9.28.2009

SEPATU BIRU SEPUHAN PERAK

SALAM AIDILFITRI.
MAKLUMAT KELAS:
2 OKTOBER- KELAS CHEESECAKE/ HAND MADE CHOC
3 OKTOBER- KELAS CUPCAKE
4 OKTOBER - KELAS FONDANT HANTARAN
LAIN-LAIN PAKEJ BOLEH DITEMPAH UNTUK SEPANJANG HARI BEKERJA. KELAS DITUTUP PADA 10,11, 17,18-24, 30, 1NOVEMBER. DIBUKA SETIAP HARI SEPANJANG NOVEMBERA DAN DISEMBER.
SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN.



Ekoran gambar kek masjid semalam, ada yang sms dan email bertanyakan harga. Pertanyaan dari tukang decor cake juga. Kek masjid itu tidak memuaskan hati, jadi aku cuma kenakan bayaran RM220 saja.
Masing-masing terkejut.
"220 je?! Awat murah sangat?"
"MUrahnya. Tak berbaloi dengan buat. Kek 3 D, paling murah 350. Kalau aku, aku caj RM500. "
Adduhhh...ada yang nakal membalas sms, "ngapo demo tok beri free ja? "
Cakap-cakap teman bakers tu ada benarnya. Yalah, selama ini buat kek hantaran siap dengan frill dalam 150-180. Yang masjid ini pula, jumlah gula aisingnya berlipat kali ganda daripada hantaran biasa. Masa yang diperuntukkan juga lama. Cukup ke tambahan rm40 untuk tambahan gula dan masa? memanglah tak cukup tapi bila tidak memuaskan hatiku, aku tolak segala rasa penat tu. Pada masa akan datang, kek 3D ku akan mengikut harga bakers lain - BERMULA DARI 350, dan tentu saja aku akan membuat yang lebih baik dari itu. Belajar dari kesilapan.
Ok, sambungan entyry semalam...
Jam 6-30 pagi raya ke 5, kami bertolak ke Kesang Laut, Muar, Johor bersama kek sepatu biru disepuh perak dan kemeja keemasan bertali leher coklat. Untuk buat kasut dan menutup keknya tidaklah bermasalah kerana aku menggunakan gula aising yang memberi sokongan pada kerjaku. Tetapi saat memberi tumpuan kepada kemeja keemasan, aku terpaksa menggunakan jenama XXXXX. Kedai bakery masih lagi tutup. Tahu apa masalahku? Fondant jadi berderai, tidak menjadi sebuku doh. Ambil secubit juntuk buat bunga pun berderai juga. Mahu tak mahu terpaksalah guna alternatif lain. Bancuh gelatin yang pekat dan campurkan dengan glukos syrup. Uli semula. alhamdulillah, dapatlah buat menutup kek. Tali leher kugunakan campuran lebihan fondant warna merah Fiza, kucampurkan dengan warna coklat yang banyak. Selamat tali leher tidak berderai dan merekah. Kolar kemeja? Huhuhu, tidak ada lagi yang boleh membantu. Doh yang diuli semula tadi jadi kembali berderai meski telah kubalut dengan plastik. Diuli semula dengan bancuhan gelatin, ia kembali bertaut tetapi tidak memberi kerjasama. Bila saja lipatan kolar dibuat, retak terjadi. Terpaksa membuat pembetulan dengan mengisi lubang retakan dengan serbuk halus royal aising. Aisay....dalam hati merungut - sumpah aku tak akan beli kau lagi, gula XXXXX. Untuk bunga di tepi baju itu pun, terpaksa gunakan warna coklat sahaja kerana fondant lain lebih memilih untuk berderai.

Apa reaksi orang bila kasut diletakkan di atas kek?

Telinga aku mendengar rungutan, "Kasut letak atas kek? Kalau letak bunga kan cantik?"

"Tak baiklah letak kasut atas makanan. Tak pernah dibuat orang."

Telinga juga terdengar orang-orang yang kelihatan alim bertanyakan Nurul, dara yang bertunang hari itu, "Kenapa buat kek kasut? Mana boleh? Tak elok. Tak baik."

Nurul selamba saja menjawab, "itu lambang perjalanan cinta kita orang."

Itu bagi Nurul. Bagiku pula, pemberian sepatu melambangkan 'marilah meneruskan perjalanan hidup bersamaku.' Kemeja pula melambangkan, 'engkau akan jadi pakaianku sepertimana aku menjadi pakaianmu."

Aku jadi perenung seketika.

Kata adik iparku, "orang cina pantang beri kasut. Seolah-olah kita nak suruh dia pergi dari hidup kita."

Dahiku berkerut. Hubbyku cina, mendiang ayah mentuaku cina, ibu mentuaku siam. Tapi hubby tidak pernah memegang pada kepercayaan sebegitu. Kong Kong, mendiang ayah mentuaku tidak percaya begitu. Ama, ibu mentuaku tidak percaya begitu sehinggakan mereka tetap menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, tetap menyapu sampah pada malam hari. Sebaris kalimat ama, "jangan percaya semua tu. Takkan nak biarkan rumah bersampah. Kalau malas kerja, rezeki tak masuk juga. Yang penting rajin kerja."

Aku juga kadang-kadang terikut-ikut sikap emak yang masih kuat berpegang pada kepercayaan Jawa. Tetapi hubbyku selalu berkata, "kita kena percaya kepada Tuhan dan Rasul je, bukan kepada kepercayaan karut. Kepercayaan karut tu kebetulan je."

Akau selalu juga menyanggah kata-kata hubby. Yalah, berpuluh tahun aku dibesarkan emak dengan kepercayaan-kepercayaan Jawa dan Bugis sehinggakan selalu saja ada sebaris perkataan , "orang kata tak baik, orang kata tak boleh macam tu, nanti jadi...bla bla bla..."

Tetapi hubby selalu mematahkan ayat-ayatku. "siapa yang buat kepercayaan dalam Jawa, China, India, Melayu tu? Nabi ke?"
















9.27.2009

kerja pada raya ketiga dan keempat
















SALAM.
UNTUK JADUAL KELAS: SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN MANA-MANA PAKEJ DALAM KELAS SAYA PADA BULAN OKTOBER INI BOLEHLAH MEMBUAT TEMPAHAN. SAYA TAK TETAPKAN KELAS APA . MANA YANG ANDA RASA MINAT, ANDA BOLEH TEMPAH. CUMA NAK MAKLUMKAN KELAS HUJUNG MINGGU PADA BULAN OKTOBER INI HANYALAH PADA 3 & 4 HB. HUJUNG MINGGU YANG LAIN SEHINGGA 1 NOVEMBER KELAS DITUTUP. KELAS ISNIN HINGGA JUMAAT MASIH DITERUSKAN.
PENGUMUMAN TAMBAHAN: SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN.

_____________________________________________________

Malam raya ke tiga, aku membuat sepasang sepatu biru gelap dengan tatahan bunga perak. Kemudian buat pula 4 pasang sepatu kecil. Eeeee...seronoknya. Teringat cerita Cinderella tercabur sepatunya. Untuk memenuhi tempahan Fiza di Binjai, Kemaman, aku buat pula kuntuman bunga-bunga kecil warna hitam.

Bangun subuhnya, cetak pula huruf dan bentuk hati merah. Aku bakar kek butter dan 40 kek cawan. Tengahari raya ketiga, mak beria-ia ajak pergi ziarah Mak Long yang baru saja kehilangan Ayah Long. Gemullah Ayah Long kembali ke rahmatullah pada hari yang sama Nur Iman menghirup nafas pertama. Tak pakai baju raya pun. Sambar saja maxi merah hitam yang kugunakan waktu jadi mc majlis perasmian Perhimpunan UMNO Pekan 2008 dan deklamasi puisi merdeka tahun lalu. Baru dua kali pakai, kira masih baru. Baju yang dibeli untuk raya, masih dok dalam plastik, belum bergosok. Hehehe
Balik dari rumah Mak Long, Ezly, adik lelakiku yang hendak pulang ke Kuala Lumpur, ajak ke rumah Pak Ucu di Kuantan. Kebetulan Tok Yam (nenekku) beraya di situ. Dalam kepala sudah rancang hendak singgah Giant cari daging kambing, buat nasi bokhari untuk jamu kawan-kawan kepada anak-anakku. Punyalah kusyuknya di rumah Pak Cu apabila bertemu sepupu sepapat, mak saudara pak saudara di samping melayan nenek yang kurang nampak dan kurang dengar. Beratur pula di Giant, bukan main panjang barisannya. Tahu-tahu sampai ke rumah ketika Maghrib hampir melabuhkan tirai. Kelam kabut mengejar Maghrib anak beranak.

Malam raya ke empat mulalah rasa macam tak cukup waktu. Kasut biru yang belum cukup kering tetiba saja terpatah di tengah-tengahnya kerana kekasaranku sendiri. Terpaksa aku membuatnya semula. Hubby resah gelisah, miang kerana dinaiki demam campak halus. Aku tak dapat tumpu perhatian pada kerja. Banyak kerja kena buat tetapi badan kelesuan. Bantal memanggil, aku jadi kalah. Aku rela keletihan kerja daripada keletihan berjalan. Rasa penat sangat setelah berjalan. Rancangan asal hendak balik ke Muar pada raya ke empat nampaknya tak menjadi. Mungkin akan balik pada malam raya ke lima. Sempat ke? Ughhh....sebelum tidur sempat juga aku uli fondant warna hitam dan merah, juga membancuh royal aising untuk memudahkan kerja esoknya.

Bangun subuh raya ke empat, cepat-cepat canai sugar paste putih dan merah, tutup kek cawan. Doh sugar paste yang telah siap berwarna, hati dan huruf yang siap dicetak memudahkan kerjaku subuh itu. Cuma perlu buat ikatan riben pada hati dan buatkan kedutan frill pada tebaran fondant besar yang menutup 10 biji kek cawan.

Kemudian aku lupakan sebentar kek cawan hitam putih, juga tempahan Fiza.

Aku tumpukan kepada kek masjid, tempahan Mak Ungku Ummi Aishah. Bab tutup fondant, pada aku tiada masalah. Tetapi apabila gula aising jenama Red Man kehabisan, jenama King dan prai juga tiada di pasaraya, aku mula pening. Mahu tak mahu terpaksa juga guna gula aising jenama XXXXX (tak boleh disebut), gula aising yang sangat aku anti penggunaannya. Tak banyak membantu untuk kerja fondant dan royal aising. Aduhhhh memang menyakitkan hati. Royal aisingnya tidak konsisten sepertimana aku menggunakan RedMan, Prai dan King. Ditambah gula dan dipukul lagi, ia jadi kental, payah untuk piping tetapi jadi meleleh - tidak berbentuk dan mengeras seperti penggunaan gula aising lain. Mak aii, debar di dada tak terucap. Lihat gambar kek masjid itu. di bahagian bawah kubahnya kelihatan warna gold yang bergenang. Asalnya ia adalah bentuk bead, tetapi akhirnya meleleh menjadi datar bergenangan dan akhirnya kering oleh cuaca. Subahanallah, rasa nak terbakar tapi tak tahu nak marah siapa. Sebaris ayat dari bibir anak dara aku buat aku terpujuk, "Walaupun tak berbentuk tapi cantik, ummi, nampak lebih seni."
Kubahnya aku buat menggunakan mangkuk polistrene. Corak cornell lace itu memang tidakj sesuai untuk kubah, sepatutnya hanya garis-garis panjang dari puncak ke bahagian bawah kubah tetapi kerana royal aising tidak membantu, terpaksa aku gunakan corak begitu. Sugar paste untuk dinding masjid aku canaikan dengan pencanai bergaris, kemudian aku kepitkan dengan tweezer khas.

Aku tidak berpuas hati dengan tiang-tiang di penjuru masjid itu. Buruk betul tapi dah tak ada arah, terpaksalah pasrah menerima kenyataan 'masjidku bertiang condong'.... huhuhu. Aku pernah lihat peserta diploma wedding cake yang buat kek bentuk masjid sebagai 'presentation work'nya menggunakan tiang kek tingkat sebagai tiang masjid. Adduhh...aku pula kehabisan tiang itu. Bulan Ramadhan, memang tidak tambah stok barang-barang kek.

Siap saja masjid Mak Ungku Ummi Aishah, aku kembali kepada kek cawan tema hitam putih Fida. Ada lebihan gula aising Red Man yang sedikit sangat tetapi cukuplah untuk aku membuat daun kelabu di antara kuntuman bunga hitam. Ia memang tidak menghampakan. Cantik daunnya berbentuk dan tidak meleleh.

Ketika menyapu serbuk perak pada huruf-huruf putih, ada serbuk yang singgah pada tebaran fondant hitam. Grrrrr....tetapi Azzahra sekali lagi berkata, "ngapa ummi susah hati sangat? Seni tu kan benda yang....." dia tercari-cari perkataan seterusnya "agh! payah nak cakap tapi ni seni namanya."

Hubby pada mulanya malas ke Kuantan membuat penghantaran kerana tidak tahan dengan demam campak yang miang. Fiza pula macam was-was nak ke Pekan. Kesian kat Fiza, hubby buang angin malasnya. Kek masjid juga turut dibawa ke Kuantan. Aku meneruskan kerjaku mengadap kek kasut dan kek kemeja.

Fiza sms berkali-kali ucap terima kasih dan sebagainya. Tup tup... hubby sms, "Zati, Fiza kata dia tak ada pun order kek?"
"Eh! Tadi hubby hantar kek sapa?"
"Kek Amer tu. Hubby beri kek masjid."
"Laaaa....Amer tu tunang Fiza. Nanti zati call semula."
Serentak itu sms Fiza masuk, "kak, saya dapat kek sebiji je. Tu bukan kek saya."
Huwaaaaa...aku rasa nak menangis. Cepat-cepat aku hubungi Fiza. Fiza dapat kek masjid dan dua kotak kek ccawan hantarannya masih ada dalam bonet keretaku. Huhuhu.
Tidak tahulah macam mana boleh tersilap. Hubby tersilap kasi meskipun pada kotak cupcake telah kutulis nama dan nombor hp Fiza. Fiza pula bagai terkunci mulut menerima kotak kek yang bertutup tinggi lain dari biasa.
Fiza sms, "kak, cantik gilerr design tu. Nanti Kahwin Fiza tempah lagi."
Hahaha.... sekali fikir lucu juga. Kesian hubby, terpaksa ke kemaman pula dengan demam campaknya. Malam itu, memang kami tidak jadi balik ke Muar. Hubby sampai lewat ke rumah kerana jalan sesak dan lebat hujan. Iman yang dibawa Azzahra menemani hubby buat penghantaran telah tertidur dalam kereta. Sebaik saja mendengar suaraku, matanya terbuka sedikit, menyembamkan mukanya ke bahuku, kemudian apalagi...mencari susu.... duhai, kesian Nur Iman. Aku tidur jam 2.30 pagi menyudahkan kek kemeja - kerja yang sangat rewel kerana gula aising cap XXXXX langsung tidak membantu, buat kepalaku rasa pusing macam gasing!

9.26.2009

kerja pada raya pertama dan kedua











Salam syawal.
Aidilfitri kali ini aku hanya beraya dengan apron. Jumpa baju raya pada hari ke 5. Hari pertama hingga ke empat, hanya pakai blouse dan seluar panjang (serta apron). Ketika ramaia orang di rumah mak bonda, aku berlari ke rumah mak membantunya melayan tetamu. Kemudian pulang ke bengkel, pakai apron dan buat macam-macam. Ada orang yang akan kata, "selak cari duit kak zati tu!". Aku tak hirau apa kata orang. Hanya aku yang tahu mengapa aku menolak baju raya tahun ini.
Di celah-celah kesibukan sebentar-sebentar melayan tetamu, sebentar-sebentar pulang ke bengkel, hari raya pertama aku bakar dua biji kek span dan satu segi empat untuk Puan ainon. Kemudian duduk diam-diam menguli fondant, membuat bunga ros dan mencetak bentuk hati. Malamnya, kusambung pula mengikat riben fondant pada hati.
Pagi raya kedua, Puan Ainon mengambil tempahannya - dua biji kek bulat disatukan dengan warna yang berbeza - untuk anak perempuan dan lelakinya. Musim raya memang tidak sempat hendak melukis cartoon artwork. "Kalau nak gambar kartun guna edible, oklah." Ecececeh...mentang-mentang dah ada printyer edible...:-)
Tengahari raya kedua mulalah kerja menutup fondant pada cupcake. Sekejab saja kerjanya kerana ros dan hati telah kusiapkan. Cupcake warna krim lemon dan keemasan ini adalah tempahan Fida dari Keratong. Emak, ayah dan adiknya datang mengambil tempahan ketika Pekan hujan lebat. Fida turut menempah biskut raya dan set jar metal. Kepada Fida, maaf kerana tidak hadir ke majlis perkahwinanmu. Dari jauh akak mendoakan kebahagiaanmu.
Apa pula kerja selepas menyiapkan kek Fida? Tunggu entry akan datang :-)

9.25.2009

MENJELANG SYAWAL

Salam kemaafan aidilfitri buat semua pengunjung, teman-teman yang aku kenali di online mahupun nyata - teman penulis, teman baking, teman deklamasi dan lain-lain, pelajar-pelajar zati d'hati bake & deco class, saudara mara jauh dan dekat.
Mohon maaf juga kerana aku tiada kesempatan untuk membalas semua sms. SF Azzahra menukar telefon bimbit denganku kerana gemar mendengar lagu. Maka banyak sms yang masuk tidak memaparkan nama pengirim kerana banyak nombor yang tersimpan dalam telefon bimbit yang diguna Azzahra. Maaf bebanyak. Apapun aku menghargai ingatan ikhlas anda semua.
Untuk paparan entry kali ini, adalah kek-kek yang kusiapkan menjelang syawal. Di samping menyiapkan simple moist choc cake untuk tempahan mahupun untuk jualan di bazar ramadhan dan bazar raya, aku menyiapkan deretan kek ini menjelang raya (sabtu).

Kek di bawah - rich chocolate moist dengan hiasan edible image - tempahan Mazuina yang pulang beraya dari JB.



Mazuina juga menempah blueberry cheesecake. Terimakasih, ina... jangan serik tempah lagi ye...



OK. Yang di bawah ini satu-satunya kek yang kubuat tiga empat hari sebelum raya. Untuk kekandaku Zaiton Abu Samah (http://mariahsj.blogspot.com/), orang yang kukenali pada awal penglibatanku dalam dunia penulisan 23 tahun lalu. kek ini kuposkan dengan bas, menumpang penghantaran tempahan biskut dan kek Dr Kamariah Kamaruddin dari UPM.


Kek Upin Ipin ini dibeli oleh seorang ustazah kerana anak-anaknya suka banget dengan keletah upin ipin.



Di celah-celah tempahan kek raya, ada juga tempahan kek hari lahir. Tempahan daripada Cikgu Hasfaliza untuk anaknya, Arinie.



Edible Image Nemo ini ditempah oleh Ustazah Nahariah untuk meraikan harilahir suaminya. Kenapa Nemo? Tak tahulah kenapa. Baranmgkali suaminya suka memancing atau suka memelihara ikan kot.



Aha... ini kek untuk Arinie tadi. Oleh kerana terlupa memasukkan perkataan Arinie ke atas Edible Image, maka aku tuliskan saja di sisi depan kek.



Kek di bawah adalah tempahan Cikgu Rahman. Edible Image juga. Sebenarnya, hubby telah mengotakan kata-katanya. Dua hari sebelum raya, aku mendapat hadiah peralatan edibble yang lengkap dari hubby. Terimakasih hubby. MMMMMUAHHHHHHHHHHH



Set Cupcake Upin Ipin ditempah oleh Nor dari Bukit Perah Kuala Berang. Nor turut menempah sepuluh biji smc dan 7 balanng biskut raya.Semua tempahan Nor ini dihantar ke Kolej Matrikulasi Gambang, di bawa pulang anak daranya ke Kuala Berang.



Cupcake makan-makan tempahan Aslili mengiringi tempahan simple moist choc cake dan biskut raya.


Di bawah pula tempahan Nurfaiza, dua kotak cuppies aidilfitri.



Terimakasih juga kepada Solehah, Faez, Jijie, Ray, Tiqa dan Carol yang menempah kek design di atas.
Di celah-celah kek raya, ada juga tempahan hantaran bertunang. Jalan pintas - aku hanya meletakkan bunga gum paste dan chocolate plate warna hijau untuk menyerikan kek ini. Tidak sempat dah hendak membuat bunga dari buttercream. Ini adalah tempahan Sarah dari Lembaga Muzium Negeri Pahang.




Sarah turut menempah kek carrot. Hem, hiasan ringkas saja.


Di bawah ini juga tempahan Cikgu Rahman.


Cupcake di bawah ini - tempahan Tengku Nadia. Terimakasih ye...


Pagi raya, aku deko kek carrot ini untuk memenuhi tempahan Fariza, kawan sekelas waktu aku belajar di Sekolah Menengah Ahmad, Pekan.


Kepada semua yang memberi sokongan kepada produk Zati D'hati, aku mengucapkan berbanyak terimakasih. Sekian.

9.14.2009

HANYA SENYUMAN JADI JAWAPAN

SALAM.

(MOHON MAAF KEPADA armous & girl -friday KERANA AKAK TERTEKAN BUTANG REJECT SEWAKTU MAHU PUBLISH ADD COMMENT ANDA BERDUA. MAAF YE)


Eddible image lagi. Tempahan daripada Kak Rohani dari Penang. Ini tempahan kali kedua dari Kak Rohani. Kali pertama Kak Rohani tempah brownies. seperti selalu, apabila ada saja order rich choc moist yang melibatkan pihak pos, aku awal-awal memaklumkan agar redha menerima keadaan kek nanti. Tahu sajalah apabila dipos - entah-entah telah dicampak-campak bungkusannya. Lagipula mungkin berhari-hari alami proses 'goyang inul'... hehehe.

Alhamdulillah. Kata Kak Rohani, kek cuma cacat sikit (tersopek) di bahagian tepinya. Yang lain-lain ok.

Terima kasih, kak. Nanti order lagi ye :-) Biskur raya dah sampai ke , kak?

Di bawah inilah kek tempahan Kak Rohani dengan tulisan Princess Hannah Watana. Siti Edible sms - betul ke ejaannya tu?
Betullah, itu yang Kak Rohani hantar.




Ini pula kek tempahan Misi Anna , meraikan harilahir suaminya. Ada kesilapan besar yang kulakukan pada kek ini. Mata terlalu mengantuk, kek kumasukkan ke dalam chiller, dah siap berganache. selalunya aku masukkan ke dalam kotak saja. Esok paginya, belum sempat wap air mengering, aku tampalkan edible. Tau sajalah apa jadikan...
Misi Anna telefon akan ambil esok! Wajah-wajah edible mula gelembung kerana wap air yang terperangkap pada kek. Aku bincang dengan hubby, kemudian segera telefon Siti Penang.
"Ti, kau boleh tak print semula gambar Princess Watana tu? Hantar dengan bas. Bas tu sampai Kuantan jam 4 pagi, Cikgu akan tunggu."
"Biar betul, Kak Ti, cikgu nak tunggu pukul 4 pagi?"
Duhai... hati kesian pada hubby. Mengantuklah dia hendak memandu ke Kuantan subuh hari begitu.
"La hai, macam mana nak buat ni?" Aku memang tidak senang kalau hasil kerjaku hodoh sampai ke tangan pembeli. Yang gelembung telah kucucuk tetapi udara yang terperangkap tak habis keluar juga. "Tak apalah, Ti... aku kena redha je ni." Aku memutuskan begitu setelah hati tidak sampai hati membiarkan hubby ke Kuantan untuk menebus kesilapanku.
Doa berkepul-kepul. Esoknya, udara yang terperangkap itu hilang sama sekali. Aku cuma ratakan saja edible dan .... alhamdulillah... tidaklah cacat sangat seperti semalam meskipun tidak secantik asalnya.
Hubby mengangkat kening melihat edible yang tidak sesempurna biasa. "Dari dulu lagi hubby kata kita kena beli mesin edible."
"Malaslah. Banyak benda nak fikir, b. Tak cukup tangan."
"Zati jangan buat. Biar anak buat, biar hubby buat. Anak akan ajar hubby."
Ya tak ya jugak...anak-anakkan suka sangat operasi apa pun dengan komputer.
"Nak ke?"
Aku merenung hubby, mencari kesungguhan pada wajahnya. Nampak tulus, bukan main-main.
"Kalau nak, hubby belikan."
Segan aku hendak mengangguk. Apa tidaknya, tahun ini saja telah dua kali beli hampir duapuluh buah buku dari Amzon.com. Kemudian beli pula buku terus dari penulis Maisie Parrish. Semua itu dah hampir RM3k. Tak sampai hati nak mengangguk.
"Nak?"
Hati berbunga ria. Hanya senyumanku jadi jawapan.



9.13.2009

HAJAT HUDRI JADI KENYATAAN




SALAM.

Barangkali kerana aku sentiasa memahami watak-watak yang kubina di dalam cerpen dan novelku, aku jadi mudah memahami orang lain.
Hudri, ayah kepada Aisyah Sumayyah yang comel ini menelefonku meminta oreo cheesecake dengan tampalan edible image. Kalau tidak salah ingatanku, seminggu sebelum sambutan harijadi anak comel ini. Aku terusterang memberitahu bahawa aku tidak buat sendiri edible image, terpaksa tempah dengan sahabat di utara. Menempah jauh begitu melibatkan pihak penghantaran. Belum tentu sehari akan sampai ke Pekan. Malah pernah terjadi satu syarikat penghantaran laju meminta aku mengambilnya di pejabat mereka jika mahukan barang itu segera! Kalau tunggu mereka hantar, perlu tunggu seminggu kerana kononnya mereka ke Pekan sekali seminggu! Ada juga perkhidmatan pos laju yang macam ni? Bangang! Aku menyumpah dalam hati apabila perkhidmatan pos laju itu memberi kata dua begitu.
Mungkin kerana kesibukan, Hudri terlupa emailkan gambar puterinya. Aku pula menyangka Hudri tiodak berhajat meneruskan tempahannya kerana sebiji kek oreo cheesecake itu jadi mahal kerana kos edible image yang perlu dibayar dengan kos penghantarannya, juga ditambah dengan kos penghantaran dari Pekan ke Kuantan.
Aku jadi terpana apabila Hudri menelefonku, mahu mengesahkan tempahannya. Rasanya 3 hari sebelum majlis harijadi anaknya. Adduh! Aku perlu email gambar Aisyah Sumayyah kepada Siti Penang, tauke edible image. Siti perlu edit dan pos laju. Masalah aku dan Siti boleh diselesaikan segera kerana Siti memang tidak pernah menghampakan permintaanku. Tetapi masalah yang melibatkan pihak penghantaran...duhai, payah nak dijawab.
Beberapa kali aku mengulangi penerangan tentang masalah penghantaran. Hudri tetap merayu sehingga perkataan "tolonglah saya, saya nak juga kek tu ada gambar anak saya, tolonglah," kali berkali . Hudri dari KL akan bercuti di Cherating/ Beserah (mana satu ya... aku tak ingat). Untuk mengharapkan edible image sampai ke Pekan pada waktu yang amat nazak itu, aku tidak yakin sama sekali. Perlu ada alternatif lain.
"Begini. Beri alamat penginapan di Kuantan. Pos akan terus kepada Encik Hudri. Nanti saya akan bekalkan bahan-bahan lain untuk Encik Hudri tampal sendiri."
"Tapi saya tak tau nak pasang gambar tu."
"Senang je."
"Kalau Puan pasangkan nanti boleh?"
"Saya ada kelas hari tu. Saya tak datang. Tak apalah, nanti saya minta suami pasangkan. Tapi kena redha ye... gambar edible tu belum tentu sampai. Kita sama-sama ikhtiar dan doa. Kalau sampai, alhamdulillah. Kalau tak sampai, redha ye."
Tidak cukup dengan kata-kata itu, aku mengirim email kepada Hudri atau isterinya. Aku mohon mereka benar-benar faham agar tidak ada salah faham andai impian tidak jadi kenyataan, andai hajat tak tertunai.
"Comel budak ni," kata hubby.
"Bertuahnya budak ni. Jauh bercuti nak sambut birthday. Pulak tu, keknya mahal kerana dua kos penghantaran dan kos edible." Aku merenung wajah si comel pada layar pc.
Aku mendesak Siti membuat kerja segera pada hari itu juga. Siti selalu tunaikan permintaanku. Ini yang buat aku senang dengan Siti.
Saat penghantaran, aku memberitahu apa yang perlu hubby buat untuk melekatkan edible image itu pada kek. Yalah, selama ini hubby tidak pernah ambil tahu fasal pasang memasang edible ini. Lama hubby menunggu Hudri di parking Kuantan Parade. Rupa-rupanya Hudri tidak tahu lokasi Kuantan Parade. Hubby memutuskan untuk hantar ke Kamdar, tempat Hudri berada. Cerita hubby, riuh anak-anak Hudri bertanya, ini dibuat dari apa, ini boleh dimakan atau tak?
Sms Hudri atau isterinya, kek sedap dan cantik. Nanti boleh order lagi. Tapi kenapa tak bereitahu ada plastik di belakang? Nasib baik tak makan plastik.
Hah? Plastik! Ya Tuhan! Aku terlupa beritahu hubby supaya buangkan plastiknya terlebih dulu. Mak aiii. Ampun, Hudriiii & famili. Saat aku memberitahu hubby, "Lorrr, kenapa tak beritau? Nasib baik tak ada yang lekat. Kalau tak, jadi kes pulak?"
Tu la... lupa... tengok gambar kek ini. Lapisan jelly di atas edible image tu nampak tebal sikit, sepatutnya nipis saja. Alahai, tidak menyalahkan hubby, dia tidak pernah buat kerja ni.
Ada kejadian aneh sewaktu pulang dari menghantar kek Hudri. Setelah melepas Jambatan Tanjung Lumpur, tiba-tiba hubby dan anak-anak melihat dompet dan duit melayang-layang. Hubby berhentikan kereta, menyarung uniform asp kadet polisnya. Dengan uniform itu, hubby menyekat kereta dan mengutip semua duit yang bertaburan beserta dompetnya! Duhai hubbyku... Dalam dompet itu ada banyak nombor telefon. Hubby mendail salah satu nombor dan bertanyakan nombor telefon pemilik kad pengenalan yang terdapat dalam dompet. Kemudian mendail nombor telefon pemilik dompet. Kemudian apa lagi yang dibuat? Telefon adindanya ini yang sedang mengendalikan kelas.
"Zati, hubby balik lambat sikit ye. Jumpa beg duit orang ni. Tengah tunggu orang tu patah balik ke Tanjung Lumpur. Orang tu nak balik ke KL." Hem, aku sudah arif dengan perangai hubby dalam hal-hal sebegini. Kalau jumpa barang orang, akan dipulangkan. Kalau jumpa burung patah, dibawa balik ke rumah, diubati sehingga boleh terbang semula dan dilepaskan. Hubby pernah bawa balik kura-kura yang cedera badannya dan retak cengkerangnya, diubati dengan minyak gamat sehingga baik. Setelah pulih, dilepaskan tetapi kura-kura itu balik semula ke rumah kami. Mungkin rasa terhutang budi tapi k ata hubby, ini bukan habitatnya, lalu dilepaskan ke paya berdekatan.
Cerita SF Azzahra, "banyak duit dalam beg tu, umi."
"Banyak mana?"
"Hubby tak kira pun, hubby masuk-masuk dalam dompet macam tu je" sampuk hubby.
"Duit RM50 je ada banyak keping. Belum lagi duit Rm 10, duir RM1." Cerita SF Azzahra.
"Orang tu tak kata duit tu cukup atau tak?" selidikku.
"Dia kira duit tu cukup katanya. Dia pun tak sedar beg duit hilang. Tapi hubby hairan macam mana duit dan beg tu boleh terbang melayang-layang."
"Tak apalah kalau dia kata cukup."
Pernah terjadi, hubby jumpa beg duit orang di tepi jalan. Apabila dipulangkan, bukannya hendak berterimakasih, dituduhnya pula hubby ambil duit dia! Entah dia tak ingat jumlah duit yang ada dalam beg duitnya, atau ada orang lain yang kebas duit dia sebelum hubby menjumpainya!
______________________________________
INFO KELAS - KELAS DIBUKA PADA 6 SYAWAL. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017-9427033/ 013-9823030. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

9.09.2009

BORANG PESANAN TEMPAHAN KEK & COKLAT







Name:




Email Address:




Contact No. :




Alamat :




Lokasi Penghantaran :




Tarikh :




Masa :




Jenis Tempahan :




Saiz :




Kuantiti :




Jenis / perasa kek :







Get your own free form like this one.

BORANG PERMOHONAN KELAS BAKE & DECO ZATI DHATI







Name:




Email Address:




Telephone Number :




Modul :




Tarikh Pilihan :




Penginapan :







This online form was provided by Freedback.

di mana jantungmu berdegup...



Salam.

Malam merangkak ke perdu pagi. Aku memutuskan untuk memasukkan satu entry yang ringkas memandangkan banyak sangat gambar yang belum kumasukkan ke dalam galeri ini. Ini tempahan yang tergesa-gesa. Telefon larut malam untuk pesanan yang mahu diambil keesokannya. Aku menarik nafas sesak. Untuk menjimatkan masa, tambahan pula Iman ketika itu demam campak, aku mengambil jalan mudah meletakkan toppers Dora di atas kek. Hijau rumput untuk menyegarkan pandangan, diserikan dengan manik gula dan 3 ekor kumbang coklat. Ini tempahan Zam untuk anak daranya, Atieq.

Apa yang perlu pelanggan tahu ialah kami tukang buat kek ini perlukan masa untuk cari bahan-bahan (untung kalau stok bahan sentiasa ada), untuk masak kek, untuk sejukkan kek, untuk mencari idea, untuk deko. Kalau buat adhock order tetapi hendakkan yang sempurna macam dah buat tempahan sebulan lepas, minta maaflah.
Ketika mengandungkan Iman, hubby belajar membuat kek carot, kek sponge, brownies. Chocolate moist memang kerja yang hubby tangani bertahun-tahun dulu. Kata hubby, semuanya sebagai persiapan untuk menerima kehadiran orang baru. Kini, ketika Iman memerlukan diriku, ada orang lain yang boleh mengambil alih kerjaku. Pendek kata semenjak mengandungkan Iman sehinggalah kini, kerja masak kek ditangani hubby atau anakku Amsyar yang memang mengambil jurusan bakery setiap kali dia pulang bercuti. Aku hanya mengambil bahagian deko dan beberapa jenis kek yang hubby tidak tahu membuatnya. Kerjasama begini membuatkan kami saling berkongsi kepenatan dan kepuasan berkarya dalam dunia hiasan kek. Perkongsian ini seperti pateri yang makin kejab mengeratkan cinta kasih. Dalam seluruh hal yang bersangkutan dengan kerjaku - baik mendeko kek, menulis, deklamasi puisi, mengacarakan majlis, serta urusan-urusan rumahtangga dan anak-anak, aku banyak dibantu hubby. Di sebalik kejayaanku, berdiri hubby yang ampuh menyangga perjuanganku. Aku tidak mahu melihat pelangi di atas kepala orang lain. Aku terpesona dengan cahaya yang Tuhan anugerahkan untuk diri dan hidupku. Alhamdulillah.


Hubby, aku dengan bangga dan insaf menyatakan, "di mana jantungmu berdegup, di situ cintaku hidup."

9.08.2009

KUASA SEBARIS AYAT

Salam.
Seronoknya. Dengan prihatin seorang rakan, hajat hendakkan kek di dalam kotak dengan jenama sendiri tercapai juga. Terimakasih berjuta-juta untuk rakan yang ini. Terbuat daripada kertas tebal yang berkilat (hampir nampak wajahku sendiri :-)) dan boleh dicuci. Alhamdulillah.


Merasmikan kotak jenama Zati D'hati Fancylicous Cake ini - tempahan dari Cikgu Mie untuk isterinya, Cikgu Siti. Romantis Cikgu Mie ni, tiap-tiap tahun ada kek untuk sambut ulangtahun perkahwinan. Bugar cinta cikgu siti setiap tahun hari-hari istimewa diingati. Untuk cikgu berdua, semoga kekal menyulam bahagia ke hujung nyawa.





Tiba-tiba aku teringat sebuah restoran di Shah Alam. Seorang lelaki yang mengurung kata setiap kali bertemu, tiba-tiba menghulurkan naskah buku. Judul pada kulitnya 'Kehadiran yang Dilupakan'. Aku memandang dia di depanku. Rasa tersindir dengan judul buku itu. Masakan tidak, surat-suratnya yang sarat falsafah cinta, harapan dan kehidupan tidak kuendahkan. Tidak ada sebaris pun ayat 'i love u' atau 'saya benar-benar cintakan awak' di dalam surat-suratnya. Semuanya tersirat di dalam ayat-ayat yang memukau sehingga aku membacanya ulang berulang meskipun perasaan lelaki itu kupandang sepi.
Menyelak halaman pertama buku itu, darah mudaku mendesis. Serta merta wajah merona merah. Debaran di dada aku lindungi dengan tawa kecil yang hampir tak terdengarkan. "Untuk perempuan yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakku". Sebaris ayat yang ringkas tertulis di situ namun maksud yang tersirat menjangkau kepada sunnah rasul. Mengapa perlu ada cinta, mengapa perlu hidup bersama, terkandung di dalamnya. Aku tersedar dia benar-benar menyintaiku meskipun berbeza agama, budaya dan bangsa. Banyak yang aku fikirkan tentang perbezaan ini namun sebaris ayat yang ditulisnya pada naskah 'kehadiran yang dilupakan' menjentik akalku. Aku jadi sedar bahwa dia menyintaiku bukan kerana pertaruhan tetapi kerana memahami tanggungjawab penyatuan dua insan itu bukanlah kecil. Memenuhi tuntutan agama dan sunnah rasul.
Sikap endah tidak endahku mengendur. Sebaris ayat itu memberitahuku bahawa dia benar-benar ikhlas. Ya, benar-benar ikhlas sehinggalah menjadi ayah kepada 6 orang zuriat yang mewarnai taman perkasihan kami.
Duhai... ayat pada kek tempahan Cikgu Mie ini membawa saya menjengah kenangan manis 22 tahun lalu.


9.07.2009

RINDU YANG TERPENJARA

.
Salam. Berakhirlah sudah kelas di bulan Ramadhan. Tempahan biskut juga ditutup. Yang masih dibuka adalah tempahan cupcake, chocolate moist, horlick moist, cheesecake dan carrot cake.
Di atas permintaan, kelas akan dibuka semula pada 4 Syawal (modul novelty dan wedding cake). Tarikh-tarikh lain masih kosong dan anda boleh menempahnya.

Sepanjang hari ini, meskipun sibuk menangani tempahan biskut, namun diam-diam aku melayani kerinduan yang terkurung. Rindu untuk menulis. Sayu, syahdu , hanya aku yang mengerti.
Duhai, biarkan aku terus melayani kerinduan ini asalkan aku terus menyempurnakan kerja-kerjaku dengan cinta kasih .
Rakaman kerja di bawah - kek yang dilputi buttercream dan dihiasi pula oleh bunga gumpaste. Ini adalah jalan termudah untuk memeuhi kehendak pelanggan yang tidak sukakan fondant tetapi mahukan bunga yang elo0k terletak. Lagi pula, bajectnya tidaklah semahal fondant.

Warna biru jelmaan americolor. Tempahan pelanggan dari Kampung Ubai, Jalan Pekan Kuantan.


Liputan buttercream putih mulus ini nsaya berikan sedikit nuansa merah jambu untuk dipadankan dengan bunga gum paste watrna merah jambu juga.





Sekian.

9.06.2009

BONEKA - DULU DAN KINI



Salam.
Menyempurnakan hajat seorang ibu untuk menggembirakan hati anakandanya, Puteri Adriana membawaku menelusuri nostalgia zaman anak-anak. Tidak ada boneka cantik dalam diari hidup zaman kanak-kanakku. Yang ada hanyalah boneka kain yang dijahit emak menggunakan kain perca dan disumbat dengan kekabu. Ada juga yang disumbat dengan pasir kasar. Di sekolah pula, kami belajar membuat kraftangan - membuat boneka dengan kertas yang digulung berpalang, kemudian disumbatkan ke dalam kulit telur. Raut wajah bujur telur itu kami berikan alis secantik mungkin, hidung yang tiba-tiba hanya nampak secuit dan pasti saja bibir yang mengorak senyum manis. Boneka telur itu kususun berbaris di atas belebas dinding. Apabila saja adik-adik berlari, ada yang jatuh ke lantai dan raut wajah bujur telur bersepai. Aku menangis, bergaduh dengan adik kerana sayangnya aku pada himpunan boneka kulit telur. setiap kali kuganti baru, pasti ada saja koleksiku yang mengalami kecacatan.
Kini, boneka bukan saja terpamer di rak-rak di pasaraya, di bazar-bazar murah mahupun di pasar minggu, tetapi juga diletakkan di atas kek untuk menceriakan hati anakanda.
Tau apa jadi pada Puteri Adriana. Ibunya sms - puteri tidak mahu memotong kek ini. Balas hubbyku, pejam mata dan potonglah.
Agh! Pasti Puteri Adriana akan menangis. Duhai, aku teringat airmata zaman kecilku menitik melihat raut wajah boneka telur yang serpih sana serpih sini, rapuh kerana takdirnya begitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails