9.05.2009

IMEJ DI ATAS KEK - CARTOON ARTWORK

Salam.
Imej di atas kek kini dihasilkan dengan teknik melukis dan edible image. Jika edible image terhasil daripada kecanggihan it yang dipindahkan ke atas icing sheet, cartoon artwork pula terhasil daripada calitan buttercream atau piping jelly. Bagi memenuhi kehendak customer yang mahukan imej di atas keknya, mereka boleh diberi pilihan menggunakan edible image ataupun cartoon artwork. Cara mudah ialah dengan menggunakan edible image. Bagi yang kurang baject, pilihan kedua adalah cartoon artwork.
Bagi anda yang tidak pandai melukis, teknik cartoon artwork adalah yang terbaik untuk anda sekiranya pelanggan menolak edible image. Teknik ini akan memberikan anda satu kemahiran mudah untuk melukis imej. Selebihnya anda perlu warnakan dengan piping jelly. Perlu anda tahu bahawa teknik cartoon artwork menggunakan piping jelly adalah berbeza dengan menggunakan buttercream. Seandainya pelanggan punya baject lebih, anda bolehlah kreatifkan lagi hasil kerja anda.
Bagi yang baru dalam dunia deko, anda boleh mencuba teknik cartoon artwork ini. sekali mencuba belum tentu anda akan dapat hasil yang memuaskan. apabila kita memutuskan untuk mencuba sendiri, maka trial dan error ini perlulah dilakukan berulangkali sehingga anda memahami ragam cartoon artwork. Kalau nak dapat terus, bergurulah. Bake & Deco Class Zati D'hati membuka kelas cartoon artwork (piping jelly) dengan harga RM150. Sekiranya anda mengambilnya bersama kelas 3D (little princess, kereta, istana, bola), anda hanya perlu membayar RM250. Anda jimat Rm50.

Foto rakaman:
Tempahan Mastura. Saya kreatifkan dengan sebakul penuh straweri. Bakul telah saya anyamkan dengan choc ganache.


Tempahan Mimi. Dorameon dilukis dengan buttercream.

Di bawah ini pula , tempahan daripada seorang pelanggan yang tidak saya ingat namanya. Maaf ye, dik.



Ben 10 dalam bulatan jam.



Thomas lagi...




Tempahan Fauziah. Lukisan doraemon menggunakan buttercream.

Imej Nobita terbuat dari buttercream.


Imej Thomas ini juga terbuat daripada buttercream.


Imej Ben 10 menggunakan piping jelly.

1 comment:

.:uMMiCupCaKeS:. said...

salam kak..., teruja tgk kek2 kartun artwork akak ni... dh gatal tgn nk hasilkan nyer... tunggu customer tempah jer... izinkan sy jadikan hasil akak inspirasi sy ye kak... tenkiu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails