Salam. agak lama saya tidak masukkan laporan kelas. Maaf bebanyak ye. Untuk entry ini juga, saya memohon berbanyak maaf, ada beberapa gambar yang gagal dimasukkan. Apabila saja saya masukkan, yang dapat hanyalah tanda petak dan pangkah. Jenuh saya mencubanya. Internet memang betul-betul memualkan untuk lima enam hari ni.
Pada hari pertama datang Mai Kemaman dan Maharani Mersing (ye ke dari mersing? opsss saya lupa. Mungkin dari kluang kot). Maharani belajar intensive cupcakes dan kek edible. Mai pulun banyak kelas, bermalam di bengkel kami. Esoknya datang Rios Ganu dan Laila KL. Keesokannya pula sampai Liza Puchong.
Gamat kelas dengan telatah yang membuat saya terhibur. Namun dalam pada bersenda, tangan berjalan juga. Masing-masing kena buat sampai dapat. Peliknya, dah lama saya tidak tidur siang tapi pada hari kelas ini entah iblis apa bergayut pada mata. Saya mengantuk sangat hingga saya minta tidur untuk 10 minit. Kelakar betul.
Ini testimoni yang sempat saya kutip:
Maharani: mula2 nak gi blaja ngan k.zati saya mmg takut maklum la xde basic deko..terdetik dalam hati cam manelah sikap 'CIKGU' yg bakal mengaja nti..garang ke,,banyak songel ke dan macam2 lagi la..tp bila dah jmpa tenang hati saya..segala seram sejuk sebelum tu semuanya hilang...k.zati ni baik orangnya dan sangat ramah,,anak2 k.zati pun sangat menyenangkan hati..walaupun pd hari tu k.zati sgt penat tp tumpuan pd kelas tak terjejas..lagi satu saya perasan k.zati sukakan kesempurnaan pada kek yg di hasilkan sbb tu kek k.zati cantik..itu juga yg ditekankan pada saya..kalau ikut saya cincai dah la balik rumah baru praktis sndri nak bg perfect tp tak tau bila la nak perfectnye..apepun saya sgt berterima kasih sbb k.zati sanggup nak mengajar walaupun diri k.zati dalam keletihan...kesian saya tgk k.zati hari tu..
mmg akan blaja opera n coklat deko tp masa tak mengizinkan buat masa skrg... bila kene masa dan keadaannye kita jmpa lagi...tak rugi blaja ngan k.zati coz k.zati tak kedekut ilmu..sekali lagi terima kasih
Tu dia...panjang email yang Maharani hantar kat saya.
Testimoni Mai:Assalamuaikum kak zati. TERIMA KASIH sebyk-byknya untuk semua tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang 3 hari Mai berkampung di bengkel Kak Zati. Mohon maaf juga sekiranya sepanjang kelas bersama Kak Zati ada gurau senda yang mengusik hati. Inilah kelas baking yang paling best pernah Mai join. Moga dengan izin Allah kita akan bertemu lagi . Insyaallah.
Untuk Kak Zati juga : TERIMA KASIH DAUN KELADI, TUNGGU2 YE, NANTI MAI NAK DATANG LAGI.....
Testimoni Liza KL: kelas Kak Zati memang santai dan best.
Testimoni Ros Ganu ada di dalam facebook. Tak dapat saya salin kerana talian internet memualkan.
Laila pula ada telefon bertanyakan tentang gum tragaganth. Pada semua yang pernah datang belajar di kelas saya, ada apa-apa pertanyaan, sila call atau email, saya akan membantu. Tugas saya tidak berakhiur sehabis kelas. Saya akan terus sedia menjawab pertanyaan anda tapi tolonglah buat pertanyaan melalui call ataupun emel. Janganlah sms kerana tangan saya ni hendak pegang banyak benda. untuk call dan emel, insyaAllah, saya akan sedia menjawabnya.
anda yang berminat membuat order dengan student saya kali ini, bolehlah hubungi talian berikut:
Laila KL - 012-3600058
Liza Puchong - 012-2763083, email ednore9979@yahoo.com.my
Mai Bandar Ceneh Baru, Kemaman - 013-9544549, email: mai_skcb@yahoo.com
Su Ganu (tauke Jus mate 5) - 013-9682426, email: amsorr@yahoo.com
maharani - 017-7155800, email ham_ara@yahoo.com


















2 comments:
Bellissime torte...complimenti!
ciao!
hehehhehee...siap pomot jusmate5 tuh xtahan...heehehehe...mmg best blaja ngn kak zati...xrugi berguru ngn kak zati...servis tip tops..cewah....servis ape tu...hahahhaa..
Post a Comment