Hari ini Nur Iman kembali mengekek melihat kartun mickey mouse club dalam youtube. Kembali menghentak kaki dengan lajunya apabila kami membuat rentak "ting ting, ting ting..." Kembali pada keasyikannya cuba mencapai gambar-gambar mickey yang tertampal di dinding. Aku sendiri tidak pasti mengapa Iman minat sangat pada mickey. Alhamdulillah, duniaku jadi cerah semula. Terimakasih kepada yang mengirim doa dan emel.
Rakaman kerjaku: coklat hantaran tempahan 'Ain Zuree dari Rompin. Ain tidak mahu peti harta karunnya dihias sarat kerana katanya, dulang hantarannya nanti akan ditatai dengan bunga stokin merah jambu dan keemasan. Jadi, aku buat ikatan ringkas saja.
Selamat Pengantin Baru 'Ain Zuree.

1 comment:
Salam semua,
Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami. Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!
Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]
Malaysia Boleh!
Post a Comment