JADUAL KELAS KEK ZATI D'HATI
20 nov - hand made choc (RM 250, percuma 3 mould, kotak dan stick)
21 nov - intensif cupcakes/tiers wedding buttercream
22 nov- fondant stack wedding cake/ fondant tiers wedding cake (ada dua tempat kosong)
23 nov - fondant hantaran/ choc deco (ada 2 tempat kosong)
24-25 nov - ? (boleh tempah sebarang kelas)
26-27 - CUTI AIDIL ADHA
28 - ? boleh tempah sebarang kelas
29 - stack wedding cake (royal aising) - 2 kekosongan
30- basketweave berpenutup & specialityhantaran & choc deco ( 1 kekosongan)
1 dec - kelas choc indulgence dan kek opera (ada dua kekosongan)
2-3dec - ? (boleh tempah sebarang kelas)
4, & 5 dec- CUTI
6 & 7 dec - kelas sugar flower (ada dua lagi kekosongan)
8 dec - chocolate fondant, fantastic jelly (ada dua lagi kekosongan)
9 dec - wedding stack fondant dengan 3 teknik (ada dua lagi kekosongan)
10-13 dec- boleh tempah sebarang kelas
14 dec - cuti
15-31 dec - boleh tempah sebarang kelas
31 dec - ? (boleh tempah sebarang kelas)
Makan minum disediakan.
Penginapan:
Polo Inn 09-4224587
Inderapura 09-4266166
Melati Inn 09-4223388
Chief Rest House 09-4226941
Bermalam di bengkel - dikenakan bayaran RM 10 semalam dan RM 6 untuk makan malam
** Bawa apron, tuala dapur dua helai, gunting.Terima kasih di atas kepercayaan anda.
____________________________________
SALAM.
Ketika aku menerima gambar kek yang dikembarkan Maizera di dalam emailnya, hatiku berkata , "mewahnya bunga," tanpa sempat memikirkan kesulitan yang akan kuhadapi untuk memenuhi permintaan Maizera. Tidak sulit untuk memasang bunga pada ketiga-tiga tingkat kek ini. Kuntuman bunga yang melingkari kek ini memberi cabaran untukku. Dengan bunga sebegitu rupa, ianya amat berat - barangkali sama berat atau lebih berat daripada kek!memberi jawapan.
Yang terdetik di hati - jangan runtuh sudahlah! Pasak dan lapisan penampung berat di antara kek itu gagal meyakinkan diriku. Fikiranku hanya dikaburi oleh 'bunga mewah ini amat berat untuk tiga kek ini menampungnya'.
Aku kembali mengamati gambar yang dikembarkan Maizera di dalam email. Duhai! Rupa-rupanya ia dibuat di atas dummy semata-mata. Tepi permukaan pada kek di dalam gambar itu memberi jawapan.
Selesai menghias kek, tiba pula saat penghantaran. Nah! Tak sampai lima minit, bibirku tidak henti mengingatkan hubby, "jangan laju-laju, nanti runtuh." Owww...aku tidak sanggup membuatnya semula andai itu berlaku kerana kami dalam perjalanan ke KL.
Ada lagi debaran tambahan - risau andai ada sesuatu tak kena pada hari majlis berlangsung. Saat aku mendapat gambar potong kek yang diemailkan Maizera, aku menghela nafas lega.
Testimoni Mai - sorry, belum ada gambar dari depan. Nanti ada, mai bagi ye. Kek sedap. Semua puji. Nanti nak tempah untuk hantaran adik pulak.
Untuk Mai dan suami, akak doakan kalian bahagia dan tabah hadapi segala ujian berkeluarga, berumahtangga. InsyaAllah, akan kekal ke akhir hayat, amin.
