglah dunia makanan halal. Saya tetap akan bersangka baik meskipun cerita yang sampai ke telinga saya ni pelbagai macam. Kalau ikutkan hati memanglah nak sumbatkan kepala  orang2 ini ke dalam lubang tandas dan flushhhh tapi hati selalu ingat, "tak apalah. biarlah dia buat, aku bukan nak hidup menongkat langit pun." Saya biarkan mereka membawa cerita setakat mana yang mereka mahu dan mampu di samping saya terus mengakui setiap orang ada kelebihan masing2, bersyukur atas yang Allah berikan, tidak perlu cemburu kepada orang lain, tidak perlu memusuhi orang lain kerana itu adalah sikap takutkan bayang2 sendiri. Sentiasa positif, zati...biarkan si luncai terjun dengan labunya. Nawaitu yang bersih mesti disimpan kejap dalam diri. Mesti. Selebihnya, tak perlulah saya bercakap banyak, Allah lebih mengetahui. Saya maafkan setiap kesilapan mereka. ini penting supaya saya sentiasa tenang dan menyedari hidup ini tidak lepas dari hukum Tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails