Hand Made Choc - 4 september - ada dua kekosongan
Fondant Hantaran atau pilihan stack fondant - ada 1 kekosongan
Pada yang berminat, sila hubungi saya di talian 017-9427033.
___________________________________________________________
Salam. Melihat tumpukan gambar di dalam file, saya tersedar banyaknya gambar kelas yang belum saya update. Saya updatekan sebahagian dulu. Inipun sementara Iman tidur.
Foto dibawah adalah hasil kerja Ina, tauke ANR delight. Ketika saya memberitahu hubby, tauke ANR akan datang, hubby sedikit tercengang.
"ANR?" Berbau soalan. Sayaa menyedari dia fikir ANR itu singkatan Amaruszati Noor Rahim. Alahai hubby, ANR tu bukan milik isterimu saja. Hahaha
Ina (http://www.anrdelights.blogspot.com/) sampai malam bersama adindanya Maziah (http://www.yummyyummylicious.blogspot.com/). Ina menghayati cerita yang dikisahkan di atas keknya. Maziah pula tekun dengan ros coklatnya. Gurau senda tetap berjalinan. Suasana segar dan ceria meskipun malam terus merangkak tanpa kami sedari. Saya jadi tidak mengantuk kerana keletah kedua-duanya buat saya segar.

Ini dia tauke anr. Tengok wajahnya pun dah tahu, memang dia ni ceria banget orangnya. Salah satu tajuk yang kami bincangkan ialah harga kek. Saya selalu jadi perenung yang sakit apabila menimbangkan modal barang, modal api air, kos itu ini, penat lelah yang hendak ditimbang tarakan dengan harga yang murah. Semuanya perlu kita bayar hatta sabun untuk mencuci bekas yang berlemak pun. Itu belum lagi termasuk harga seni yang kita berikan pada kek.

Hahaha...bila saya melihat kek ini, saya senyum sendiri. Bunga ini senang saja tapi jadi susah untuk anr. Saya sempat bertemu bonda kepada dua beradik ini. Memang warisan orang yang suka belajar. Bondanya belajar kek lapis sehingga ke Sarawak. Kata bondanya, terimakasihlah tolong beri anak mak cik ilmu.
Di bawah ini pula, kek coklat moist dengan gubahan rose dari jari jemari Maziah. Kata Maziah, dia buat cupcake semenjak belajar di salah sebuat ipt. Mengisi kebosanan, Maziah bijak mencari peluang untuk menjana wang. Kecil-kecil cili padi.

Keesokan harinya, saya menerima kehadiran Lily (013-9272747) dan Liza (012-6568032), kedua-duanya kerja di Kuantan. Lily tinggal di Pekan. Liza dan suami Lily bertugas di bank yang sama cuma berlainan cawangan. Saya teringat kata Abang Abu, suami Lily, "Awak jaga bahagian Kuantan, kawan jaga bahagian Pekan." Abang Abu siap masuk kawasan kerja kami, tengok oven, tengok mixer...alahai bertuahlah Lily dapat suami yang sokong keinginannya.

Ina Anr Delight hantar sms, datang lewat sikit, nak sarapan dulu. Saya senyum membaca sms itu. Nak pergi sarapan atau nak pergi Pasar Borong. Setiap Sabtu, di Pekan ini ada Pasar Borong kain baju, tudung, telekung dan barangan yang seumpamanya dengan harga yang begitu murah. Baju-baju yang terdapat di butik-butik terkenal boleh didapati dengan murahnya di sini.
Berbeza dengan ANR yang memang telah banyak hadiri kelas kek, Lily dan Liza nil betul dalam dunia hiasan kek. Rasanya dah lama saya tak dapat student grup left handed. Cabaran ialah- Lily memegang noozel dengan tangan kidal tetapi membawa gerakan ke kanan (sepatutnya ke kiri). Ambil sedikit masa untuk membiasakan Lily bergerak ke kiri.
Tengok Lily ni... ketika sessi bergambar, anak-anaknya datang tumpang sekaki. Tahniah Lily.

Ini pula kerja tangan Liza. Liza amat hati-hati bekerja. Siap satu, dia akan merenung kerjanya, kemudian baru disambung semula. Warna pilihannya putih dan biru turqoise (campuran biru dengan sedikit hijau)

Alamak...tengah rancak-rancak tekan butang papan kekunci ini, tertekan pulak butang delete. Terpadamlah kek basketweave Liza. Tak apa, nanti boleh masukkan ke dalam kelas Liza yang lain pada entry akan datang . Liza, ampunnn....
___________________________________________________
Di bawah ini pula hasil kerja tangan Rodziah (Kuantan- 0199103898). Dulu dia pernah datang belajar choc deco. Makin kecil molek dia setelah lebih setahun tak jumpa. Dalam masa setahun tak berjumpa tu, Rodziah ke sana ke mari mengutip ilmu baking & deco. Saya suka pada semangatnya yang suka belajar. Pada saya, belajar tidak cukup dengan seorang guru. Lain guru lain skillnya. skill-skill inilah yang perlu kita cari. Rodziah tempah kelas sebulan awal. Katanya mahukan foindant & figurines cupcake tetapi apabila sampai ke kelas, "Boleh tak kalau saya belajar buat bunga saja. Tak naklah belajar figurin." Saya memenuhi permintaannya. Banyak yang kami bualkan, perkongsian cerita dan pengalaman peribadi.

Kecil molek bukan dilahirkan untuk menangis tetapi untuk tabah memilih jalan yang dirintis. selamat maju jaya, Rod.
____________________________________________________
Hah! Gambar apa pulak di bawah ni? Teruslah scroll ke bawah.... :-)

Kak Zati buat kelas benji roll pulak ke?
Kat bawah ni gambar apa pulak?
Kat bawah ni gambar apa pulak?
Hehehe
Kak Zati buat kelas prune roll pulak?
??????

Ni cara susun prune roll - langkah terakhir
Bawah ni pulak antara langkah awal.

Ha, nilah dia.... kak Azlina. Baru-baru ni dapat tahu pulak, Faezah kawan setingkatan saya waktu saya ambil jurusan kejuruteraan awam dan binaan bangunan di SM Teknik Alor akar adalah adik kak Azlina. Kecilnya dunia...

_________________________________________________________
Jasmin pernah datang kelas saya beberapa kali. Kali ini dia datang mengambil kelas choc deco. selalunya apabila Jasmin ambil kelas, ada saja perkara yang 'cending'. Jasmin suka guna perkataan ini. Tak tahulah mengapa. Tapi saya juga rasa cending tu memang berlaku dalam kelas Jasmin. Apa tidaknya - dengan kereta rosak, dengan sakit hidung Jasmin, dengan coklat yang tidak begitu memberi sokongan. Sabar sajalah, Min. Sama-sama kita diduga. Raya kali ini, Jasmin jual kek lapis prune cheese. gerenti sedap. Sesiapa yang nak tempah, bolehlah hubungi Jasmin (016-9240019). RM 70 je. Cepat,cepat sebelum Jasmin menutup pintu tempahan!

Alamak, sekali lagi. Tekan punhya tekan, terdelete ghambar cupcake Liza. amppun, dik ooiii
??????
Ni cara susun prune roll - langkah terakhir
Bawah ni pulak antara langkah awal.
Taklah...saya bukan buat kelas tapi saya belajar buat benji roll dan prune roll dari salah seorang student saya. Kiranya dia dah up grade jadi sifu sayalah pulak hehehe.
KAmi sama-sama memanfaatkan masa. Sambil menyelam minum air. Dia datang belajar fondant hantaran. Sambil-sambil itu dia ajar saya buat benji roll dan prune roll.
Meh tengok gambar student aka sifu saya ni ...

Ha, nilah dia.... kak Azlina. Baru-baru ni dapat tahu pulak, Faezah kawan setingkatan saya waktu saya ambil jurusan kejuruteraan awam dan binaan bangunan di SM Teknik Alor akar adalah adik kak Azlina. Kecilnya dunia...

_________________________________________________________
Jasmin pernah datang kelas saya beberapa kali. Kali ini dia datang mengambil kelas choc deco. selalunya apabila Jasmin ambil kelas, ada saja perkara yang 'cending'. Jasmin suka guna perkataan ini. Tak tahulah mengapa. Tapi saya juga rasa cending tu memang berlaku dalam kelas Jasmin. Apa tidaknya - dengan kereta rosak, dengan sakit hidung Jasmin, dengan coklat yang tidak begitu memberi sokongan. Sabar sajalah, Min. Sama-sama kita diduga. Raya kali ini, Jasmin jual kek lapis prune cheese. gerenti sedap. Sesiapa yang nak tempah, bolehlah hubungi Jasmin (016-9240019). RM 70 je. Cepat,cepat sebelum Jasmin menutup pintu tempahan!

Kereta Jasmin tersedut-sedut dalam perjalanan ke kelas. Paginya telah pun dihantar ke bengkel. Bimbang keretanya meragam dalam perjalanan pulang, Jasmin meminta suaminya yang kebetulan mencari kepah di Tanjung Kosong agar menjemputnya. Ramai anak-anak yang ikut bersama mencari kepah. Jasmin ni memang sukakan budak-budak agaknya. Tengok ni...ramaikan... macam bersusun tangga. Hehhee. buakn anak Jasmin semuanya. Ada anak-anak jirannya juga. Dapatlah saya sebesen kepah, saya masak keesokan harinya. Hubby tidak makan kerana alah kepada kepah dan lokan. Kalau hubby makan, saya akan menangis melihat hubby sujud menahan kesakitan.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
A ha...senyuman manisnya. Inilah Liza, datang pula untuk mengambil kelas intensif cupcake.

Alamak, sekali lagi. Tekan punhya tekan, terdelete ghambar cupcake Liza. amppun, dik ooiii
_________________________________________________
Di bawah ini, gambar cupcake Lily. Dia hadir kelas bersama Liza dan Shera.

Nih, tersenyum manis Lily, beraksi dengan sekotak cupcake hasil tangannya sendiri. tersenyum lebarlah Abang Abu melihat isterinya upgrade kemahiran.
________________________________________________________
Ini pula hasil tangan Shera. Blog Shera http://www.anakabahdanma.blogspot.com/. Lama Shera mengintai kelas saya, kemudian sepi agak lama juga. Rupa-rupanya dia kehilangan bonda. sabar ya, Shera... hadiahkan bonda doa putih sentiasa.

Inilah Shera. Bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Antara yang menjadi bualan kami hari itu, tentu saja virus H1N1 .

_______________________________________________________
Kali ini Lily datang tanpa Liza dan Shera. Dia mengambil kelas cartoon Artwork dan 3D Princess. Mulanya Liza nak ikut sama tetapi ditunda ke hari lain kerana kenduri saudara.

Tidak ada masalah ketika melukis dan membuat 3D. Lily merungut tulisannya tidak cantik. Untuk peringkat awal memanglah begitu. Kepada semua yang baru termasuk diri saya juga, sentiasalah berlatih menulis di atas papan. Menulis tidak memerlukan aising yang konsisten pekat. Menggunakan piping jelly adalah lebih mudah.

Bersama anak perempuan tunggalnya, Alia. Tentu bangga Alia punya ibu yang sudah pandai deko. Tak perlu lagi tempah kek harijadi dengan mak cik zati.
Empat orang mak dara datang mewarnai kelas saya. Kak Sham dari Kuantan bersama teman sepejabatnya Yati, Cikgu Asma juga dari Kuantan, Carniey dari KL. Riuh rendah kerana Kak Sham memang kaki usik. Yati tak mahu kalah. Cikgu Asma sesekali menyampuk. Carniey aka Zu pula senyum simpul je.

Haa... inilah Kak Sham yang menceriakan kelas. Sesiapa nak beri peluang Kak Sham gtunjuk krdebiliti, bolehlah buat tempahan. Kak Sham boleh dihubungi di talian 013-9593943.

Di bawah ini pula hasil kerja tangan Cikgu Asma. Cikgu Asma daftar pada saat akhir. Kecil molek je, jauh beza dengan saya ni huhuhu

memandangkan Carniey sedang hamil banyak bulan, saya selalu kata, "duduk dulu." "Boleh ke, Zu?" "Letih ke Zu?"
Kak Sham mengusik, "Asik Zu je, Kak Sham ni jadi anak tiri...ish jealous betul"
Saya membalas, "Lain kali datang bawak perut. Mesti dapat layanan macam Zu."
Gelak kami menghangatkan suasana.
Meh tengok hasil kerja Sham...
Kek hantaran putih pink. Jalaran ranting dan daun pink manis pada bahagian tepinya.