2.02.2010

HIASAN KEK CAWAN dan laporan kelas Ani Dungun, Khalida Ktn, Nani Ktn, Mardhiah Kemaman, Balqis Ktn, Nabila Ktn, Latifah Rompin, Zera KB


  SALAM.
DI BAWAH INI ADALAH JADUAL KELAS KEK ZATI D'HATI. BAGI MENGELAKKAN PERTINDIHAN MODUL, SILA BUAT TEMPAHAN AWAL. KELAS AKAN BERMULA JAM 9 DAN BERAKHIR MENGIKUT KECEPATAN STUDENT MENYUDAHKAN MODUL. MAKAN MINUM DISEDIAKAN. ANDA JUGA AKAN MENERIMA FAIL NOTA DAN SIJIL PENYERTAAN.  BERMINAT? HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017-9427033/ 013-9823030. ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. TERIMA KASIH UNTUK SOKONGAN ANDA.

5 FEB - KELAS INTENSIVE CUPCAKE
6 FEB - CUTI
7 FEB - KELAS CHOC INDULGENCE & OPERA
8 FEB - 10 feb-  boleh tempah mana-mana modul.
11 feb- wedding cake buttercream
12 feb - fondant hantaran dan intensive cupcakes (ada 3 kekosongan)
13 feb- Fondan kek hantaran, cartoon artwork (ada dua kekosongan)
14 feb - buttercream hantaran, choc deco (ada dua kekosongan)
15 feb - novelty cakes & fancy cookies/ bunga royal aising (ada 2 kekosongan)
16 feb -  wedding cake 3 tiers (stack & wedding)(ada 2 kekosongan)
17 feb - cuti
18 feb - kelas aneka tart (ada dua kekosongan)
19 feb- kelas cheesecake (ada dua kekosongan)
20 -28 feb - terbuka untuk semua modul. tempah segera .
28 feb - boleh tempah mana-mana modul
Tempat adalah terhad. Hubungi segera untuk tempahan modul dan tarikh di talian 017-9427033, 013-9823030.
___________________________________________________________________

Membuka fail gambar, tersedar banyaknya gambar yang tidak dimasukkan ke dalam blog. Kata hubby, lebih baik simpan di internet supaya jika ada berlaku kerosakan pada laptop atau thumbdrive, masih ada penyelamat dokumen. Dulu pernah simpan di photobucket, tetapi lambat sangat nak loading. Ada sesiapa yang boleh beritahu, link apa yang cepat sikit untuk simpan gambar?
Punyalah banyak gambar, sampai tak ingat siapa yang tempah ini semua. apapun, terimakasih berbanyak sangat di atas sokongan dan kepercayaan anda semua. Deretan gambar kek cawan yang pernah ditempah...



Rona ungu manis dan putih bersih dengan tebaran fondant besar untuk kelainan. rerama bermanik sebagai penyeri untuk 16 biji kek cawan.


Merah nyala dan putih bersih. Tempahan Mai dari Kuantan. set ini menggunakan 25 biji kek cawan.

  

Tempahan orang JB untuk temannya di Pekan. sempena harijadi orang Jb ini, ingin dia berkongsi dengan teman di Pekan.  Risau teman di Pekan, beria-ia ingin tahu siapa yang hantar. Aku mengusik, "mak we ke yang kasi tu?" Lelaki itu hanya ketawa. :-)

 

Tempahan maa dari Ubai. Design mengikut  kehendak maa.

  
Pink, ungu  dan putih. Kata seorang teman, "akak tukarlah pakai camera yang canggih tu, boleh zoom dengan cantik. ambik gambar  ikan masin pun nampak sedap. Lepas tu akak belajar edit, gambar akak akan lebih cantik. " Mak aiii, tak sempat nak fikir fasal itu semua, sayang. Cukuplah sekadar yang ada, cukuplah dengan Lumix inteligent auto , jujur dan tiada penipuan Telus gitu. Tak cukup budgect untuk beli yang mahal, cukuplah sebagai perakam dokumentasi kerja.

  

Yang ini order dari orang Kuantan. 'Siti.' ke namanya? Adussss lupa lagi. Mana tak lupa, order dah berbulan-bulan , baru nak masuk gambar Pada mulanya aku setuju untuk hantar. Tapi tiba-tiba hubby kena mesyuarat pula. terpaksalah dia ambil di Pekan. Ketika hendak hantar, kunci kereta pula tak ingat letak di mana. cari punhya cari, terlewatlah sedikit. Mak ayah dia yang menanti. Kata emaknya, "Jauhnya dia order kek, sampai ke Pekan, macam tak ada kek kat Kuantan. Kata nak hantar, tapi tak jadi pula, aku minta maaf berbanyak kerana hubby ada mesyuarat. Di bawah ini pun, order dari orang yang sama.  

  

Kewk cawan lobak merah berwalnut yang lembab dengan liputan krim keju... tempahan Encik Farid, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Kek lobak merah yuang kaya walnut dan enaqk dengan krim keju ini memangh kesukaan Encik Farid, selain kek opera.

 

Di bawah ini, tempahan Mai juga. Terima kasih Mai kerana menyokong produk akak.

Di bawah - tempahan yang sama dari maa Ubai. Design pun ikut contoh yang maa hantar melalui email. Ringkas sungguh.


Set booties dan botol susu, tempahan orang KL, nak di bawa ke Chini kalau tidak salah ingatanku. Terima kasih ye.


_________________________________________________________

Sekarang laporan kelas yang tertunggak sekian lama. 
Di bawah ini Kak Ani yang bermastautin di Dungun, asalnya orang Johor. Seronok berborak dengan Kak Ani, ada timbang tara antara dunia dan akhirat. Kak Ani pernah berguru dengan beberapa orang guru masak. Pandai buat kek lapis. Tidak mengapa, Kak Ani, proses belajar itu harus diteruskan. Perkembangan dunia masakan ini begitu cepat. Kalau tidak belajar, banyak yang kita tertinggal. Kak Ani mengikuti kelas coklat buatan tangan dan aneka tart. Mungkin dari kelas ini, Kak ani sedar aku ni memang pelupa. Nak buat macam mana... sejak kemalangan beberapa tahun lalu, ada wayar otak yang terkehel. Alhamdulillah masih waras lagi.
Testimoni Kak Ani: Kak Ani seronok belajar dengan Zati sebab 1: walaupun sorang, bayaran kelas tetap sama dengan yang ramai. 2. Tumpuan zati hanya pada Kak Ani sorang hehehe...best gitu. 3. Keramahan Zati jadikan Kak Ani tak kekok sepanjang masa belajar. Ada masa dan rezeki, Kak ani nak pergi belajar lagi. Jadi, dengan ilmu yang diberi, insyaAllah , Kak Ani akan start home-base bisnes.
Sesiapa yang nak tempah coklat, tart , kek lapis, terutamanya orang Dungun bolehlah hubungi Kak Ani di talian 019-9195752 atau email hannazir@yahoo.com.

______________________________________________________

Kak Khalidah  Rahayah  dan Kak Rusnani dari Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Afzan, Alor Akar.Ramah kedua-duanya terutamanya Kak Kalida. Suara Kak Kalida serak-serak basah bercerita. Aku ambil peluang juga bertanya tentang anak-anak di rumah itu terutamanya prosedur anak angkat. Tanya cece setelah kakak berdua ini balik, "Umi nak ambil anak angkat pula ke?" 
Aku tidak menjawab sebaliknya bertanya, "Kenapa?"
"Lebih baik umi beranak sendiri daripada ambik anak orang."
Aku hanya senyum tanpa sebarang komentar.
Kak Kalida dan Kak Nani banyak ikuti kelas. Pada hematku, ilmu mereka lebih banyak dari ilmuku. Bererti ilmu kami berbeza.
Sesiapa nak tempah kek buatan tangan, roti, donut dan sebagainya, bolehlah tanyakan kesudian kak berdua ni. Kak Nani  boleh dihubungi di  talian 019-9879839. Kak Khalidah  pula di talian 012-9618352. Terima kasih, kak...jangan serik datang lagi ye
__________________________________________________________

Ini pula Mardhiah dari Kemaman. Meskipun sedang hamil, Mardhiah gigih belajar untuk melengkapkan diri. Cerita Mardhiah, dia banyak mengambil tempahan gubahan pengantin. Blog hasil seninya boleh dilayari di http://heart-deco.blogspot.com/. Mardhiah boleh dihubungi di talian 012-9885414. Sesiapa yang nak tempah gubahan hantaran, boleh tempah kek dan cupcake fondant terus. Tak payah pening kepala lagi.
_____________________________________________________

Tengoklah gadis yang tersenyum manis ini. Bersahabat baik. Kedatangan mereka diatur oleh ibu Nabila. Nabila belajar di politeknik. sementara Balqis sedang menunggu keputusan SPM. Sopannya anak gadis ini hingga gelak pun tertahan-tahan. Namun seperti biasa, aku cuba mengakrabi semua yang hadir ke sini supaya kemesraan wujud dan belajar santai sahaja. Meh lihat hasil kerja mereka...
Nabila mula sibuk dengan kuliah namun Balqis barangkali masih punya banyak ruang waktu.
sesiapa yang hendak tempah kek cwan, nak rasa air tangan anak dara, bolehlah hubungi Balqis di talian
012-2474311, Nabilah di talian 013-9477089.
Komentar Nabilah - Kelas Kak Zati ok, seronok dan mudah faham. Rasa nak join lagi.

Nabilah sempat beritahu, ibunya cadangkan dia sertai kelas fancy cookies. Bila tu? :-)

_____________________________________________________

Ini pula Kak Latifah dari Rompin, tuan punya satu-satunya kedai kek Melayu di bandar itu - Latifah Cake House & Katering. Aku pernah beberapa kali ke kedai Kak Latifah ini, pernah sms Kak Latifah nak belajar darinya tapi tak dapat maklum balas. Al maklum le tauke besar, mesti sibuk. waktu itu, aku tidak tahu langsung tentang kek. Apabila mendengar suaraku berkumandang di radio dalam segmen Usahawan Bumi Makmur, dia menghubungiku. Aku terus tanya dalam tawa "Akak dah pandai kan? Akak nak belajar apa lagi? Kek akak dah cantik-cantik."
Kata Kak Latifah, dia nak belajar semua.
Kak Latifah mengikuti kelas fondant modul smocking. Katanya dah tahu buat frill, jadi nak ambil smocking saja. Tetapi apabila hendak melakukan gerak kerja, Kak Latifah minta ajar pula buat frill kerana katanya yang dia buat kurang menjadi. Aku bermurah hati mengajar walaupun silibus itu tidak ada dalam modul smocking. Banyak yang Kak Latifah hendak tahu. hehehe...simpan separuh, kak,  banyak soalan tu untuk modul lain. Aku suka Kak latifah ini kerana dia memberi ransangan dan semangat. apabila aku menyatakan impianku ingin membuka akedemi, Kak Latifah begitu semangat memberi dorongan. Aduhai, banyak yang perlu aku pertimbangkan,  terutamanya anak-anak. aku tidak mahu terlalu sibuk sehingga anak-anak terabai.
Kata Kak Latifah, orang Asli pun ada datang belajar buat kek di kedainya. Bagus betul. Ini bermakna dunia hiasan kek memang mudah berkembang ke pelosok kota dan desa.
Kak Latifah boleh dihubungi di talian  012-9219117.

__________________________________________________________

Dari Kota Bharu, dia datang ke Pekan untuk belajar fondant hantaran. Sampai jam 4 pagi. kelasnya dimulakan lewat sedikit kerana kasihan kepada Zera tak cukup tidur di dalam bas.Kecil molek sehingga aku menyangka dia belum kahwin lagi. Rupa-rupanya dah ada anak seorang.
Zera boleh dihubungi di talian 012-3171652 atau micael.ummi@yahoo.com

Akhirnya, sampai ketemu

1 comment:

Anonymous said...

kat mana la lokasi kedai ni..puas sy scroll tp x jmpa gak..hrp lebih peka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails