6.30.2009

BAKE & DECO CLASS

JADUAL KELAS3 Julai - Kek hantaran fondant - ada 2 kekosongan
4 Julai - modul novelty & basketweave - ada 2 kekosongan
5 Julai- wedding cake - ada 2 kekosongan
11 JULAI- novelty, cartoon artwork (ada 2 kekosongan)
12 JULAI- basketweave, speciality, choc deco (ada 2 kekosongan)18 JULAI- novelty, basketweave, speciality, choc deco(ada 2 kekosongan)
19 JULAI- fondant hantaran (ada dua kekosongan)
25-27- KELAS DITUTUP
lain-lain tarikh- anda boleh pilih tarikh dan pakej mengikut kelapangan dan minat anda.
1 Ogos - cupcake figurine ( ada dua kekosongan)
2 Ogos - intensif cupcake (ada 3 kekosongan)
Lain-lain tarikh dan pakej, anda boleh pilih berdasarkan kelapangan dan minat anda.Bagi yang bermalam dan memerlukan bilik penginapan, bilik disediakan dengan bayaran RM10.Makan minum disediakan untuk pagi, tengahari dan minum petang.
__________________________________________________________
Salam, sahabat-sahabat.
Pertamanya, saya hendak menjawab pertanyaan lewat sms, panggilan telefon dan email, "bila nak update gambar pergi kelas di jakarta?". Entahlah, tak ada mood. Mungkin belum sampai seru kot huhuhu
Kedua, pada yang bertanyakan tentang kelas diploma professional wedding cakes, saya boleh menjawab begini - kelas yang amat mencabar. banyak ilmu yang dapat dari kelas diploma ini tetapi nilai keupayaan diri dulu. kalau baru 3,4 kali bermain fondant, bersabarlah dulu kerana kelas ini memerlukan ketangkasan. Instrustor pun beritahu ketika sesi pengenalan, kelas ini bukan untuk orang yang belum biasa bermain dengan fondant. Pada yang sudah biasa, saya sarankan anda ikuti kelas ini.

Baiklah, saya masukkan hampir kesemua kelas yang belum disiarkan di sini. Jika boleh saya hendak menyiarkan secepatnya tetapi ada saja masalah yang timbul. Kalau bukan kerana waktu dipenuhi dengan menyiapkan tempahan, internet pula buat hal atau anak kurang sihat atau saya sendiri tidak segar.

Kepada student yang datang kepada saya, saya berkongsi apa saja ilmu dan pengalaman yang saya ada. Jika pulang ke rumah ada penyakit ingat-ingat lupa atau keliru, boleh hubungi saya dengan membuat panggilan telefon atau emel atau ym. Jangan sms. Saya tidak sempat hendak menekan butang hp dengan jari-jari yang asyik mendeko. Begitu juga kepada yang ingin membuat tempahan dan pertanyaan kelas , sila hubungi melalui panggilan telefon, email atau ym.








Foto di bawah - 3 sahabat- ros, nurul, zana. Saya hampir-hampir menundakan kelas mereka kerana pada tarikh yang sama saya kekeliruan menyempurnakan tempahan. Tempahan daripada Cza saya laksanakan pada sabtu sedangkan majlisnya pada ahad. Ketika telefon berdering dan terdengar suara lembut berkata, "kak, saya confirm ambil kek kat parking kuantan parade.", saya terhenyak. Cahaya Bulan ambik kek hari ni? Ya Allah, keknya belum dideko lagi.

"Betul ke awak kahwin hari ni?"

"Betul, kak."

Saya menjadi gugup tiba-tiba. Macam mana saya boleh tertukar orang sedangkan di papan notis, telah saya catatkan. Saat saya meninjau papan notis, baru saya sedar saya tertukar antara nama Cza dan Cahaya Bulan. (Apa kisahnya saya menyiapkan kek untuk Cahaya Bulan ini, saya akan ceritakan pada entry akan datang.)

Mahu saya tundakan kelas tiga sahabat ini keesokan harinya, tetapi Nurul dan Zana pula da kerja lain. "Kami ambik pada hari lain je, kak," kata Ros lewat hpnya.

"Ok, boleh." Tapi saat saya berpaling, terlihat 6 biji kek di dalam chiller - memang saya siapkan khas untuk 3 sahabat ini. Segera saya menghubungi Ros, "Ros, boleh datawang lewat sikit tak. Jam 12? Kek dah tersadai dalam chiller tu."

Ketika mereka tiba, saya masih menyiapkan kek tiga tingkat Cahaya Bulan. Saya mohon berbanyak maaf kepada Nurul, Ros dan Zana atas keributan pada hari itu. saya ingin memantau mereka sehingga mendapatkan kuntuman ros yang cantik tetapi kerana mengejar waktu, Nurul memutuskan untuk mengambil skill saja. "Dah tahu teknik, nanti boleh praktis sendiri di rumah." Begitu kata Nurul.

Untuk sesiapa yang ingin memberikan platform test skill kepada tiga sahabat ini, bolehlah hubungi Nurul di 013-9499987, Zana di 019-9799750, Ros di 0199209601. Boleh juga layari blog Ros - http://www.dzati.blogspot.com/








Di bawah ini pula, foto Ina Syikin dari Ipoh dan Shaliza dari JB. Ina Syikin beritahu suaminya tidak gemar jika dia membuat sebarang pertanyaan melalui sms. Justeru itu dia lebih senang hubungi saya melalui email ataupun panggilan telefon. Shaliza pula sebenarnya ingin menyertai kelas saya di muar (telah dibatalkan) tetapi kemudian dia menghubungi saya, "I rasa I tak boleh tahan lah tunggu lama-lama kelas di Muar tu."
Untuk tempahan, Ina Syikin boleh dihubungi di no 019-5711378 (kinacupcakes.blogspot.com). Shaliza pula boleh dihubungi di no 019-7733969.












Shaliza dan Ina Syikin turut mengambil kelas choc deco tetapi gambarnya--- terlupa snap ke? Addeih.
Di bawah ini pula, jururawat dari Negeri sembilan, Azlina (chintaamisaradelight.blogspot.com). Mak datuk, panjangnya nama blog ni. Kata Azlina, ada masanya blog ni ada pening-pening sikit, payah nak buka. Jawab saya, kalau ada cinta-cinta, mesti ada pening-pening. heheheh. Azlina boleh dihubungi di no 0133188165.





Di bawah ini pula, si manis Zila. Dari mana Zila? Dari Puchong ke? Akak lupa...
Zila datang dengan MAS, kami jemput di airport. tetapi pulangnya dijemput yang tersayang kerana bimbang hendak membawa pulang semua keknya dengan MAS. Bimbang cedera parah.
















Inghat lagi tak pada Layla yang menggubah bunga segar pada kek kahwin 3 tingkat untuk majlis perkahwinan kakaknya? Aha...Layla yang cute mute ini datang untuk mengikuti kelas intensif cupcake. Tangan seni juga rupanya si Layla ni. Sekejab je dia dapat buat. Layla dari Mentakab ioni boleh dihubungi di 019-9097311.




6.29.2009

DIPLOMA PROFESSIONAL WEDDING CAKES SKUIRES KITCHEN

JADUAL KELAS

3 Julai - Kek hantaran fondant - ada 2 kekosongan
4 Julai - modul novelty & basketweave - ada 2 kekosongan
5 Julai- wedding cake - ada 2 kekosongan
11 JULAI- novelty, cartoon artwork (ada 2 kekosongan)
12 JULAI- basketweave, speciality, choc deco (ada 2 kekosongan)
18 JULAI- novelty, basketweave, speciality, choc deco(ada 2 kekosongan)
19 JULAI- fondant hantaran (ada dua kekosongan)25-27- KELAS DITUTUP
lain-lain tarikh- anda boleh pilih tarikh dan pakej mengikut kelapangan dan minat anda.
1 Ogos - cupcake figurine ( ada dua kekosongan)
Lain-lain tarikh dan pakej, anda boleh pilih berdasarkan kelapangan dan minat anda.Bagi yang bermalam dan memerlukan bilik penginapan, bilik disediakan dengan bayaran RM10.Makan minum disediakan untuk pagi, tengahari dan minum petang.
__________________________________________________________
Salam, sahabat-sahabat.
Mohon maaf kepada yang menghantar emel tak berbalas, sms tak berjawab, panggilan telefon tak berangkat kerana 3 hari saya betul-betul beri tumpuan kepada kelas diploma professional wedding cakes sk. Jadual kelasnya amat padat sehingga pada hari kedua dan ketiga, saya tak berpeluang menyusukan Iman. Hari ketiga, sebiji nasi pun tidak masuk perut, berhambat dengan waktu. Sebaik saja diploma dalam genggaman, saya melihat wajah Nur Iman mencerminkan masalah. Ada sesuatu yang terkurung dalam jiwanya tetapi tidak diluahkan melalui tangisan dan jeritan. Dia selalu bersikap mengerti. Cuma Azzahra memberitahu saya, "Iman acap buat-buat batuk, umi. Panggil umi lah tu."
Hem... memang Iman selalu buat-buat batuk apabila dia memerlukan saya. selalunya apabila saya membalas dengan batuk-batuk juga, Iman akan senyum dan ketawa.
Ini kek yang saya buat dalam tempoh 3 jam waktu yang diperuntukkan oleh Rosalind Chan, instructor kelas. sebenarnya, lebih juga dari 3 jam. Selesai menghias, kek kami dinilai. Semuanya cantik-cantik. Ada yang terlalu banyak patchwork dan mengabaikan stringwork. Kek saya simple saja berbanding kek orang lain tetapi kata pertama daripada Rosalin "Great!" buat saya bahagia. Kata Rosalind, pilihan warna memang kena dengan kek perkahwinan. Warna apa saya pilih? Peach. Gubahan saya ada kerja patchwork dan stringwork. Untungnya saya ialah saya seorang novelis. Menulis memerlukan tema dan sub tema, plot dan sub plot. Maka kerana itu saya telah memilih 'beads' sebagai tema dan bead ini menjalar menjadi sub tema dan sub plot dalam karya kek ini. Kesinambungan sentiasa ada dalam ketiga-tiga tingkat karya saya. Cuma kata Rosalin, saya perlu memilih saiz noozel kecil untuk kerja stringwork. Saya memang sengaja memilih tips besar sedikit kerana tidak mahu berdepan dengan royal aising tersumbat pada saat saya berhambatan dengan waktu. Rosalind juga mengkritik teknik emboidery brush saya yang tidak sempurna. InsyaAllah, saya akan praktis sehingga sempurna. Bunga kat atas tu, Rosalind yang gubah. Saya pura-pura tidak reti gubah bunga walaupun dulunya seorang tauke kedai florist. Kenapa? Saja saya hendak melihat stail Rosalind gubah bunga hehehe... bunga-bungaa ini saya buat sendiri, bermula dengan proses mencanai, mewarna, mencantum. Aduhai, bahagianya







HARGA KEK

Simple Moist Choc Cake – RM 12-550g
Horlick Moist Cake- RM15 (minimum order 4 biji)
Rich Moist Choc Cake- RM60/1.2 kg round 8”
Carrot Walnut Cake with Creamcheese Frosting- RM60 round 9”
Red Velvet With Creamcheese frosting – RM 60 round 9”
Chocolate Banana 6”- RM 35, 8” rm 65
Opera Cake- 7 X 7 – RM90 / 12”X12” – RM 185
Indulgence Cakes – RM90
German Cake – RM 70
Orange Moist Butter Cake – 9” RM 60
Butter Cake (pure butter)- 9” RM 50
Filipino Pandan With Filipino Buttercream – RM55
Nutty Choc – RM 60
Black forest – (bermula dari RM45, bergantung design)
Cheesecake blueberry/ strawberry/oreo- 8" rm 85/ 11" rm170 (hiasan kaya buah)

Kek hantaran buttercream:
Standard saiz bentuk love papan 12" bermula dari RM70
Jika dengan edible image - bermula RM100.

Kek hantaran fondant bermula harga RM150

Kek hiasan umum bermula dengan harga RM35 untuk saiz 8", RM 45 untuk saiz 8" dengan hiasan kartun. Harga untuk saiz lainnya, sila hubungi Zati D'hati

Kek Little Princess (buttercream)- RM60 untuk kek span, RM 80 untuk kek butter. Penambahan RM jika little princdess di atas platform cake.

Kek Barbie fondant - RM 150

Kek novelty - bermula rm120

wedding cake buttercream: 2 tingkat - harga bermula rm 200
3 tingkat - harga bermula rm 300
4 tingkat - harga bermula rm 400
5 tingkat - harga bermula rm 600

wedding cake fondant: 2 tingkat - harga bermula RM 450
3 tingkat - harga bermula RM750

6.26.2009

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN
Harap Maaf

Kelas di Muar Pada 4 & 5 Julai Terpaksa Dibatalkan
Kerana Tuan Punya Bengkel/Lokasi Kelas
Sedang Uzur.
Untuk Itu, Sesiapa Yang Inginkan Kelas
(Sebarang Pakej)di Bengkel Zati
di Pekan Pada 4 & 5 Julai Sila Buat Tempahan.
Harap Maklum.

6.23.2009

PUTIH BERSIH MERAH LADA

JADUAL KELAS:

4 Julai - kelas di Muar - modul basketweave & speciality , choc deco
5 - Julai - kelas di Muar-modul cartoon artwork & 3D
11 JULAI- kelas di bengkel Zati Dhati di Pekan -novelty, cartoon artwork (ada 2 kekosongan)
12 JULAI- basketweave, speciality, choc deco (ada 2 kekosongan)
18 JULAI- novelty, basketweave, speciality, choc deco(ada 2 kekosongan)
19 JULAI- fondant hantaran (ada dua kekosongan)
25-25 - KELAS DITUTUP
lain-lain tarikh- anda boleh pilih tarikh dan pakej mengikut kelapangan dan minat anda.

1 Ogos - cupcake figurine ( ada dua kekosongan)
Lain-lain tarikh dan pakej, anda boleh pilih berdasarkan kelapangan dan minat anda.

Bagi yang bermalam dan memerlukan bilik penginapan, bilik disediakan dengan bayaran RM10.
Makan minum disediakan untuk pagi, tengahari dan minum petang.
__________________________________________________________

Salam.
Untuk sajian mata, putih bersih dengan hiasan ros merah lada. Nampak basah saja rosnya kan... inilah bancuhan warna americcolor super red.
Kek tempahan seorang jururawat yang membahasakan dirinya 'kak' saja sempena ulangtahun perkahwinan. Besar kek ini. Beratnya lebih 3 kg. Kata 'kak', selain ulangtahun perkahwinan, majlis kendurinya dibuat serentak dengan naik rumah baru dan majlis kesyukuran anak dapat sambung belajar di luar negara.
Terima kasih, kak.









6.21.2009

HAND BAG JENAMA CINTA KASIH

Berguru dengan pengalaman sendiri untuk menghasilkan beg ini. Memang masih banyak kekurangan pada beg pertama ini. Tak mengapa. Saya belajar dari kesilapan, mencari skill dan teknik yang betul. Nak berguru dengan orang...emmm... selalu sangat kecewa kerana ada guru yang terus terang menolak, ada pula yang membatal dan menunda tarikh kemudian diam terus. Dengan alasan atau tanpa alasan, saya diam-diam menerima kenyataan - tidak mengapa mereka menolak kerana menuntut ilmu biarlah pada yang sudi. Jadi, saya mencabar diri mencuba sendiri.
Saya kepingin membuat tas tangan setelah melihat sahabat saya Pah Talha (shaminsoven.blogspot.com) membuatnya. Mencari masa dan penerima yang sesuai, saya bercadang membuatkan sebiji kek tas tangan untuk mak bonda. Alhamdulillah, impian saya menajdi kenyataan akhirnya.
Tak susah saya kira. Cuma ketika membuat lining atas penutup beg tu, saya memusing mencari cutter embosser untuk menghasilkan garisan penjahit. Dua tiga kali hubby ke bandar, saya memesan belikan roller untuk penanda baju tetapi hubby terlupa. Saya tekan-tekankan dengan garfu kecil tetapi tidak cantik. Apabila hubby pulang dengan roller itu, lining telah melekat, sukar diganti dan saya malas banyak cerita lagi. Mana yang belum ditekan dengan garfu, saya tekan dengan roller.
Azzahra cadangkan saya buat tali bersalut emas tetapi saya menolak kerana serbuk emas saya hanya sedikit saja.
Pada saat emak menyambut ulangtahun kelahiran ke 59 dan ulangtahun perkahwinannya ke 43, ramai yang tidak percaya ianya sebiji kek.
Ketika sedang mengemas meja, seorang mak cik terjerit-jerit bertanya, "Hei, sapa pulak tinggal beg ni?"
Jeritan mak cik itu disambut pulak oleh orang lain. Masing-masing juah menjuah bertanya beg siapa yang letak begitu saja atas meja.
"Woiii! Beg aku tu!" Emak menjerit dan menerpa mendapatkan 'beg'nya.
"Beg tangan baru, Mak Ngah? Berapa ratus tu? Jenama apa?"
Emak ketawa sambil membelek 'beg'nya. "Tak ada jenama." Kemudian emak berbisik padaku, "Ngapa tak buat jenama?"
"Jenama cinta kasih, mana ada jual." Aku membalas. Sebenarnya aku memang tak sempat nak buat jenama. Plat tulisan pun aku hanya tulis dengan buttercream saja. Apa tidaknya - dua tangan inilah nak buat bermacam kerja termasuklah mendeko kek ulangtahun perkahwinan di bawah ini.
Ketika aku melepa kek ini dengan krim mentega putih polos, adik iparku Liza mencadangkan warna oren sebagai tema. Mak ayah pakai baju oren hari ni, katanya.
Warna oren? aku malas membuat bunga ros. Buah yang ada hanya strawberi dan kiwi. Tak serasi nak diadukan dengan oren. Minta hubby belikan setin peach. Barulah sesuai digandingkan dengan oren.
Kata mak, "Ya Allah, kek oren, baju oren. Malu aku nak belah kek sama warna baju ni."
"Kita semua memang sengaja cari warna tema baju mak," balasku diiring tawa adik-adik.
Yuk, jamu mata...

Tas tangan jenama cinta kasih...


Mak bonda tercinta sampai hari ini masih belum potong tas tangannya...

Nuansa oren pada krim mentega putih polos - diserasikan dengan warna baju mak ayah pada majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 43.



Cinta kasih kalian menjadi perantara lahirku ke dunia... terimakasih ayahanda bonda













6.17.2009

UPLOAD TERAKHIR DARI MEMORY KAMERA LAMA

JADUAL KELAS:

AHAD 21 JUN - kelas basketweave & speciality/ cartoon artwork & 3D

JULAI:
4 & 5 - kelas di Muar (ada 1 kekosongan) - modul cartoon artwork & 3D, basketweave & speciality
11 JULAI- novelty, cartoon artwork (ada 2 kekosongan)
12 JULAI- basketweave, speciality, choc deco (ada 2 kekosongan)
18 JULAI- novelty, basketweave, speciality(ada 2 kekosongan)
19 JULAI- intensif cupcake(ada dua kekosongan)
lain-lain tarikh- anda boleh pilih tarikh dan pakej

================================================

Salam.

Terima kasih kepada teman-teman yang mengirim ucapan ulangtahun lewat sms, email, panggilan telefon, facebook dan jejak di chat box. Saya sayang anda semua. semoga Allah memberi kemudahan dan kelapangan untuk kita.

Hari ini, saya membuat upload terakhir dari kamera lama. Gambar-gambar dalam entry selepas melahirkan Nur Iman adalah dari kamera baru. kamera lama dulu bukan tak bagus tapi kerap jatuh, akhirnya 'sakit-sakit'.
Ada yang saya terlupa siapa yang menempah kek-kek ini. Ada yang saya hias seadanya. Saya sebenarnya ingin berkarya sebaiknya tetapi apabila peruntukan pelanggan kecil, saya tidak dapat memperuntukkan waktu yang lama untuk berkarya di atas kek tempahan mereka. Untuk peruntukan yang saya kira berbaloi, dapatlah saya berkarya. Apapun, saya memahami mengapa ada peruntukan kecil dan besar. Di sini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong produk saya.

Yuk, layan mata...

Hahahaha...saya tertawa sendiri melihat gambar ini. Azzahra mewakili saya menerima hadiah dari pegawai kedai MegaCity. Saya waktu itu perut memboyot menghitung hari kelahiran Nur Iman. Nak tahu hadiah apa? Hadiah slimming belt - entah hadiah tempat ke berapa dalam peraduan teka jumlah bunga sakura dalam balang kaca. Masuk penyertaan itu pun kerana dapat borang penyertaan setelah beli kamera baru.

Rasa-rasanya ini untuk hantaran tunang. seorang guru yang tempah untuk anak saudaranya.


Ini? Kek ini hubby yang lukis dan deko. tulisan di atas plat saja yang saya buat.


Kek padang bola - tempahan Cikgu Zaleha dari sekolah Serandu.


Yang ini? Mak aiii... tak ingat siapa tempah. Dussss....
lupa.


Ini pula kek dua tingkat tempahan Kak Yati dari Klinik Penny untuk anak tunggalnya, Adam. Yang atas kek strawberry. Bawah pula kek carrot. Lihat foto di bawah...

Strawberry ke pada kek ni? Bukan, hanya buttercream dibuat bentuk strawberi.






Kek mickey ini pun saya lupa siapa tempah. Aduhhh


Maroon putih hantaran pertunangan, tempahan dari pekerja Restoran Begadang.

Nuansa hijau, juga tempahan pekerja Restoran Begadang.



Hem...chocolate moist dengan starwberry ini pun saya lupa siapa tempah. :-(


Ini tempahan Salwa dari JPNP.



Pun tak ingat siapa tempah....ish!



Tempahan Arjue (Da Dato Dolah)


Da ni kalau tempah kek tak cukup satu. Ini pun tempahan dari Da Dato Dollah juga.

Ini tempahan daripada Azira rasanya. Betul ke, Zira? ampun kalau tersalah....

Ini tempahan daripada pelanggan di Taman Permata.



Simple tapi ceria untuk anak-anak. Kuhadiahkan kepada Humaira (Merah), anak Khairul Bariah dan Mohd Izuani, Maran.



Kalau tak salah, ini tempahan Salwa JPNP. Betul ke, wa?



Kek tempahan dari Restoran Rasa Mesra. Saya selalu teragak-agak apabila buat kek untuk pelanggan saya di restiran ini. Tak mahu manis, tak mahu filling, tak mahu aising banyak. Ini membuatkan saya tanya hubby, "nak buat macam mana kalau pelanggan minta macam ni, b?"



Tempahan daripada Cikgu Nasirah.


Ini untuk Diana, cucu Dato' Zainal Pak Wan.



Adduh... tempahan siapa ni? Lupa lagi....



Tempahan staff Leez Bundle - kek golf

Carrot cake meraikan Liana tetapi lupa siapa yang tempah. :-(



Ini tempahan Cikgu Mi untuk isteri tersayang.




Dua biji carrot cake, tempahan Sara dari Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Kamera yang rabun atau tangan yang gementar? Ushhh.... ini tempahan Cikgu Nasirah.




Dua biji kek edible image dan sebiji cartoon artwork- tempahan Da Dato Dollah. Tempahan yang tergesa-gesa pada saat saya ada kelas. Lalu saya memilih cara mudah menggunakan edible image untuk dua biji. Membuat tenmpahan pasa saat akhir memangh dah sinonim dengan Da.
:-)

Tiga serangkai tempahan Da sempat saya rakamkan.


Tempahan Nur Mastura dari Kuantan. Barangkali kerana menyedari saya sedang sarat ketika itu, dia izinkan saya membuat design yang mudah.


Ini tempahan Rubiah, mewakili kakaknya. Saya hanya menggunakan ros mudah.



Tempahan pertama daripada Salwa JPNP. Kata Salwa, "cantik sekali. Kawan-kawan saya kata tak hairan saya sanggup travel pick up kek ni." Kemudian disusuli smsnya, "rasanya sedap, tak muak macam kek yang pernah saya beli."


Hemm...tak ingat siapa tempah.... asyik-asyik tak ingat je....



Tempahan daripada staff Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk bossnya - chocolate indulgance untuk Encik Farid.


Tempahan daripada Nur Mastura, Kuantan.


Kek bluebery tempahan Ustazah Jamhiah.
Terimakasih untuk anda semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails