SALAM. JADUAL KELAS HUJUNG JAN & FEBRUARI:
29 jan- modul choc deco, choc indulgence & opera (ada kekosongan)
30 jan- modul hand made choc, modul choc deco, modul fondant hantaran (ada 2 kekosongan)
31 jan- modul basketweave & hantaran, modul fancy cookies (ada dua kekosongan)
1 feb - kelas hand made chocolate (ada dua kekosongan)
2 feb- kelas aneka tart (ada dua kekosongan)
3 feb - kelas cheesecake (ada dua kekosongan)
4 feb - boleh tempah mana-mana modul
5 feb - modul bake 4 method, modul fondant hantaran (ada dua kekosongan)
6 feb - modul buttercream & basketweave (ada dua kekosongan)
7-11 - boleh tempah mana-mana modul.
12 feb - fondant hantaran dan intensive cupcakes (ada 3 kekosongan)
13 feb- Fondant kek hantaran, cartoon artwork (ada dua kekosongan)
14 feb - buttercream hantaran, choc deco (ada dua kekosongan)
15 feb-28 feb - boleh tempah mana-mana modul
Tempat adalah terhad. Hubungi segera untuk tempahan modul dan tarikh di talian 017-9427033, 013-9823030.
__________________________________________
SALAM MESRA.
Pertamanya aku merakamkan berbanyak terimakasih kepada mimi syamila yang telah mereka bentuk lay out blog lalu. Namun ketika aku ingin membuat rombakan semula, mimi teramat sibuk, lalu aku membuat keputusan meminta khidmat lynn (
http://dqisbizz.blogspot.com/).
Lay out ini lebih kurang sama dengan lay out studentku Rani. Jangan marah Rani nooo, akak ikut blog hang
:-D. secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan khidmat Lynn, pantas dan tahan dengan kerenahku yang pelbagai ni. Sesiapa yang inginkan khidmat layout, boleh la hubungi Lynn. Nak yang ada lip lap gliters ke, yang bergerak ke , semua Lynn boleh buatkan tapi semua itu dengan berbayar ye, bukan percuma. Iyalah, duduk buka laptop pun bukan seminit dua, letrik berjalan, tugas lain perlu diabaikan, jadi memang wajar jadi khidmat berbayar. Ada juga yang tanya siapa yang lukis kartun header tu? Aha...bukan aku yang lukis. Itu pula khidmat dari emila yusof. Aku lupa linknya. Kepada yang berminat boleh le cari nama emila yusof ni di yahoo atau google.
Kelmarin, pergi ke syarikat penerbitan, berbual-bual dengan seorang editor. Antara yang kusentuh ialah tentang resepi masakan tradisi. Kataku, sekiranya resepi itu telah diterbitkan, kemudian kita terbitkan pula, tidakkah nanti dikatakan peniruan. Balas editor itu, "Kenapa pula? Resepi tradisi kan hak milik masyarakat, bukan milik sesiapa. Kalau kita ubah kandungan bahannya, itu bukan resepi tradisi lagi."
Aku termangu. Betul, resepi tradisi bukan seperti resepi moden. Berbual punya berbual, kami terbawa kepada hiasan kek cawan. Kek cawan yang cuma selilit pertemuan ibu jari dan telunjuk, kawasan hiasannya sempit. Medium yang nak digunakan untuk hiasan pun hanya itulah yang ada di pasaran. Kalau hendak digunakan fugurine yang dibuat sendiri pun, bear misalnya, rupa bentuk lebih kurang sama juga dengan orang lain. pada kawasan yang sejemput itu, dengan medium hiasan yang lebih kurang sama, bagaimana ada manusia yang tergamak mengatakan itu adalah hakciptanya.
Hari ini, tengok tv, promo filem dua hati satu jiwa. Cerita kembar siam. Teringat novel Dulu Satu Kini Dua yang telah terbit tapi sampai sekarang belum dapat royalti. Mulanya aku tidak menyedari kehadiran filem ini tapi Si Azzahra yang peka itu memberitahuku, "Filem ni sama dengan novel kembar siam umi." Barulah aku ambil pusingh fasal filem ini. Kalau aku mengupas konflik kembar siam pada usia kanak-kanak, filem itu pula mengupas dunia remaja (remaja tua kot?). Kembar siamku bertemu di belakang kepala dan tubuh, kembar siam ini pula bertemu di bahagian tepi badan. Aku pernah menulis sinopsis filem kembar siam kanak-kanak ini waktu kursus skrfip drama radio,tv dan filem tapi penulisan skripnya tidak kutulis langsung kerana menulis skrip tv dan filem seperti tidak serasi dengan diriku meskipun skrip panggung drama Siti Johanna ke peringkat akhir anugerah Screenplay Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1995. Kenapa aku tidak berminat? aha, aku pernah memberitahu seorang kawan tentang sebab musabab ini tetapi dia mencemuhku, "kalau kau fikir fasal dosa pahala, fasal muhrim tak muhrim, sampai bila pun kau tak boleh kaya." Aku diam saja. Itulah antara alasan skrip drama 42 episod aku pendamkan saja apabila orang yang meminta skrip berkenaan berkata dia tak boleh berjanji akan menunaikan kehendakku mahukan pelakon suami isteri melakonkan watak suami isteri. Tak mengapalah...
Kek di bawah, kek yang kuhias dengan kaedah steam buttercream. Kek dua tingkat itu kek harijadi Taqiuddin. Tercicir pula gambar-gambar sambutannya. Lain kali ye. Kek rona putih berbunga ungu itu pula tempahan Arisa untuk hantaran pertunangannya. Yang lainnya adalah gambar laporan kelas.
__________________________________________________
Di bawah adalah gambar kek cawan hasil kerja Sakinah Kuantan. Katanya, kakaknya peminat novel tulisanku. Mulanya hendak datang kelas bersama kakaknya tetapi tidak jadi kerana sebab-sebab tertentu. Ahad ini Sakinah akan datang lagi untuk menikuti modul lain pula. Sesiapa yang nak test skill Sakinah buat cupcake, bolehlah hubungi Sakinah di talian 019-9560322. Aku berbanggsa dengan semangat Sakinah. Beberapa hari selepas kelas dia menelefonku, memberitahu telah beli oven dan peralatan lain untuk memenuhi tujuan sebenarnya belajar kek dan deko.
Tetimoni Sakinah: Overall saya sangat berpuashati dengan kelas pada hari tu. Kak Zati tak kedekut ilmu. Saya yang mulanya datang dengan zero, balik dengan ilmu yang berguna. InsyaAllah akan join lagi next class. Yang bestnya baru kenal Kak Zati tapi macam dah lama kenal.
____________________________________________________________
Ini pula Zulifah dari Temerloh, Pahang. Zuli ambil modul bake 4 method, intensif cupcake, fondant hantaran, basketweave dan speciality Kata Zuli, "tangan cece mesti ada buntat siput." Aha, apa itu 'buntat siput'? Ini adalah istilah orang tua untuk tangan yang seni dan kreatif. Hem, sebenarnya sebelah tangan Zuli pun ada buntat siput juga, bukan tangan cece saja. Tangan aku? Aku lagi banyak buntat siput...tak cukup dua tangan, kaki kiri kanan pun ada buntat siput juga...hahahaha. Jangan marah ye, Zuli.
Zuli boleh dihubungi di ntalian 019-92067853.
Testimoni Zulifah: Saya puas hati dengan kelas Kak Zati. Penerangan detail. Mudah faham. tak ada stress langsung, santai je. Seronok dengan gurau senda. walau tak kenal tapi tiga hari kat kelas Kak Zati macam dah kenal lama. Saya akan datang lagi untuk belajar, tengah kumpul duit nih.
Tekun membuat arum lily
_______________________________________________________
Ini pula Kak Norlihan dari Kuantan. Dia terkejut kerana kelasku hanya bersebelahan dengan ipar suaminya. melihat Kak Norlihan, mengingatkan aku pada Rohaida Abdullah, dj Pahang FM.
Kak Norlihan boleh dihubungi di talian 013-9807912.
__________________________________________________________
Yang ini pula orang jauh, Ustazah Harmieyanti Harimin dari Sabah. Berkahwin dengan orang sekampungku yang juga tidak kukenal. Sedih betul, itu maknanya aku asyik dengan kek saja :-(
Selesai intensive cupcake, Yanti pulang sebentar dan datang kembali kerana teruja untuk bersama-sama Zuli mengikuti kelas bake 4 method cakes. Hari ini, tak tahulah pula suara orang Sabah menelefonku , katanya mahu bercakap dengan Ustazah Harmieyanti. Hahahaha ini mesti kes salah nombor.
Sesiapa nak test skill Ustazah Yanti, bolehlah hubungi Yanti di talian 012-6733335.
Hem, bagai terdengar-dengar suara Yanti ketawa.
________________________________________________
Ini pula Syafa dari
http://kuantancupcakes.blogspot.com/. Inilah pelengkap yang meriuhkan kelasku pada hari itu - Syafa, Zuli dan Yanti. Hari kelas ini berlangsung, aku tiba-tiba saja demam namun kugagahkan juga meneruskan kelas.
Syafa menulis pada dinding facebookku: khas buat kak zati, sepanjang attend kelas akak saya rasa dapat ilmu baru, banyak benda saya baru tahu... terutama sekali bab decorationdan macam mana nak buat buttercream icing . Nanti next time umur panjang rezeki lebih syafa nak gi lagi kelas kek akak... akak jangan pencen dulu tau...heheheeh tq kak zati!
Pencen? Itulah hasratku. Jika segalanya telah selesai, aku akan berundur dari dunia hiasan kek ini untuk menumpukan sepenuh masa kepada dunia penulisan.
_______________________________________________
Aina, tauke
http://dapurbiru.blogspot.com/. Ini entah kedatangannya yang kali ke berapa. Banyak yang kami kongsikan, seperti juga pada kedatangan Ina yang lalu. Kali ini Ina bercerita tentang penyelewengan pekerja yang dipercayainya, melenyapkan duit ratusan ribu, kononnya untuk membayar gaji pekerja dan membeli itu ini. Tetapi duit itu lesap, pekerja mengamuk, memotong pembentung dan memasukkan pasir ke dalamnya. Dalam istilah lain, meranapkan projek. Sebak hati melihat air mata Ina yang berlinangan. Tetapi aku kawal segala hiba yang terkumpul. Aku percaya di hadapan orang yang sedang menangis, kita tidak harus biarkan air mata turut menitis. Kawal segala emosi dan salurkan kekuatan semampu yang boleh.
Ina datang mengikuti modul choccolate deco dan hand made choc.
Kepada Ina, redha kepada segala ujianNya. Ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita tahu pada saat ini.
Testimoni Ina: Bagus dapat belajar dengan Ti sebab tak lokek pengetahuan dan yang penting juga tie masih mahu melayan pertanyaan yang masih belum difahami walaupiun selepas kelas!
__________________________________________________
Syikin dari Kuala Terengganu. Datang dengan bas, sampai jam 4 pagi. Kami tunggu di hentian bas. Syikin dulu pernah kerja dalam dunia bakery. Sekarang hendak buka kedai kek di Kuala Ibat, KT. Inai merah di jari, aku celupar bertanya, "baru kahwin ke?"
"Tak," balas Syikin, "baru pakai semula."
Aku tergelak dalam hati. Kenapa? Kerana hati kecilku berkata, "Yang kau tu jari tak pernah hilang inai, baru kahwin juga ke?" Hehehehe...
Dari kelasku, Syikin bertolak ke Kl, untuk ikutim kelas Kak Pau (Akedemi Citra Klasik) di Kajang. Bagus, Syikin, akak suka dengan semangat berkobar-kobar untuk belajar.
Syikin boleh dihubungi di talian 012-9566857.
Testimoni Syikin: Seronok dapat join kelas Kak Zati. Saya sebenarnya dah lama mengintai-intai blog akak sebab teringin sangat-sangat nak belajar deko ni. Baru ni je dapat jadi anak murid akak. Terimakasih berbanyak atas tunjuk ajar yang diberikan."
sekian. jumpa lagi. salam manis