6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)
** 9 march - hand made chocolate (ada 3 kekosongan)
**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)
**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)
**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)
**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)
**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)
15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)
16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)
17-31 march - boleh booking modul apa pun
P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.
Berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.
_________________________________________
SALAM.
Memulakan entry ini, terimakasih tak terhingga untuk hubbyku, Mohd Azli Lee Abdullah @ Lee Cheong Beng. Pengertian dan toleransinya menyebabkan aku dapat mencari ilmu tanpa sebarang gangguan. Di mana hubbyku berada ketika aku mencari ilmu? Sebaik saja menghantar aku ke mana-mana kelas, hubby akan pulang ke penginapan, sama ada hotel atau di rumah adikku. Namun sekiranya adik iparku ada di rumah dan adikku pula bekerja, hubby terpaksa pusing sana sini bersama Iman. Sekiranya kami menginap di hotel, hubby akan menghabiskan sedikit waktu yang tersisa di hotel sebelum tiba waktu cek out. Di mana hubby berada selepas waktu check out? Hubby akan berada di mana-mana pasaraya - Jusco, Giant atau apapun yang terdekat dengan lokasi tempat aku belajar, menunggu di situ bersama Iman. Iman mandi, tukar lampin dan baju, minum dan makan semuanya di pasaraya. Iman dan Hubby menunggu sehingga aku habis kelas yang selalunya melangkaui waktu maghrib dan kadang-kadang ke waktu Isyak. Sabar hubby menunggu aku itulah yang membuat aku terharu dan menyubur cinta kasih antara kami. Terima kasih, hubby, tak dapat kuumpamakan laksana apapun ucapan ini, terlalu besar, terlalu bernilai, terlalu....
Kelas yang di luar bidang masakan tetapi masih berkait rapat dengan kek :-) kelas ini membuat aku tidak lena tidur kerana terlalu ingin mempelajarinya.
Menyedari dummy yang dilitupi fondant tidak dapat bertahan lama dengan cuaca dan persekitaran rumah yang tidak berpenghawa dingin, aku perlu mencari alternatif lain untuk mempamerkan kreativitiku. Bagi memenuhi hasrat ini, aku menghadiri pula kelas kek hiasan. Guru modul ini - Sue di Puchong. Disebabkan kelas ini hanya memakan waktu yang sikat, aku terus pulun modul decoupage. Bersamaku di kelas ini adalah Kak Mira, studentku dari Sentul dan Azira yang memang pandai buat decoupage.
Mudah saja nak buat kek hiasan ini. Meskipun tidak perlu bimbangkan kek bantat dan tidak gebu menjadi-jadi, ada juga teknik yang perlu dipelajari, tips dan pantang larang yang perlu diketahui. Seronok juga. Terasa balik nanti nak buat banyak-banyak kek hiasan...hahaha...macamlah ada banyak masa sangat. Tapi itulah yang cuba kulakukan agar ruang tamu rumah terpamer dengan kek hiasan. Azzahra dan Taqiuddin sibuk dengan decoupage, habis kotak dan botol lama dihiasnya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kek hiasan ini bagi tujuan menyerikan ruang rumah anda, atau bagi tujuan menyerikan kedai kek anda atau untuk pengusaha home made cake mempamerkan di ruang tamu, anda boleh datang belajar dengan fee sebanyak RM150 untuk tiga jenis kek - sebiji kek besar, sepotong cake dan sebiji cupcake. Kalau ada yang berminat nak tempah sebiji kek hiasan saiz sebiji kek besar, harganya RM 60. Satu set kek potong RM 60/ 4 potong . Cupcake 5 biji satu set RM60. Aha...yang ini gerenti tak berkulat, tak berlengas alah cuaca. Anda boleh menyimpannya bertahun-tahun. Hanya kesat jika berhabuk. Gambar-gambar di bawah adalah gambar hasil kelas. Gambar-gambar hasil kerja di rumah akan kuhimpunkan dalam satu entry.



4 comments:
mmg cantik sgt.... dah tgk kt rumah akk... cam real pun ada gak... klw eyna nak blaja... amacam kak hehehheheh....
Salam Kak Zati
alhamdulillillah,akak memang seorang yang punya seni yang indah...
cantik karya-karya hiasan akak.
T.Kasih pada kak zati sbb sudi dtg belajar dengan sue.Ramai juga yg call katanya dpt info dari akak..TQVM..
Kak Zati Syg! Cantiknyaaaaaaaaaaa. Rasa nak calit jer icing kek tu nak rasa kan. Beautiful work as always, edible or non edible. Muahs!
wiz
Post a Comment