9.21.2010

salam kemaafan - masih belum terlewat

salam kemaafan aidil fitri buat semua pengunjung, pelanggan, guru dan teman2 zatidhati fancylicious cakes. maaf atas apa juga kesalahan secara sedar ataupun tidak. semoga kita dapat meraikan kedatangan ramadhan di tahun hadapan. raya tahun ini buat hati pilu, si sulung tidak dapat pulang beraya kerana kerja.


Ingin juga dimaklumkan di sini, kedai edible image saya kembali dibuka setelah beberapa bulan ditutup ekoran kesibukan menyudahkan buku panduan hiasan kek. Harga edible image kini adalah RM17 untuk saiz A4.


Ingin dimaklumkan juga kelas hiasan kek kembali dibuka. Anda yang berminat bolehlah hubungi saya untuk menempah tarikh dan modul.

Akhirnya, saya berterima kasih atas sokongan anda semua dan ukhwah yang terjalin di antara kita di laman maya ini. Wassalam.


1 comment:

boxhousestudio said...

ALLAH...ALLAH..ALLAH...sukanya tengok gambar ini...memang suka warna tema ni...warna favourite saya zati...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails