3.28.2008



Rasai perbezaan moist choc cake dengan parutan choc yang mewah dan hirisan peach.

3.15.2008

FONDANT & SUGAR PASTE









Untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan, tahan cuaca panas - fondant disyorkan dengan tekstur kek butter atau kek buah.

3.12.2008

LITTLE PRINCESS

Maniskan hari si manja anda dengan kek Little Princess. Pilihan warna little princess di tangan anda.
Little Princess boleh dibebaskan di atas board sahaja atau diletakkan di atas stage yang menjadi platform atau padang. Dekorasi menggunakan noozle star lebih mahal daripada lining piping dan frills.

Tanpa Platform:
Buttercake RM 70
Sponge Cake RM 60
Chocolate Moist RM 80

Dengan platform:
Chocolate Moist - paling minima 1.5 kg RM 70
Butter cake - RM70


Testimoni: Encik Farid, "ini bukan kek untuk harijadi Aishah. Tapi dia masih teringat-ingat kek patung masa harijadinya dulu. Makin happy dia kerana ada cupcake chocolate moist dengan tulisan BEAUTY AISHAH."
_____________________________________________________________


Testimoni: Masmawar email, "buttercake bahagian atas tu sedap tapi chocolate moist yang dipulun dulu. kek ini perlu dikeluarkan dulu dari peti ais sebelum dihidangkan. Terimakasih, kak."
_____________________________________________________________

Testimoni: En. Farid beritahu, "Kek sponge ya, kak? Tapi filling orange di dalam buat kek tu rasa sedaplah. apalagi aising pun rasa oren juga."

____________________________________________________________________________________


Hazelnut buttercake untuk si manja Zahra Karmila.
Kamariah said, "Sorry, Kak Ti , tak dapat hantar gambar Karmila potong kek. Cantik barbie tu. Sedap pun sedap."
_____________________________________________________________

Susah untuk saya buat Little Princess ini untuk Mimi, staff Lembaga Muzium Negeri Pahang. Ia menggunakan American Cheese Cake yang begitu lembut dan gebu. Banyak adunan yang diperlukan untuk buat kek setinggi ini.
Kata Mimi, "Tak tahulah mengapa boss tu buat kek barbie ni untuk saya. Tapi cheese cake memang kesukaan saya."
_____________________________________________________________










Kek ditempah Encik Farid, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk anaknya Aishah dan anak-anak saudaranya, Icha dan Izzah. Untuk memenuhi budgect Encik Farid, saya menggunakan sponge cake dengan filling yang berbeza - blueberi, orange dan strawberri. Warna-warna ini adalah pilihan Encik Farid.
Kata Encik Farid, "Happy budak-budak tu sesekali dapat kek patung macam ni."

___________________________________________________________________




Puteri millenium dengan gaun gold di atas stage. Semuanya daripada kek sponge! Diperisakan dengan filling orange di bahagian bawahnya dan choc ganache di bahagian gaunnya.
Kata Zul, "anak aku suka sungguh sampai dia jilat aising pada patung tu. Aku pulak rasa malu tiba-tiba!"
:-)
___________________________________________________________________


Chocolate moist sebagai platform untuk Little Princess beraksi. Gaun daripada orange buttercake dengan filling orange.
Kata Jaslina, "kak, chocolate moist tu very very moist. Kita orang suka sangat. Orange buttercake tu pun sedap. Buttercram pun tidak manis sangat. Semua tu sesuailah."



3.08.2008

choc make u `crazy'?




SPORTS
























Tersayang anda seorang sporty? Manifestasi sukan kegemaran orang-orang tersayang di atas sebiji kek. Foto di atas, hiasan kek menggunakan fresh cream. Boleh digantikan dengan hiasan buttercream dan filling kesukaan anda.

CARTOON ARTWORK

































Pilihlah karektor yang sesuai dengan minat anak-anak. Teknik ini juga boleh diaplikasikan kepada melukis logo dan lain-lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails