5.28.2009

Kelas - ZIRA TEMERLOH

PENGUMUMAN:
1.TEMPAHAN KEK DITUTUP SAMPAI 14 JUN.
2. KELAS UNTUK 30 MEI (PAKEJ BASKETWEAVE & HANTARAN- RM250)- MASIH ADA KEKOSONGAN
3. KELAS UNTUK 31 MEI (PAKEJ BAKE -RM 250/ PAKEJ BASKETWEAVE & HANTARAN- RM250/ PAKEJ CHOC DECO - RM290) MASIH ADA KEKOSONGAN
4. KELAS 1 JUN (PAKEJ CARTOON ARTWORK & 3D)- MASIH ADA KEKOSONGAN
5. KELAS 13& 14 jUN (PAKEJ BAKE, BASKETWEAVE& HANTARAN, CHOC DECO, 3D & CARTOON ARTWORK- BOLEH PILIH MANA SATU ATAU SEMUA)
6. TARIKH YANG BOLEH DITEMPAH UNTUK SEBARANG PAKEJ - 15-19 JUN, 21-23 JUN.
7. KELAS DI MUAR - 4 & 5 JULAI (CEPAT! TEMPAT ADALAH TERHAD) (PAKEJ BASKETWEAVE & HANTARAN, CHOC DECO, 3D & CARTOON ARTWORK)
8. KELAS DI LABUAN- DISEMBER (TEMPAT TERHAD.)

___________________________________________________________

Salam, sahabat.
Gembiranya hati... sebuah buku yang hubby hadiahkan dari kedai online www.amazon.com telah pun sampai. Pretty party cake - Peggy Porschen. Harga pada buku USD 30. Tapi beli dengan amazon dapat potongan banyak juga. Peggy Porschen akan datang ke ICCA september ini. Mudah-mudahan ada ruang.
Student saya - Zira. Balik 3 hari ke Temerloh selepas kelas kek fondant, dia datang lagi untuk kelas wedding cake. Asalnya dia mahu deko enam kek dengan design berbeza kerana katanya - saya tak kreatif nak design. Oleh kerana selama ini Zira buat kek kahwin tanpa tiang, yakni hanya letak atas tingkat siap, saya cadangkan dia mengambil kelas wedding cake. Setuju saja dia. Zira ni memang rajin belajar. Ada saja yang dia nak belajar. Baguskan. Satu lagi, kalau saya menunggu di depannya, kerjanya lambat siap tapi kalau saya beri arahan dan tinggalkannya, kerjanya cepat pula. Katanya, Zira tak boleh kalau ada orang tengok... hehhehe...patutlah bila hadir kelas bersama Cikgu Su, Zira selalu ketinggalan.
Saya cadangkan Zira gunakan tema krim dan gold untuk kelas kali ini (lima kek. 1 sudah dikhaskan untuk tempahan orang). Mulanya Zira setuju tetapi kemudiannya nak warna merah kuning pula. Saya ingin sangat melihat warna yang seragam cuma design yang berbeza tetapi dalam waktu yang sama saya memberikan kebebasan untuk Zira.

Zira tidak ada blog. Sesiapa yang nak buat tempahan dengan anak dara ni, bolehlah hubungi 019-9453003.


Disebabkan Zira takut kepenatan balik ke rumahnya di temerloh, Zira minta kek tempahan orang diselitkan dalam kelasnya. Kata Zira, penempah kek itu mahukan ada cerminmata di atas kek. Zira telah mengambil cartoon artwork dulu. Jadi kami sepakat cerminmata tak perlu dilukis. Saya cadangkan cerminmata dibuat daripada fondant. Diletakkan di atas susunan buku. Buku menggunakan fondant. Cerminmata menggunakan gum paste supaya liat sedikit. Hiasan bonus - penanda buku dengan tulisan 'tips jadi suami mithali'.



Gubahan begini seduai dijadikan hantaran, sesuai juga untuk kek perkahwinan untuk majlis makan damai. Zira yang mahukan hiasan siap ini. Katanya, senang, nanti nak letak dalam album untuk dijadikan contoh kek dilitupi buttercream dihiasi bunga siap dijual.




Hem... memang tak pandai ambik gambar. tak reti cari sudut. papan di atas tu sama besar dengan yang di bawah tapi dalam gambar nampak yang di bawah tu kecik. sedih betul... . sebenarnya yang kat atas tu, stack wedding cake. sengaja diletakkan di atas tiers tu sebab Zira nak banyak kelainan untuk dimuatkan dalam album keknya.Tak apalah. Kita abaikan gambar yang salah sudut tu. Kita teliti gambar hasil kerja Zira


Saya suka gabungan warna ni. Mak bonda yang datang menjengah pun suka. Hubby, adik saya, anak-anak pun suka warna ni.



Melihat kek ini, saya tiba-tiba teringatkan kuntuman sena/ angsana. Langsung membawa ingatan saya kepada novel saya Bila Sena Kembali Berbunga. Sedih bila terkenangkan karya. Dah berapa tahun saya tidak mendapat royalti novel itu.


Bawah: Gambar kek pada tingkat bawah




Ini... kalaulah saya boleh melihatnya dalam warna gold dan krim atau dalam gabungan warna oren dan peach, alangkah...




Kepada Zira, semoga kian cemerlang. InsyaAllah

5.26.2009

kelas-mai, dr shafida, su, zira, sharifah dan ummi

SMS adik saya, Amran- nama akak disebut-sebut di perkampungan penulis di Melaka.
Saya menarik nafas membaca sebaris ayat itu. terheret saya kepada kesibukan saya sebagai aktivis sastera tiga empat tahun dulu. Rindu kepada dunia penulisan dan teman-teman penulis terasa tepu di dada, maklum saja saya memesrai dunia penulisan sedikit demi sedikit semenjak usia awal remaja. Sekarang, saya ada komitmen lain. Meskipun dunia hiasan kek ini mungkin tidak dipandang orang tetapi inilah dunia yang memberi saya peluang untuk membantu suami menjana masa depan anak-anak. Kalau orang kata duit itu tidak penting tetapi kepuasan lebih penting, saya tidak setuju sama sekali. Duit dan kepuasan itu saling menjana. Apalah maknanya kepuasan jika setiap bulan saya pusing kepala memikirkan membesarkan anak-anak pada hari ini dengan skima pembelajaran yang melonjak jauh dari zaman saya dulu. Tusyen, bahan bantu, aktiviti ko-kurikulum- semuanya memerlukan duit. Tambahan pula saya dan hubby memang sepakat tidak bercatu makan semata-mata untuk berlagak dengan kereta besar rumah besar. Dengan dunia hiasan kek, saya berbangga saya dapat membantu hubby memberi keselesaan kepada anak-anak untuk menjana masa depan anak-anak. Di samping sesekali menulis sehelai dua untuk mendapat kepuasan menulis yang juga tidak semua orang memahaminya.
SMS Amran - harap pada lain masa akakku akan datang majlis-majlis sebegini lagi. Kami generasi baru ingin mengenali akak dan cikgu dengan lebih dekat lagi.
Saya menghela nafas. Hanya saya yang memahami rindu yang sarat ini. Am, saat kalian mendengar pembentangan kertas kerja, debat, usul dan hujah, kemudian mungkin santai-santai di mana-mana atau lena di kamar penginapan, kakakmu ini sampai jam 5 pagi masih bermain dengan aising, hampir 24 jam tidak tidur kerana memberi komitmen terhadap kepercayaan pelanggan.
InsyaAllah, sampai pada satu saat, kakakmu ini akan kembali berada bersama-sama kalian.
Sahabat-sahabat, maafkan saya berkongsi kerinduan ini...
_____________________________________________

Mai dari Pekan, mengambil kelas 3D dan cartoon artwork. Sudah ada pengalaman mendeko kek, cuma katanya mahu meningkatkan skill kerana sudah lama tidak mendeko. Macam-macam cerita yang keluar selain tips. Sesekali tawa kami menjadi pemanis ketekunan bekerja...
Talian Mai 013-9766378.









Di bawah ini pula, kek-kek fondant hasil kerja Zira dan Sue, pelajar yang telah dua kali datang ke kelas saya dulu mengambil kelas cupcake dan crash course buttercream.

Zira memilih menutup fondant pada kek kerana ingin biasakan diri dengan kesulitan menutup fondant pada kek sebenar.

Sue pula memilih untuk menutup fondant pada dummy. Alasannya ingin pamerkan untuk waktu yang panjang.
Di kelas fondant zati dhati, pelajar diberi kebebasan memilih untuk menutupkan fondant pada kek sebenar atau dummy. Untuk makluman, bagi kelas fondant hantaran dengan belajar membuat dua jenis bunga, yurannya RM350.
Orang Temerloh bolehlah hubungi Zira di talian 0199453003 untuk membuat tempahan. Bagi orang Jengka pula, tidak rugi menempah kek dan roti dengan Cikgu Sue di talian 0199121202.


Hem.... senyum lebar dua sahabat ni...

Di bawah ini pula, hasil kerja tangan Dr Shafida (012-4796246), pensyarah fizik di sebuah kolej di Kuantan.

Kata Dr Shafida, bila saja ketemu blog saya, dia terus telefoin dan tempah kelas. Katanya, saya malas belajar jauh-jauh, susah, macam-macamlah kan, kak...



Di bawah ini pula, foto seorang kakitangan majlis sukan negeri terengganu. Sharifah namanya, juga memiliki sebuah kedai interior design di mengabang telipot. Sesiapa di Terengganu yang nak tempah cupcake, bolehlah hubungi Sharifah di talian 019-9893909.


Dan di bawah ini pula, Hajah Aishah (019-2815188) yang lebih senang membahasakan dirinya ummi. 62 tahun usianya. Dulunya penasihat mahkamah kanak-kanak di kuantan. Saya dan Sharifah kerap bersorak apabila ummi dapat membuat sesuatu terutamanya membuat kuntuman ros. Dia ingin menempah cupcake dengan kuntuman ros di atasnya untuk hari perkahwinan anaknya tetapi saya lebih menggalakkan umi membuat sendiri. Kuntuman ros ummi tak kurang cantiknya. Yang lucunya, tak tahulah mengapa saya sering tersasul memanggil ummi dengan panggilan mak ungku. Hahaha...tiba-tiba saja ummi naik daulat tiba di kelas saya. Saya mohon maaf kepada ummi dan Sharifah kerana terlupa mengambil gambar kek cawan berfondant mereka. tak ingat betul. Sama ada kerana faktor otak gegar akibat kemalangan dua tahun lepas atau faktor 'remaja purba' (hehehe), saya perlu mengambil ginkgo gamaknya.
*** saya tahu ada banyak kesilapan ejaan kerana terlalu laju menaip, tetapi saya tidak punya kesempatan untuk membetulkannya. Maafkan saya.


5.25.2009

kelas- ilah perak, dyah kelang, ida cini, jasmin ktn

Saya menghargai kedatangannya ke tempat saya mengadakan kelas kek tetapi saya juga menghormati permintaannya agar jangan disiarkan gambar wajahnya (maka saya bulatkan dan beri warna biru untuk menutup wajahnya). Dia datang bersama kanda yang dipuja-pujanya dan anak lelakinya. Terima kasih kanda kerana menemani kakak BHS yang glamour - Kak Tun :-)
Tak nampak muka pun tak mengapalah, asalkan nampak jari jemari Kak Tun sedang dapatkan skill buat bunga ros buttercream.



Ini Ilah dari Perak (suaminya, Fauzi tauke kilang kopi cap rambutan dan manggis). Katanya dia belajar supaya mudah menyediakan kek untuk harijadi anaknya, Farah.


Cik Strawberry daripada Ilah.


Little princess untuk Farah Damia.



Ini pula dyah dari Kelang. Blognya http://ratahtuli.blogspot.com. Tersenyum dia berposing dengan semua kek yang mendapat sentuhan tangannya sepenuhnya. Kepada Dyah, segala halangan jadikan sebagai motivasi untuk menjadi seorang yang cemerlang.








Di bawah ini, Ida Cini. Saya hanya cuba membantunya. Kakaknya menghantar email, mohon saya membantu mengajar Ida supaya Ida dapat membantu pendapatan suaminya. Kata saya, akak boleh bantu tapi dengan syarat mesti ada oven dan mixer. Oleh kerana syarat itu tidak terpenuh, maka saya membantu Ida menulis surat memohon bantuan Yayasan Rahah untuk Ida memulakan langkahnya.
Alhamdulillah, Ida mendapat RM3k- cukuplah untuk sebuah oven jet cook, stand mixer dan starter kit untuk memulakan bisnes kek di sebuah kawasan felda. Dapat saja bantuan Rahah, hubby uruskan pembelian jetcook oven dan mixer (ketika itu saya dalam pantang). Habis saja pantang, saya carikan starter kit untuk kerja deco. Kemudian saya cari hari yang sesuai untuk mengajar Ida secara percuma. Saya hanya mengajar yang simple , sesuai dengan sasaran pembeli di kawasan tempat tinggal Ida. Hanya dekorasi dengan shell dan hiasan dengan bunga wafer. Tidak dapat saya mengajar sebaik saya mengajar kepada student saya kerana Ida sampai hampir waktu tengahari dan terkejar-kejar kerana bimbang ketiadaan bas untuk pulang.
Untuk Ida, akak doakan kau berjaya. Satu saja yang akak minta, bila sudah berjaya, jangan lupa bagaimana kau bermula.




Ini pula daripada ibu brital, Jasmeen yang pernah mengambil beberapa kelas di kelasku. Saya suka lihat Jasmeen senyum, manis dan asli gadis Melayu (walaupun brutal hehehe)











5.22.2009

KELAS- AZLINA,ANA,IZAN, AISHAH, AINA

Alangkah bertuahnya hidup ini andai sesuatu yang kita lakukan mendapat sokongan keluarga terutamanya orang tersayang. Namun jika tidak mendapat sokongan, itu adalah cabaran. Dalam lembut, yang tresayang perlu dipujuk agar memahami. Pujukan pula perlu menjelaskan asbab dan matlamat sebenar. Mudah-mudahan si dia akan mengerti.
Inilah antara students saya yang mendapat sokongan dan galakan yang tersayang...


Dari kiri: aishah dari kuantan, Izan dari Maran, Azlina dari Temerloh
Izan mengaku zero dalam bidang deko. Mula-mula macam gelabah juga si Izan ni, tapi detik ke detik dia mula tenang dan akur sekiranya kesilapan perlu diperbetulkan. Izan selalu sms saya hingga kini. Dah berani mengambil tempahan. Orang Maran bolehlah hubungi Izan di talian 012-6192914.

Ini specility dari tangan Izan. Izan, maafkan akak, gambar basketweave Izan terdelete.



Ini Aishah. Dia dah banyak pergi kursus kek & pastri, terutamanya dengan Bakery ria. Kek bakul dengan warna pilihan Aishah, awalnya diusik-usik menjadi b ahan gurau kerana warnanya yang terang tetapi kemudiannya semua mengakuinya cantik setelah aku cadangkan buatkan ranting dengan bead.
Aishah boleh dihubungi di talian 019-2991964


Ini pula specility dari tangan Aishah...






Kak Azlina dari Temerloh , berkampung di bengkelku. Selain membuat barbie doll, cartoon artwork, basketweave, specility, azlina juga ambil kelas intensif cupcake. Azlina rajin sms memberitahu perkembangannya. Katanya sejak pulang dari kelas, banyak tempahan yang dia dapat. "Terkangkang aku nak menyusahkan tempahan orang, ti."
Saya ketawa membaca smsnya.
"Laku aku cakap tidur pun bau kek."
Hohoho...jangan mengidau deko kek sah la, kak...
Sesiapa yang nak menambahkan kesibukan Kak azlina mendeko, bolehle hubungi no ini - 012-9649695.
Basketweave Azlina



Barbie doll azlina



Cartoon Artwork Azlina. Kata Azlina, "naik bular mata aku melukis ni. Addeihhh"


Specility Azlina


Ini saatnya guru terpaksa akur kepada kehendak student. Ana, dari Kuantan, minta wajahnya jangan disiarkan. Yes, memmmmm. Dia sampai kelas lewat kerana baru pulang dari kursus MARDI . Waktu ini, dia memang menanti hari bersalin. Katanya, dia terus tempah kelas kerana takut payah pula hendak belajar selepas bersalin nanti. (Tahniah Ana! Dapat anak perempuan. Usia anaknya 12 hari pada hari ini.)


Cartoon Artwork Ana


Little princess Ana



Ini Aina dari Kuantan. Ini entah kelasnya yang ke berapa. Seperti selalu dia datang dengan ideanyaa sendiri. Lihat pagar dia keliling kek kartunnya....cantik.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails