SALAM. (JADUAL KELAS DI SIDE BAR KANAN.)
Dua kali saya ikuti kelas emboidery kelas namun hasilnya tidak memuaskan. Larikan yang saya buat tidak panjang, tak sampai 1/2 cm. Saya menggemari emboidery brush kerana ia kelihatan berseni sekali. Ketika Chef Shahril membuat kelas ini untuk batch pertama, saya tak dapat ikuti kerana kesihatan Iman yang tidak memuaskan. kemudian saya pujuk Chef Shahril buat kali kedua. Chef Shahril yang baru saja boleh bercakap selepas terlantar di tiga buah hospital akibat kemlangan jalanraya menghubungin saya dengan jawapan "insyaAllah, cukup orang saya akan buat tapi ini kelas emboidery yang terakhir."
Menyedari Chef yang saya kagumi ini tidak gemar mengulang kelas yang sama beberapa kali, saya tidak berpaling lagi meskipiun tarikh yang diberi Shahril itu berada dalam susunan jadual saya yang padat. Berkorban! Saya tolak satu kursus dengan satu agensi semata-mata tidak mahu terlepas kelas yang saya tunggu-tunggu ini. Malah terpaksa hadapi kerja yang banyak untuk shooting esok.
Chef Shahril masih dengan kesan-kesan ngilu dan sengal yang datang sesekali, tabah mengajar kami. Sangat teliti dan detail method yang diajar. Beberapa kali saya perlu membuat pembetulan almaklumlah saya ni bukan artis/pelukis tapi kehendak dan keinginan itu buat saya tekun juga membuatnya, . kelas riuh rendah dengan gelak tawa, usik mengusik meskipun tekun bekerja. Turut serta dalam kelas itu - kak yam, may, soo ching artisan, mis creative cake. Saya pulang dengan rasa seronok yang amat sangat kerana saya dapat mempelajari beberapa teknik dan yang penting - larikan royal aising tidak lagi secoet seperti dulu.
terima kasih kepada hubby kerapa ke hulu ke hilir menghantar dan menjemput saya sambil menjaga Iman. terima kasih juga untuk anakanda 'alim kerana sudi ikut saya ke Kl untuk menjaga Iman di dalam kereta setiap kali hubby memandu.







No comments:
Post a Comment