2.28.2010

kelas - Dona Kemaman, Ena Sabah, Sakinah Kuantan, Zaila Ubai,Asma Kuantan, Amsyar Puteraku, Hannah KT, Raudhah Kuantan, Fadzilah Kemaman

SALAM.
Jadual kelas:
3 march - basketweave & speciality (ada 3 kekosongan)
6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)
**9 march - hand made choc (ada 3  kekosongan)
**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)
**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)
**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)
**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)
**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)
15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)
16 march - choc deco & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)
17-31 march - boleh booking modul apa pun
P/S:  Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.
berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.
___________________________________

Update blog dengan Iman di atas riba. Baru masuk gambar sikit, jari Iman dah tekan butang publish post, maka masuklah sedikit gambar begitu saja tanpa sebarang catatan. :-)
Hanya gambar kelas untuk entry ini.
Si manis ini, Dona namanya, datang kali kedua untuk belajar kek perkahwinan lekap dan tingkat. Banyak cerita kami kongsikan seperti kedatangan dulu juga. Tapi bila tiba waktu buat bunga, Dona beri tumpuan penuh. Inilah hasilnya...
Dona boleh dihubungi di 019-9730775 atau email ke cintadancoklat@gmail.com.




_______________________________________________

Ena dari Sabah, datang untuk kedua kalinya untuk pelajari fantastic jelly, choc indulgence cake, opera cake, hand made choc. Sebenarnya dia pulang ke rumah mentuanya di Terengganu. Langsung dia mencari ruang untuk turun ke Pkean. Suaminya bermalam di rumah saudaranya di Chini.
Petikan testimoni ini dari blog Ena.  "Aku pi berguru lagi dengan kak zati. Kebetulan masa tu aku balik kampung, jadi ambik kesempatan la pi berguru. Bukannya jauh sangat terengganu dan pahang berbanding sabah dan pahang ye tak? Kalau korang nak tahu, memang best kelas kak zati ni. Cepat je kita boleh faham dan memang sesuai la dengan aku yang lambat pick up ni huhuhu. Kalau tak faham, Kak zati akan terangkan sungguh-sungguh. Memang tak rugi pun. sebab tu aku datang join  kelas kak zati lagi.  aku yang jauh ni pun sanggup dtg pekan. Korang yang dekat-dekat tu  tu, takkan tak sanggup kut."
tau tak, jenuh aku membetulkan ejaan Ena ni. terlalu ringkas. Alahai, ena, ejalah betul-betul. 


___________________________________________________

Sakinah dari Kuantan. Juga datang untuk kali keduanya. Sekaligus belajar cartoon artwork, kek hantaran dan fancy cookies. Aku minta anakanda Amsyar turut menyertai kelas ini. Amsyar ini kurang gemarkan buttercream. Hatinya lebih kepada fondant. Meh lihat hasil kerja Sakinah yang gigih ini...
Testimoni Sakinah, "Syukur kerana dapat  belajar lagi dengan Kak Zati. Modul kek hantaran tu terasa lecehnya sebab saya tak biasa deko kek besar tapi berkat kesabaran dan tunjuk ajar Kak Zati, siap juga kek hantaran tu.Modul fancy cookies tu senang . Kak Zati pun tak kedekut ilmu kongsi cara nak hias cookies ni untuk tambah menarik dan kreatif."
Sesiapa nak tempah kek, fancy cookies, cupcakes dengan sakinah, boleh hubungi talian 019-9560322 atau email kns_o807@yahoo.com. terima kasih Sakinah. Lepas ni naka belajar apa lagi ye? :-)

Petang yang sama, datang pula Nor Zaila dari Ubai. Zaila sebenarnya menggantikan tempat adiknya yang tidak dapat pulang dari KL.  Zaila gemar menjahit dan pernah ikuti kelas-kelas di KL. Sesiapa nak tempah hand made choc dan fancy cookies,  atau nak tempah baju dan langsir, bolehlah hubungi Zaila dki talian 019-9351852.


______________________________________________________

CIkgu Asma datang untuk pelajari hand made choc dan choc deco. Rasanya ini kedatangan Asma yang ke empat atau ke lima. Kali ini tak dapat ambil gambar asma dengan hasil kerjanya. sebabnya? Sewaktu aku mencuci lebihan coklaty cair yang lekat pada mangkuk dengan menggunakan spatula, aku terlebih tenaga! Plurppp...coklat melompat terkena dahi dan tudung Asma. Ya ampunnnn.... huhuhu, ampun As....

A boleh dihubungi di talian  013-9311242.

________________________________________________

Ini gambar anakanda Amsyar sedang belajar bersama Sakinah.

___________________________________________________

Ini pula Hannah dari Kuala Terengganu. Hannah banyak buat kek lapis. Macam-macam jenis kek lapis dan selalu dapaty tempahan untuk hantaran. Hannah menginap di Polo Inn. Memang cukup selesa untuk anak Hannah main kejar-kejar dengan ayahnya hahaha ....bilik di Polo Inn luas betul untuk budak bermain. sesiapa nak tempah kek lapis, kek hantaran dll, bolehlah hubungi Hannah di talian 017-9110700 atau email shafhana@yahoo.com. Boleh juga menjengah blog Hanna.



_______________________________________________

Siti Raudhah, datang dihantar ibu ayahnya. Yang menempah kelas pun adalah ibunya. Kata Raudhah, ibunya memang banyak ambil tempahan kek lapis. Huhuhu aku angkat tangan fasal kek lapis ni. Jemu nak menunggu oven. Mungkin allah sudah suratkan bahagianku bukanlah pada kek lapis. Beri peluang kepada orang lain. Sesiapa nak belajar kek lapis, boleh belajar dengan sifu kek lapis Nomi (klang) atau dengan InaSaly (Penang).
Berbalik kepada Siti Raudhah, kerjanya kemas. Tulisannya cantik je. Orangnya pun manis gitu. Raudhah boleh dihubungi di talian  017-9766269 atau email raudhah_19@yahoo.com.

___________________________________________________

Ini pula gambar Amsyar sedang belajar cartoon artwork, bersama Sakinah. Kek yang dah siap, lupa pula ambil gambar.
________________________________________

Kak Fazilah dari Kemaman datang untuk kali ke dua. Dulu, dia belajar bersama-sama Ena Sabah. Terliut  dan teringin makan opera, kak Fazilah belajar kek opera & indulgence, juga choc deco. kak Fazilah ni di antara geng Myresepi.com. Dulu aku pun join juga grup ni tapi sempat dua tiga kali masuk je. Lepas tu tak sempat dah. Masa inilah aku merisik-risik Kak Fazilah , "Mat Gebu tu sapa, kak?" Hahahaha, mat, selalu sangat orang sebut nama mat dalam kelas akak. Terlanjur Kak Fazilah kenal teman-teman dalam grup tu, akak pun risik lah hehehe
Kak Fadzilah boleh dihubungi di talian 019-9150036.


alahai, gambar sapa pulak tercicir kat bawah ni?
Hem ...inilah Zaila dan Sakinah sedang packing hasil kerja tangan mereka.
Jumpa lagi. semoga Allah memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus untuk kita semua. amin

2.24.2010

MISTERI MENABUNG

*26 Feb - Buttercream hantaran, cartoon artwork, choc deco (ada 3 kekosongan)

*28 feb- intensive cupcakes (ada 3 kekosongan)

*2 -5 march- boleh booking sebarang modul
*6 march- intensive cupcake (ada 4 kekosongan)
7-30 march - boleh booking sebarang modul.
Berminat? Hubungi 017-9427033/ 013-9823030/9-4222329.
Terima kasih atas sokongan anda.

__________________________________________________________

Salam. Tanpa celoteh panjang, aku hanya muatkan rakaman kerja tanganku ini. Memenuhi tempahan seorang ibu yang menggalakkan puterinya menabung untuk membeli buku - aku siapkan kek coklat lembab berbentuk buku dan kek mentega oren berbentuk tabung. Syiling dan Ringgit Malaysia dibuat dari edible. Ketemu lagi. Pssttt.,... pelajar-pelajar yang belum kumasukkan gambarnya di sini, mohon bersabar ye. :-)


2.23.2010

amsyar di amore e-bake seremban

*26 Feb - Buttercream hantaran, cartoon artwork, choc deco (ada 3 kekosongan)
*28 feb- intensive cupcakes (ada 3 kekosongan)
*2 march - hand made chocolate (ada 4 kekosongan)
*3 march- novelty buttercream ( ada 4 kekosongan)
*4 march - fondant stack cake (ada 3 kekosongan)
*5 march - hand made chocolate (ada 3 kekosongan)
*6 march- intensive cupcake (ada 4 kekosongan)

UNTUK YANG BERTANDA *, MASIH BOLEH DIBUAT PERTUKARAN MODUL. ANDA JUGA BOLEH MENEMPAH TARIKH UNTUK SEPANJANG BULAN MARCH. TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN ANDA.

______________________________________________________________

SALAM.
Walaupun aku melatih Amsyar mendeko di rumah (deko di atas kek dan setelah siap, dijamu kawan-kawannya makan), aku tetap menghantar Amsyar ke tempat lain agar dia mendapat pengalaman mencari ilmu. Mulanya aku ingin hantar Amsyar ambil course wilton 1 di Wisma ICCA tetapi mengenangkan
dia perelu berulang alik ke KL sekali seminggu untuk kelas selama 2 jam, hasrat itu aku batalkan. apalagi apabila tahu Amore e-Bake di Seremban menggabungkan waktu belajar menjadi dua hari saja.
Aku kenal intructor Wilton ini, Puan Nur Adriana Wong Abdullah ketika sama-sama kursus kek dan pastri anjuran MECD di Melaka. Chef anuar Deraman yang mengajar kami ketika itu. Adriana ini membasahkan lidahnya dengan syukur alhamdulillah. Ketika berbual dengannya, kalimat alhamdulillah itu selalu saja di bibirnya. Dan satu yang aku kagum ketika makan tengahari bersamanya (waktu ikuti kelas fantastic jelly di kedainya) - amalan suap menyuap sekeluarga. Adriana akan bangun suapkan anaknya sesuap nasi seorang demi seorang. Kemudian anak sulungnya akan suapkan Adriana dan adik-adiknya. Disusuli anak kedua dan ketiganya melakukan hal yang sama sebelum masing-masing duduk dan makan. Aku tidak pernah melihat amalan ini tetapi ini sangat elok dipraktikkan untuk mengeratkan kasih sekeluarga.
Tentang course 1 Wilton ini, kami bertolak jam 4 pagi ke seremban, berhenti solat Subuh di Muadzam. Sementara menanti Amsyar menyudahkan kelasnya, kami pusing-pusing Jusco Seremban. Iman mandi di kamar bayi di tandas Jusco. Hahahaha... Hajat hendak ke rumah Nisah Haron tapi teman seorang ini tidak sedar sms kami masuk. Hendak ke rumah Zaitgha tapi teman ini pula tiada di rumah. Maka berkelanalah kami di Jusco. Terima kasih Jusco!
Kemudian kami riuh rendahkan amore ebake. Apalagi dengan telatah Amsyar yang kuat loyar buruk. Macam-macam aksi dia yang tak kumuatkan di sini.Kata amsyar, "best betul belajar dengan cikgu adriana tu. Kalaulah semua cikgu kat sekolah, sporting macam dia kan bagus...aman je pergi sekolah."
hem, pandailah kau...dok sekolah main-main, salahkan cikgu pula.
Berita lanjut, boleh klik link ini http://amoreseremban.blogspot.com/2010/01/wilton-course-1.html


Bangga dengan sijilnya...

macam-macam hal
...
hahahaha sempat ala-ala panca sitara


kami posing sementara hubby tidur keletihan di dalam kereta
amsyar di sisi Chef Adriana yang menurut amsyar sportingnya bukan main lagi

jumpa lagi...

2.22.2010

LUAHAN YANG TERTUNDA



*26 Feb - Buttercream hantaran, cartoon artwork, choc deco (ada 3 kekosongan)

*28 feb-  intensive cupcakes (ada 3 kekosongan)

*2 march - hand made chocolate (ada 4 kekosongan)

*3 march- novelty buttercream ( ada 4 kekosongan)

*4 march - fondant stack cake (ada 3 kekosongan)

*5 march - hand made chocolate (ada 3 kekosongan)

6 march- intensive cupcake (ada 4 kekosongan)
UNTUK YANG BERTANDA *, MASIH BOLEH DIBUAT PERTUKARAN MODUL. ANDA JUGA BOLEH MENEMPAH TARIKH UNTUK SEPANJANG BULAN MARCH. TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN ANDA.
______________________________________________________________

Tulisan yang pertama ini bukan berkaitan dengan gambar kek angka 2 ini. Sudah lama aku hendak tulis tentang kek angka/ huruf yang menggunakan teknik cut & paste. Bagi yang ada loyang angka atau huruf, mungkin ringan sikit kerjanya tetapi masih sukar untuk melepa bahagian dalam huruf yang berkeluk atau bersegi.
Apabila pelanggan membuat tempahan, selalunya mereka akan tanya - berapa kg untuk angka sekian-sekian atau berapa rm per kg. Untuk makluman, apabala aku masak sebiji kek, kemudian perlu buat potong dan tampal, maka banyaklah kerja perlu dilakukan dan banyak pula kek perlu dibuang. Timbangan bukan dibuat berdasarkan kek yang telah siap dipotong tetapi berat asal kek. Yalah, kami bermodalkan sebiji kek untuk menghasilkan bentuk atau huruf.  Jadi jangan tanya berapa beratnya tetapi berapa harganya untuk sebiji kek angka atau huruf.  Pernah sekali aku tersilap memberitahu harga. Bila dicongak balik, ya Tuhan... tersalah kira. Ada pelanggan yang telefon berkali-kali, memaklumkan itu dan ini, perubahan demi perubahan hanya kerana sebiji kek angka, siap memberi arahan saiz gambar untuk di sudut ini, sudut itu. Bagi aku sebagai pendeko kek, aku tahu berapa saiz gambar  yang muat untuk setiap tempat. Maka arahan-rahan begitu membuat aku rimas dan bingung. Aku sempat memberitahu, kek angka tidak menguntungkan pembeli kerana harganya mahal dan saiznya tidaklah besar mana kerana telah banyak dibuang. Aku cadangkan beberapa idea lain, misalnya melukiskan saja bentuk angka dua atau meletakkan saja kepingan fondan dengan angka tersebut. Dari seorang yang berimpian besar hendakkan kek angka penuh gambar orang tersayang di sudut sana dan sini, di tepi sana dan sini, akhirnya dia menelefon berkata tempahan tidak jadi, hanya mahu aku printkan gambar edible saja.  Kemudian telefon lagi  meminta saiz loyang, saiz papan, berapa berat  kek perlu dibakar untuk sekian jumlah orang makan tanpa beritahu samada nak tempah dengan orang lain atau nak buat sendiri. . Ewah! Sudahlah banyak mencuri waktuku berkali-kali memberi arahan itu ini, kali ini minta panduan nak buat kek sendiri .    Bila masa aku buat kelas online untuk pelanggan buat kek sendiri? Aku terperangah juga sekejab.
"Tak jadi orderkan? Kalau tak jadi, tanyalah pada orang yang nak buat tu."
"Tak, saya cuma nak tahu saiz loyang, kalau kek 11 inci  papannya berapa inci...."
"Tak jadi orderkan. Kalau tak jadi, jangan tanya akak dah." Aku mungkin sikit berkasar, yalah aku pun manusia, dah banyak mana dia curi masa aku suruh cek email, suruh layan panggilan telefon dia.
Mungkin kerana bengang aku tidak memberi maklumat yang dia nak, dia tak teruskan hajat nak tempah edible. Urhhh...aku pun memang tak berminat dah nak melayan songehnya.
Tidak cukup dengan memberi arahan melalui email dan panggilan telefon, kali ini dia dengan selambanya tanya saiz loyang berapa inci berpadanan dengan papan berapa inci! Macam ni punya manusia pun ada. aku masih teringat2 kata-katanya, "Kalau akak sibuk sentiasa, macam mana saya nak bincang kek saya ni?" Aku jadi pening sebab aku dah jelas dengan gambaran yang diberi, tak tahu apa nak dibincang lagi.
Tidak mengapa tidak jadi order, bukan rezeki lagi. Itulah ragam manusia, hati perut, kehendak dan keinginan pelbagai. Apapun apabila hendakkan sesuatu, elok kita ukur ikut kemampuan. Aku buat kek bukan seminit dua hingga boleh jual begitu murah, aku mesti berlandaskan berapa banyak waktu yang kuperuntukkan untuk masak, dandan sehingga ke penghantaran.
Habislah catatanku tentang antara kerenah yang kuhadapi. Aku pasti ramai teman-teman baker mengalami pengalaman ini tetapi tidak mahu mencatatkan di blog masing-masing kerana bimbang menyentuh hati pelanggan. Aku bukan mahu menyentuh hati sesiapa tetapi mengajak kita semua berfikir buatlah sesuatu ikut logik akal, jangan main ikut rasa saja.

Ok, lihat kek di bawah. Ini tempahan seorang pelanggan dari Nurul Kajang, jika tidak salah untuk majlis viva owber club. Di sini terletak kesilapanku kerana terlalu mempercayai IT. Aku cari imej 'viva black' dan bila tengpok ada gambar yang tak ada no plet kereta, hubby terus print. Malangnya tiba-tiba pelanggan call, "Kak, kek tu bukan gambar viva tapi gambar myvi. Macam mana ni?"
Hah? Salah ke? Mustahil salah. Aku dah cari viva black dan gambar yang hubby print itu sempat hubby copy dalam satu fail 'viva black'. Kami sebenarnya dalam perjalanan ke KL, buat penghantaran kek viva angka 2 itu Kuantan, terperangkap dalam kesesakan lalulintas ketika Nurul telefon.
Bincang-bincang dengan hubby, akhirnya kami memutuskan balik semula ke Pekan untuk semak gambar dalam fail viva black dan print gambar baru jika benar tersalah. Sampai Pekan, memang sah kami tertipu oleh maklumat internet. Gambar myvi huitam terletak dalam himpunan viva black. Printer pula meragam. Jangka Maghrib kami akan sampai ke Kuantan semula tetapi jangkaan meleset sekali. Si Tukang pick up pula suruh kami cari rumah tempat dia letak kek sedangkan kami tidak arif kawasan di Kuantan. Apalagi Iman masih bayi , waktu malam-malam begini. Aku minta jasa baik jumpa kami di tempat yang mudah ditemui. aku tanggalkan gambar edible myvy dan gantikan dengan edible viva yang telah kutampalkan pada plat choclat e dari rumah lagi agar dapat bertahan di atas kawasan aising yang telah rosak. Gambar memang tidak dapat dibuat besar kerana kawasan pilihan Nurul untuk diletakkan gambar itu memang seciput saja.
Agh! Lega betul setelah menyudahkannya. Perjalanan panjang untuk jarak yang dekat. Bertolak ke KlLjam tiga kononnya tapi dek kerana kesilapan kami mempercayai it, berpatah balik begitu begini, kami sampai Kl jam 3 pagi. Tiba di rumah adik ipar, anjing besar menyambut, adik ipar pula tidak sedar tidur, langsung kami tidur di dalam kereta di tepi masjid.
Aku sms Nurul setelah itu tetapi Nurul tidak menjawabnya. Barangkali ada yang masih dia tidak puas hati meskipun aku telah membuat perubahan. Apapun, terima kasih Nurul.
Hakikat yang perlu kita terima ialah kek angka tidak dapat dijual semurah kek biasa, apalagi jika ianya choc moist, carrot cake atau kek butter.
Memenuhi entry kali ini adalah gambar kek untuk anak-anak.


Beginilah rupanya kek angka dua viva owner club.


Kek upin ipin ini berasal dari sebiji kek. Aku potong sedikit dan naikkan ke atas. Pacakkan chopstick agar ia kukuh. Tampal edible di atas kek besar dan bahagian dinding. Palitan coklat pada sekeliling kek untuk menyerupai tembok. Sedikit daun dan rumput untuk menyempurnakan hiasannya.

Selalunya apabila pelanggan menempah edible image, aku akan gunakan seluruh icing sheet saiz A4 untuk sebiji kek kerana harga RM15 memang aku sekalikan di dalam harga tempahan mereka. Maka terjadilah hiasan edible di atas dan di tepi kek.

Kek untuk anak saudaraku Daniel Haikal, anak istimewa yang dijangka doktor tidak boleh bercakap tetapi sekarang pandai bercakap. Bijak dan keletah cuma masih belum boleh berjalan kerana telapak kakinya yang tidak jejak tidak mampu menanggung berat badan.


Ini kek untuk anak saudaraku Daniel Zulkarnain yang minat sangat dengan kartun Ben 10.


Tempahan daripada pelangganku dari Pulau Jawa, Pekan. Katanya nak hadiahkan pada sahabat baik.


Kembangan puspa biru dan merah jambu mengelilingi Snow White.


Ben 10 lagi...
Stack Cake - kek bulat kecil di atas platform empat segi. Ini adhork order dari jiranku, Ida. selalu sangat dia buat order terdesak macam ini.


Order dari Pak Cik Bokhari untuk cucunya. Monumen Minnie Mouse dan segugus belon untuk menceriakan hati anak-anak namun tidak akan lengkap jika tiada hijau rumput yang menyegarkan.

Sambutan dengan Kek Ben 10 untuk tiga orang sekaligus...

Animal mechanical , tempahan Da Dato Dollah. Menyesuaikan dengan character yang kaku itu, aku gunakan noozle polos  untuk naikkan tiang mengelilingi kek dan butiran bead serta ball.

Upin Ipin ...

Ini pula tempahan seorang guru untuk anakandanya.

Tempahan dari Kelab Guru Sekolah Menengah Peramu Jaya... ini untuk meraikan guru-guru.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada usahaku menambah produk halal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails