3.03.2010

SESSI MEMPERBAIKI SKILL - 2

JADUAL KELAS
6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)

**9 march - hand made choc (ada 3 kekosongan)
**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)
**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)
**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)
**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)
**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)
15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)
16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)
17-31 march - boleh booking modul apa pun

P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.
berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.



__________________________________________________

Sambungan sessi menambah skill.
Aku mengadap Fadzlina mycuppycupcake kerana ingin tahu cara membuat fondant kebaya. Turut bersama di kelas ini adalah Azira, bekas student cupcake Si Rani. Kami berkongsi cerita dan pendapat yang feminin tetapi berani. Feminin tetapi berani? Apa dia tu? Apa salahnya kita menyimpan keberanian dalam jiwa feminin.
Kata Fadzlina, dah banyak Kak Zati dapat dari diploma tapi Kak Zati tak buat pada kek akak.
Aduhai, hanya aku yang tahu sukarnya untuk berkembang dari daerah kecil dan sunyi ini. Kuasa pelanggan di sini tidak semewah pelanggan di KL. Aku tidak sanggup membuat kerja seni untuk bayaran yang kecil. apabila aku sebutkan harga kekku yang masih dirungut kerana diklasifikasikan mahal, Fadzlina geleng kepala kerana teramat murah pada hematnya. Jadi jawapannya begitulah, aku tidak sanggup membuat kerja seni hanya untuk bayaran ciput.
Jadi kenapa aku belajar jika tidak aplikasikan di atas kek-kekku? Jawapannya aku mencari kepuasan diri dan menambah ilmu.
Ok, siapa nak tempah kek kebaya ini? Sesekali kita kembali ke akar tradisi...

1 comment:

Ĵmŷ£ĩă said...

fuhhhh ayat-ayat memang power kak ti...he he he ~Lea Ipoh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails