12.28.2009

update kelas- MAMAVOGUE KUANTAN, SYUDAHA KEDAH, INA KEMAMAN

SALAM. PENGUMUMAN.
SESIAPA YANG PERNAH MASUKKAN WANG KE AKAUN SAYA UNTUK PEMBELIAN NOVEL ECTH, HUBUNGI SAYA SEGERA. SAYA KEHILANGAN MAKLUMAT ANDA. TERIMAKASIH.
__________________________________________________________

Alhamdulillah, aku bersyukur di atas segala yang dianugerahkanNya padaku. Aku bersyukur kerana kudrat yang dianugerahkan Allah kepadaku ,menjadikan aku lebih bertanggungjawab terhadap orang-orang di sekelilingku. aku bersyukur kerana ramai yang memberi kepercayaan kepadaku untuk mengajar mereka ilmu hiasan kek. Dengan ilmu ini, dapatlah membantu mereka menjana pendapatan keluarga, mengeratkan kasih sayang dan kemesraan, menjadikan diri mereka lebih dipandang kerana bertambahnya skill kemahiran. Alhamdulillah, syukur pada Allah.
Ada yang bertanya, "Ada sijil penyertaan tak?"
Ada, sejak tiga bulan lalu telah disediakan sijil penyertaan. Sijil ini kusediakan atas permintaan. Tapi dengan berhemahnya - janganlah pula balik terus fremkan sijil dan gantung tetapi jangalah gantung kreativiti bersama. Usaha mesti terus, kreativiti mesti gilap terus. Sijil tidak menjanjikan apa-apa selagi kita tidak usaha meningkat kemahiran, betul tak?
Ada juga yang bertanya - apa kelayakan tenaga pengajar? Pertanyaan sebegini selalunya datang daripada mereka yang tidak pernah melihat kerjatanganku, sebaliknya mendapat kad bisnesku dari mana-mana tempat yang kutinggalkan kad.
Aku senyum membaca sms begini. Ramai chef yang lahir sebagai chef celibriti. Ramai chef di hotel lima bintang yang berasal dari tukang cuci pinggan saja! Ramai usahawan yang lahir tanpa sijil, tanpa diploma dan ijazah. Mereka berjaya kerana kecekalan, terus mengutip pengalaman.

Sebut fasal diploma dan ijazah, student kali ini, Syuhada dari Kedah. Mendiamkan saja ijazah yang dimilikinya, cekal mengharung kemelut dunia usahawan. Pernah bekerja, Syuhada memilih untuk berhenti. Menjadi tauke nasi lemak bungkus! Nanti bolehlah tanya Syuhada berapa banyak nasi lemak yang dibuatnya sehari sehingga dia mengambil keputusan berhenti kerja. Kemudian belajar mana yang perlu daripada bondanya, seorang gurubesar yang juga minat berniaga. Syuhada ini sikit pendiam (sikit je.... hehehe) tapi sering sms bertanya khabar, kadang-kadang meninggalkan pesanan di kotak ym ku. Anak dara ini datang ke kelasku dihantar oleh ayahanda bondanya. Sementara menanti anak daranya menghabiskan kelas beberapa hari, ayahanda bonda yang sporting ini menghabiskan masa berbulan madu sehingga ke Johor dan Terengganu.
Sesiapa nak rasa kek Syuhada, nak tempah nasi lemak, tat, brownies, bolehlah hubungi Syuhada di talian 017-4506347/ 0176389971. Tempah, jangan tak tempah.
Turut menyertai kelas crash course itu ialah Anis dari Beserah, tidak ada skill hiasan kek langsung. Kami memanggilnya mamavogue kerana selalu sangat dia menyebut, "tak apa, yang penting vogue Kak Ti." Anis suka pada jahitan labuci sehinggakan gula manik pun dipanggilnya labuci. Hahaha. Kata Anis, untuk tujuan datang ke kelasku, dia telah menyiapkan baju labuci tetapi apabila ditegur suaminya, "perlu ke bakai baju labuci pergi belajar kek?", Anis simpan saja niat mahu pakai baju labuci ke kelasku. Kata Anis, t- shirt pun diletakkan labuci. Wah! Memang vogue betul Anis ni. Setiap kek yang dibuatnya, tak lengkap jika tak ada labuci. Hahaha... sabar je lah... Keletah Anis ni selalu buat kami tergelak sakan. Yang kelakarnya, apabila aku tanyakan anak bongsunya, "mama vogue tak hari ni?" Anaknya terus mengangguk tanpa sedar muka mamanya sudah keletihan. Anis, bila dia risaukan sesuatu, anak kecilnya tu akan kata , "Tak apa, mama. Yang penting vogue." Balik dari kelas, Anis telefon, "Anis dah beli peti baru besar, Kak Ti." Pagi ini Anis sms, "baru ni buat kek 6 biji serentak, adoi, krem kaki."
Aha, satu pembaharuan baik untuk Anis yang datang dengan zero. Krem kaki rupanya. Ingatkan krem tangan kerana pakai baju sarat labuci... kuang kuang kuang.
Testimoni Anis, "Suka dapat join kelas Kak Ti. Teratur cara mengajar, step by step, mudah berkongsi tips. Senang faham. Kak Zati pun tak jemu mengajardan menunggu sampai saya siap dan puas hati. Pembelajaran pula berterusan walaupun dah lama habis kelas. Bila ada kemusykilan, Kak Zati tetap sudi menjawab pertanyaan saya. Terima kasih, Kak Zati. Vogue-vogue lagi. :-D"
Sesiapa nak tempah kek, nak tempah jahitan manik labuci, bolehlah contact Anis di talian 019-9859318.
Pada hari akhir, datang pula Ina dari Kemaman, mengambil kelas cupcake. Ina sepserti tercengang-cengang pula melihat kelas yang gamat dengan keletah Anis dan Syu. Baru-baru ini Ina memesan modelling tools tetapi ketika itu aku berada di ICCA. Modelling toolnya berharga hampir RM150. Tentulah mahal berbanding cap ayam yang di jual di BWY. Tidak jadi memesan, Ina akhirnya beli di BWY. Mungkin jadi beli kerana Ina telefon meminta plan ke BWY. Tak apa, Ina, yang murah pun boleh buat kerja juga. Janji kena rajin asah skill. Dah lama Ina sepi. Makin sibuk dengan cupcake atau sibuk nak terima menantu lagi, Ina?
Ina boleh dihubungi di talian 013-9023475.


Meh lihat aksi yang buat saya kembang pipi kerana banyak senyum dan ketawa.

Tengok tu.... suka sakan...
Dari kiri - anis mamavogue, ina kemaman, mak bonda cikgu besar, syuhada.



Lorrr...tak sedia lagi?


Aha.... klik klik. Anis, gambar ni tetap jadi walaupun tak ada labuci lip lap lip lap :-D


Tengoklah keletah mereka ni.... hahaha






Tak kuingat siapa yang punya.... masuk gambar sajalah ye Syu dan Anis...hehehe












ish.... puteri ni macam orang tak mandi je rambutnya.... hehehe tapi mamavogue kata, fesyen tu...













12.23.2009

update kelas - zehan (kemaman), cg miza& cg hanina (ktn)

SALAM.
PENGUMUMAN - SESEORANG TELAH MEMBAYAR RM42 KE AKAUN SAYA KERANA MEMESAN NOVEL EPISOD CINTA DI TANAH HIJRAH. MALANGNYA SAYA KEHILANGAN NO HP DAN ALAMAT. KEPADA YANG BERKENAAN, SILA HUBUNGI SAYA SEGERA.
_____________________________________________________________


KELAS PENGHUJUNG DISEMBER.
26 dis - kelas hand made choc (ada 3 kekosongan)
27 dis - kelas choc modelling, fantastic jelly (ada dua kekosongan)
28 dis - kelas hand made choc, kelas opera & indulgence (ada dua kekosongan)
30 dis - kelas hand made choc (ADA 3 KEKOSONGAN)
1 jan _ kelas fondant hantaran (ADA 3 KEKOSONGAN)
SILA HUBUNGI SAYA SEGERA SEKIRANYA BERMINAT. 017-9427033/ 013-9823030/ 09-4222329. TEMPAT TERHAD. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA.

Salam. sambung update kelas lagi...
Zehan dari Kemaman betul-betul memberi kejutan apabila menghabiskan semua modulnya dalam masa 1 1/2 hari. Menurut perbincangan kami, kelas Zehan akan habis dua hari , tamat lewat malam dan aku meminta Zehan balik keesokan harinya. Tetapi jauh dari jangkaan , Zehan dapat menyudahkan kerja-kerja sebelum asar dan pulang pada hari itu juga. Meskipun kami saling berkongsi cerita tetapi tangan Zehan tetap bekerja. Dia tetap memberi tumpuan penuh kepada kelas. Zehan mengambil modul fancy cookies, 3D princess dan cartoon artwork, basketweave dan hantaran, novelty dan choc deco. Seperti pelajar-pelajarku yang lain, aku tidak membantu Zehan menyudahkan kerjanya. Semuanya dibuat sendiri. Membantu pelajar menyudahkan kerja dan kemudian mengambil gambar di bahagian yang telah dibantu bukanlah etika diriku. Setiap pelajar perlu membuat latihan di atas board. Setelah itu barulah pelajar membuat di atas kek. Tujuanku ialah supaya pelajar berpuas hati membawa pulang kek yang digubah sendiri meskipun ada sedikit cacat cela. Itu adalah lumrah bagi orang belajar.
Baru-baru ini, aku bermasalah apabila seorang pelanggan yang tidak sahihkan tempahannya, tiba-tiba menelefonku menyatakan pembayaran telah dibuat sedangkan aku berada di Kuala Lumpur, mengikuti kelas intensive di ICCA. Adoiii! Sakit jiwa apabila kena macam ni. Kesian kat pelanggan, aku pun telefon sana sini mencari orang yang sanggup terima kerja bidan terjun. Memang payah orang nak terima tempahan kek dua tingkat dengan 16 biji cupcake fondant hantaran , apalagi kalau tak pernah buat kek bertingkat. Hem, order petang ini, hendak petang esok. Alhamdulillah, Zehan menyambut cabaranku. Berbekalkan sedikit panduan melalui telefon, Zehan menyempurnakan hajat pelanggan itu. Terima kasih Zehan.
Zehan boleh dihubungi di talian 019-9158566. Laman bisnesnya http://halamancuppies.blogspot.com

Testimoni Zehan:
Salam. Terima kasih beribu-ribu lemon diucapkan kepada Kak Zati kerana sudi meluangkan masa untuk saya yang mengambil crash course. Seronok belajar dengan Kak Zati, peramah macam dah lama kenal je. Kelas yang funny walaupun masa tu saya sorang je. Kak Zati juga penyabar, nak-nak masa ajar buat ros. bagi saya, tiada penyesalan yang datang memilih belajar dengan Kak Zati. Rasanya kalau ada waktu, ingin lagi buat 'onar' di dapur Kak Zati.






























_______________________________________________________
Aha... ni tangan anak dara mana ni? Psstttt... ini tangan mak-mak orang. Cikgu Hanina dan Cikgu Miza dari Kuantan. Ini memang geng periang, tak henti-henti usik mengusik. Habis aku pun kena cungkil juga hahaha. Kalau budak-budak di sekolah, memang kategori pelajar nakal. Tapi kalau cikgu-cikgu di sekolah nakal macam ni, nak kategorikan apa ye? :-D'
Ada yang minat nak beri pentas untuk guru berdua ni memahirkan diri? Bimcanglah dengan mereka berdua ni ye... sudi atau tidak mengambil tempahan. Tahu sajalah, cikgu-cikgu sentiasa sibuk apalagi awal tahun begini. Cikgu Hanina - 012-9090889, Cikgu Miza 019-9645302.

Ini gambar mereka menyiapkan bunga daripada gum paste. Mereka buat 4 jenis bunga kecil.
Testimoni Cikgu Hanina Dan Cikgu Miza:
Kelas Kak Zati amat memuaskan hati. Kami diajar secara hands on dengan penuh mesra seperti kenal lama. Pengajaran fokus secara individual dan penuh kefahaman. Kami ni datang zero tentang cupcakes mahupun deco. Pulang dengan penmgetahuan yang sangat berguna. Terima kasih atas segalanya, Kak Zati.
Mari tengok hasil kerja mereka...


mari lihat cikgu-cikgu riang ini bergaya dengan sijil.... (aku tersenyum teringatkan keletah mereka berdua ini)


12.22.2009

update kelas- ulfadeli teluk intan, ina tapah, faridah maran, asma kuantan, hayati kuantan

KELAS PENGHUJUNG DISEMBER.
26 dis - kelas hand made choc (ada 3 kekosongan)
27 dis - kelas choc modelling, fantastic jelly (ada dua kekosongan)
28 dis - kelas hand made choc, kelas opera & indulgence (ada dua kekosongan)
30 dis - kelas hand made choc1 jan _ kelas fondant hantaran

SALAM.
Dengan rendah dirinya, kumohon kemaafan kepada semua student yang agak lewat (memang terlewat) kumasukkan gambar kelas yang kalian hadiri. Meskipun lewat, doaku sentiasa mengiringi kalian agar tabah menghadapi angin cabaran, sabar dan rajin meningkatkan kreativiti. Sudah pasti ada yang tidak sempurna dariku kerana diri insan biasa. Apapun, harapanku - andai kata tidak banyak yang kalian dapat dariku, namjun aku pasti paling tidak satu manfaat pasti ada. Pergunakan sebaiknya untuk kalian menjadi agen produk halal yang gigih demi meningkatkan keutuhan ummah.
Di bawah adalah di antara gambar kelas yang lama tidak kumasukkan...



Ini dia si tampan dari ulfadeli, lebih senang dipanggil Chik sahaja. Chik datang bersama isterinya, Wati. Mereka berdua pemilik premis Ulfa deli yang terletak di Teluk Intan, Perak. Chik ini kelakar orangnya dan suka kenakan Wati (termasuk kenakan aku juga hahaha). Ruang kerja kami jadi ceria dengan gelagat Chik mengusik dan Wati yang kadang membalas tetapi lebih banyak menggeleng dan senyum sipu. Chik mempunyai kemahiran melukis terus di atas kek, lukisan yang hampir-hampir sama dengan yang asal tetapi tidak berminat dengan buttercream. Kerja deco buttercream diserahkan sepenuhnya kepada Wati. kata chik, dia gemar bersendiri ketika berkarya. Dia juga bercerita tentang istilah yang ditulis dalam bahasa inggeris untuk bahagian-bahagian pada khinzir yang dijadikan inti bun. Hal ini hanya disedari oleh anak kepada pembeli Islam tersebut. (Apa yang ketara dalam masyarakat kita ialah - apabila kita memberitahu tentang premis yang menggunakan bahan-bahan yang menerbitkan rasa curiga atau menggunakan bahan luput tarikh kerana bahan ini dijual dengan lebih murah, maka mereka akan kata, "alah, sebab dia jual kek , jual roti juga, sebab tu dia kata macam tu.) Pasangan muda ini boleh ditemui di http://ulfadeli.blogspot.com/.
Testimoni ulfadeli:
Kelas Kak Zati best. Senang faham. ajar 1 by 1. Mengikut teknik mudah dan betul. Tempat belajar tenang dan seronok. Dapat banyak maklumat tentang kek. Senang berkomunikasi dengan Kak Zati

Alhamdulillah. Semoga kalian berdua semakin gigih mencapai bintang.



Wati datang untuk mempelajari bunga-bunga lain selain ros yang memang akrab dengannya.





Ini stack fondant cake hasil kerja tangan Chik.







__________________________________________________________
Ini pun orang Perak juga. Ina dari Tapah. Hem, sudah ada tiga orang pelajar dari Perak dengan nama Ina :-) . Ina datang ditemani anak-anak dan sumi tersayang. Menginap di Chief Rest House. Ketika Ina belajar, suami akan membawa anak-anak bersiar-siar, bermandi manda. Kerjasama yang bagus dari anak-anak dan suami yang memahami. Ina mengambil modul intensif cupcake, choc deco, deco buttercream basketweave dan hantaran, fondant hantaran. Dulu kerja bank, sekarang jadi tauke mini market.
Sambil-sambil deko, Ina suka mengagah si kecilku Iman. Teringin nak anak kecil ke, Ina.... hahaha
Testimoni Ina? Boleh saja baca penilaiannya terhadap kelasku di link ini SEJAMBAK BUNGA UNTUK SIFU ZATI. Terima kasih, Ina. sejambak bunga kirimanmu mekar di hatiku.













Alahai, sengetnya ina duduk.... mungkin ina selesa begini. Tak kisahlah duduk macam mana pun, janji cantik ye Ina. :-)
___________________________________________________________
Ini pula Faridah dari Maran. Mulanya tempah kelas hand made chocolate dan intensif cupcake tetapi akhirnya hadir satu kelas sahaja kerana pada hari kelas cupcake berlangsung, anaknya demam. Seronok juga berbual bersama faridah. Macam-macam cerita keluar. Sepanjang kelas berlangsung, anak Faridah yang hampir sebaya dengan Iman dijaga oleh suaminya. Berbunga hatiku apabila pelajar-pelajar mendapat sokongan orang-orang tersayang dalam hidup mereka. Aha...sesiapa yang hendak menempah hand made chocolate sebagai gift perkahwinan atau cukur jambul, mahupun sebagai hantaran, bolehlah hubungi Faridah di talian 012-9210415. Bila nak tebus semula kelas cupcake, Idah? :-)


_____________________________________________________________
Tentu dah pernah lihat wajah ini.Ini Cikgu Asma dari Kuantan. Ini entah kelas yang ke berapa dihadiri Asma. Asma mengambil kelas fondant hantaran dan kek yang dihasilkan ini dihadiahkan untuk sahabatnya sempena raja sehari. Antara yang kami bualkan hari itu - kes dera sesama pelajar di sekolah rendah mahupun menengah. Anak Cikgu Asma dibuli di sekolah rendah, siap dengan rakaman telefon bimbit. Barangkali mereka menjadikan rakaman itu sebagai bahan gurauan. Sesiapa yang nak tempah kek untuk sebarang majlis , cheesecake, aneka tat, fondant hantaran, bolehlah hubungi asma di talian 0139311242.




________________________________________________________

Aha... siapa yang tersenyum manis ini? Ini Hayati dari Kuantan. Aku pernah mendengar suaranya dalam segmen Bumi Makmur di radio Pahang Fm, wawancara usahawan Darul Makmur. Puas kucuba cari blogspot Yati tapi tak kutemui. Akhirnya ketika kami berbual sambil-sambil Yati mendeko, terbongkarlah kisah bahawa Hayati inilah empunya blog http://twinseera.blogspot.com/. Berbanding dengan diriku, Hayati sudah ada pengalaman menyertai FAMA. Aku? Hehehe...baru dua minggu daftar usahawan FAMA. Hayati datang membawa aneka donut dari kerja tangannya. Hem, sedap dan lembut. Paling aku suka donut yang comel. sekali suap je. Enak dan lembut ditelan. Sesiapa nak order kek, donut, roti bolehlah hubungi Yati di talian 017-9803227.
Testimoni Hayati - kelas akak ok. Boleh disertai. tapi kalau boleh, kalau orang tu belajar lebih dari satu modul, bolehlah bagi satu resepi free tak kira la walaupun resepi simple je.
Hahaha pendapat yang bernas . elok juga kasi resepi ye... terimakasih Hayati kerana menyumbangkan idea yang tak pernah kufikirkan selama ini. Selamat maju jaya. semoga semakin tabah.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails