3.28.2010

TEMPAHAN DARI PEJABAT FELCRA PEKAN

SALAM.
JADUAL KELAS:  
30 MAC- HAND MADE CHOCO
31 MAC: BUTTERCREAM CARTOON ARTWORK & 3D (3KEKOSONGAN)

1 APRIL - KELAS FONDANT PRINCESS (3 KEKOSONGAN)
2 APRIL- CUTI
3 APRIL - ENGLISH GARDEN CUPCAKES (ADA 3 KEKOSONGAN)
4 & 5 APRIL -CUTI
6 APRIL -  HAND MADE CHOC ( ADA 3 KEKOSONGAN)
7 APRIL - KELAS FONDANT HANTARAN (ADA 3 KEKOSONGAN)
8 APRIL - KELAS  STEAM BUTTERCREAM (ADA 3 KEKOSONGAN)
9 APRIL - KELAS BASKETWEAVE & SEPECIALITY (ADA 3 KEKOSONGAN)
10 APRIL - KELAS FONDANT KEBAYA (ADA 4 KEKOSONGAN)
LAIN-LAIN DATE BOLEH DITEMPAH DENGAN MODUL PILIHAN ANDA  SENDIRI.
HUBUNGI KAMI DI 017-9427033, 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com. Terima kasih.

____________________________________________________

Rakaman gambar di bawah - tempahan kek daripada Pejabat Felcra Daerah Pekan untuk majlis harilahir kakitangannya. Gambar ini sudah lama dalam rakamanku namun tidak sempat nak upload. Terima kasih kepada Mie yang membuat tempahan ini bagi pihak Felcra.
Kata Mie, pada suatu haei, "Cantiklah kek tu, bunga dan bunga dia lain dari yang lain (maksudnya lain daripada yang pernah aku buatlah tu.)
aku? Aku menyenangi karyaku ini.


3.24.2010

BENGKEL MEMBINA LAMAN E-BLOG

BENGKEL MEMBINA LAMAN E-BLOG

 Tarikh: 3 April 2010 Sabtu
Masa: 8:30pagi - 5:30petang
Lokasi: MEDAN INFO DESA KG. SELAMAT, TASEK GELUGOR

Bengkel ini akan membimbing anda buat laman niaga dari A to Z sendiri : Turut akan diberi tips SEO
Internet Marketing , tips peluang perniagaan dan banyak lagi yg susah anda cari di online dengan harga yang amat murah berbanding nilai yang akan anda berolehi.

Sijil penyertaan disediakan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Yuran Penyertaan RM95.00 Sahaja.
Daftar sekarang di http://dqisbizz-design.blogspot.com untuk mengesahkan penyertaan. Terhad 10 peserta setiap sessi. Kemudahan lengkap disediakan untuk setiap seorang.
Keistimewaan bengkel :
~ Persekitaran yang selesa
~ Kemudahan makmal komputer berhawa dingin
~ Komputer setiap seorang
~ Banyak tips perniagaan diberikan
~ 100% menerapkan penggunakan teknologi tanpa sebarang kertas
~ Anda buat sendiri 

3.23.2010

KEGHAIRAHAN TERHADAP PRINTER EDIBLE

PENGUMUMAN: KELAS KEBAYA FONDANT AKAN DIADAKAN PADA 10 APRIL. ADA 4 KEKOSONGAN. HUBUNGI SAYA 013-9823030 UNTUK TEMPAHAN KELAS. TERIMA KASIH.


JADUAL KELAS YANG LAIN:
26 MAC: KELAS BUTTERCREAM HANTARAN & BASKETWEAVE ( ADA 2 KEKOSONGAN)
27 MAC : KELAS INTENSIVE CUPCAKES 3 KEKOSONGAN)
29 MAC: FONDANT HANTARAN (ADA 3 KEKOSONGAN)
30 MAC: KELAS HAND MADE CHOCOLATE (ADA 3 KEKOSONGAN)
31 MAC: BUTTERCREAM CARTOON ARTWORK & 3D (3KEKOSONGAN)
1 APRIL - KELAS FONDANT PRINCESS (3 KEKOSONGAN)
2 APRIL - CUTI
10 APRIL - KEBAYA FONDANT (ADA 4 KEKOSONGAN)

LAIN-LAIN DATE, BOLEH BOOKING IKUT KESESUAIAN ANDA DAN MPODUL YANG ANDA MINAT. TERIMA KASIH.

__________________________________________________





NTRY kecil ini kutulis untuk semua yang pernah mengirim emel dan sms bertanyakan tentang printer edible, juga kutujukan kepada yang berimpian nak miliki printer edible.
Di mana hendak dapat printer edible? Aku telah menjawabnya bahawa aku pun dihadiahkan orang. Ada yang tidakk tahu berterima kasih, emel yang kubalas langsung tidak dibalas dengan sepatah 'tq' pun. Jadi memang wajarlah kalau ada pengusaha edible image memberitahuku, "saya malas hendak membalas emel tanya fasal printer."
Entry ini kutulis bukan untuk memberitahu di mana boleh didapati printer dan segala yang berkaitan dengannya. Cuma ingin berkongsi pengalaman, bukan mudah untuk maintenance printer edible ini. Tidak seperti menjaga printer biasa, ia perlu ada kataraj pencuci dan sentiasa dicuci. Ia perlu beroperasi setiap hari supaya dakwat tidak kering. Kekeringan dakwat ini akan menyebabkan print head rosak. Berapa harga print head ini? Hampir RM 200 belum termasuk upah pasang. Jika dakwat melimpah keluar, akan ada kerosakan lain pula. Katarijnya juga kadang-kadang bermasalah.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, ada pengusaha yang operasikan printer edible ini setiap hari dan kemudiannya membuat jualan murah bagi menghabiskan icing sheet yang telah bercetak.
Gambar edible memanglah kerja mudah berbanding menggunakan teknik cartoon artwork. Jangan kerana alasan itu, anda ghairah ingin memiliki printer edible. Ini adalah perkongsian pengalaman. Ketika saya terlalu sibuk, anak-anak pula kembali ke alam persekolahan dan kolej, saya tidak dapat maintenance printer edible saya. Inbi menyebabkan ada dakwat yang tersumbat, keluar garis-garis kecil dan ada warna yang tak keluar langsung, akhirnya merosakkan print head.
Berhentilah menghantar emel dan sms bertanyakan di mana boleh didapati printer kerana saya tidak membelinya sendiri. Kalau setakat untuk kegunaan sendiri sepuluh keping sebulan, ada baiknya beli saja dari pengusaha edible. antaranya mai-edibleimage,blogspot.com, eleafrost,blogspot.com, deheart.blogspot.com, rani bakedecorate2u, hatabakery.blogspot.com. Saya? Untuk waktu ini, printer edible saya rosak print headnya.
Kepada yang terasa dengan tulisan ini, saya memohon berbanyak maaf, saya hanya tidak mahu anda kerugian kerana terlalu ghairah. Tidak semua yang kiota pandang mudah itu sebenarnya mudah.

kelas - mai kemaman, maharani mersing, ros ganu, liza puchong, laila kl

Salam. agak lama saya tidak masukkan laporan kelas. Maaf bebanyak ye. Untuk entry ini juga, saya memohon berbanyak maaf, ada beberapa gambar yang gagal dimasukkan. Apabila saja saya masukkan, yang dapat hanyalah tanda petak dan pangkah. Jenuh saya mencubanya. Internet memang betul-betul memualkan untuk lima enam hari ni.
Pada hari pertama datang Mai Kemaman dan Maharani Mersing (ye ke dari mersing? opsss saya lupa. Mungkin dari kluang kot). Maharani belajar intensive cupcakes dan kek edible. Mai pulun banyak kelas, bermalam di bengkel kami. Esoknya datang Rios Ganu dan Laila KL. Keesokannya pula sampai Liza Puchong.
Gamat kelas dengan telatah yang membuat saya terhibur. Namun dalam pada bersenda, tangan berjalan juga. Masing-masing kena buat sampai dapat. Peliknya, dah lama saya tidak tidur siang tapi pada hari kelas ini entah iblis apa bergayut pada mata. Saya mengantuk sangat hingga saya minta tidur untuk 10 minit. Kelakar betul.
Ini testimoni yang sempat saya kutip:
Maharani:  mula2 nak gi blaja ngan k.zati saya mmg takut maklum la xde basic deko..terdetik dalam hati cam manelah sikap 'CIKGU' yg bakal mengaja nti..garang ke,,banyak songel ke dan macam2 lagi la..tp bila dah jmpa tenang hati saya..segala seram sejuk sebelum tu semuanya hilang...k.zati ni baik orangnya dan sangat ramah,,anak2 k.zati pun sangat menyenangkan hati..walaupun pd hari tu k.zati sgt penat tp tumpuan pd kelas tak terjejas..lagi satu saya perasan k.zati sukakan kesempurnaan pada kek yg di hasilkan sbb tu kek k.zati cantik..itu juga yg ditekankan pada saya..kalau ikut saya cincai dah la balik rumah baru praktis sndri nak bg perfect tp tak tau bila la nak perfectnye..apepun saya sgt berterima kasih sbb k.zati sanggup nak mengajar walaupun diri k.zati dalam keletihan...kesian saya tgk k.zati hari tu..

mmg akan blaja opera n coklat deko tp masa tak mengizinkan buat masa skrg... bila kene masa dan keadaannye kita jmpa lagi...tak rugi blaja ngan k.zati coz k.zati tak kedekut ilmu..sekali lagi terima kasih

Tu dia...panjang email yang Maharani hantar kat saya.

Testimoni Mai:Assalamuaikum kak zati. TERIMA KASIH sebyk-byknya untuk semua tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang 3 hari Mai berkampung di bengkel Kak Zati. Mohon maaf juga sekiranya sepanjang kelas bersama Kak Zati ada gurau senda yang mengusik hati. Inilah kelas baking yang paling best pernah Mai join. Moga dengan izin Allah kita akan bertemu lagi . Insyaallah.
Untuk Kak Zati juga : TERIMA KASIH DAUN KELADI,
TUNGGU2 YE, NANTI MAI NAK DATANG LAGI.....

Testimoni  Liza KL: kelas Kak Zati memang santai dan best.

Testimoni  Ros Ganu ada di dalam facebook. Tak dapat saya salin kerana talian internet memualkan.
Laila pula ada telefon bertanyakan tentang gum tragaganth. Pada semua yang pernah datang belajar di kelas saya, ada apa-apa pertanyaan, sila call atau email, saya akan membantu. Tugas saya tidak berakhiur sehabis kelas. Saya akan terus sedia menjawab pertanyaan anda tapi tolonglah buat pertanyaan melalui call ataupun emel. Janganlah sms kerana tangan saya ni hendak pegang banyak benda. untuk call dan emel, insyaAllah, saya akan sedia menjawabnya.
anda yang berminat membuat order dengan student saya kali ini, bolehlah hubungi talian berikut:

Laila KL - 012-3600058
Liza Puchong - 012-2763083, email ednore9979@yahoo.com.my
Mai Bandar Ceneh Baru, Kemaman - 013-9544549, email: mai_skcb@yahoo.com
Su Ganu (tauke Jus mate 5) - 013-9682426, email: amsorr@yahoo.com
maharani - 017-7155800, email ham_ara@yahoo.com

3.21.2010

RED KEBAYA

PENGUMUMAN: KELAS KEBAYA FONDANT AKAN DIADAKAN PADA 10 APRIL. ADA 4 KEKOSONGAN. HUBUNGI SAYA 013-9823030 UNTUK TEMPAHAN KELAS. TERIMA KASIH.
JADUAL KELAS YANG LAIN:
26 MAC:  KELAS BUTTERCREAM HANTARAN & BASKETWEAVE ( ADA 2 KEKOSONGAN)
27 MAC : KELAS  INTENSIVE CUPCAKES  3 KEKOSONGAN)
28 MAC: KELAS INTENSIVE FONDANT CUPCAKES  (ADA 3  
                KEKOSONGAN)
29 MAC:  FONDANT HANTARAN (ADA 3 KEKOSONGAN)
30 MAC:   KELAS HAND MADE CHOCOLATE (ADA 3
                 KEKOSONGAN)
31 MAC:  BUTTERCREAM CARTOON ARTWORK & 3D (3
                 KEKOSONGAN)
1 APRIL - KELAS FONDANT PRINCESS  (3 KEKOSONGAN)
2 APRIL - CUTI
10 APRIL - KEBAYA FONDANT (ADA 4 KEKOSONGAN)
LAIN-LAIN DATE, BOLEH BOOKING IKUT KESESUAIAN ANDA DAN MPODUL YANG ANDA MINAT. TERIMA KASIH.
__________________________________________________

ALHAMDULILLAH, dengan ceria dan senang hati aku dapat membuat kebaya merah ini sepenuh jiwa sehingga aku rasakan kebaya ini punya roh. Perasaan terbuyai-buai, langsung teringat Vaneeda Si Red Kebaya. Kalaulah slim, kan boleh pakai kebaya... hahaha...
Kebaya merah ini harganya RM250.

3.11.2010

BANTAL GEBU - PILLOW CAKE

SALAM.
13 mac - cupcake & steam buttercream (ada 4 kekosongan)


14 mac - butterceram hantaran & cartoon artwork (ada 4 kekosongan)

15 mac- wedding cake (ada 4 kekosongan)

16 march - cartoon artwork dan fondant hantaran (ada 4 kekosongan)

17 march - wedding cake buttercream( ada 4 kekosongan)

18 march - intensive cupcake (ada 4 kekosongan)
20 march - buttercream hantaran & basketweave  (ada 4 kekosongan)

21 march - buttercream hantaran

lain-lain tarikh yang belum tertulis, bolehlah booking mana-mana date bagi sebarang modul. untuk tempahan, hubungi zati di talian 017-9427033, 013-9823030 atau email ke zatidhati@gmail.com. terimakasih.

_______________________________________________________

Rakaman gambar kek di kelas sifu ina. Di kelas Ina ini, saya bertemu dengan pelajar saya merangkap jurufoto saya (hehehe), Lea Oven atau mama lea atau mazlea, juga saya bertemu pelajar saya Su Ganu yang ada 5 bakeri. Kenalan baru, saya baertemu Lea Ipoh.  Seronoknya macam nak terangkat dek riuh rendah belajar sambil bersenda dan bererita. Macam-macam cerita ada - cerita seram, cerita tangkap leleh, cerita kejutan, cerita lawak Lea, cerita sadis.... fuh...kalau masing-pmasing tahu menulis, harus jadi penulis cerpen atau novel semuanya. Inilah kek bantal gebu yang kami hasilkan. Terima kasih, Ina kerana ikhlas mengajar kami terutamanya saya ni...yang buat permintaan nak letak kasut baby kat puncak bantal, tak mahu letak baby. Saaayang Ina...
Kepada semua yang belum kenal Ina, blognya mycuppucupcake.blogspot.com. Berkali-kali dia menyatakan dia ragu-ragu nak ajar saya kerana kononnya saya ni dah terror. Tapi saya nyatakan padanya, kelebihan dan kekurangan manusia tidak sama. Saya nak belajar, nak tambah ilmu. Saya senang hati kerana dia menerima saya dengan ikhlas, tidak menolak dan pula memberi tarikh kemudian membatal atau menundakan kelas berkali-kali. Banyak tempat saya nak belajar tapi tak semua terima kehadiran saya. Atas alasan apapun, saya malas ambik pusing. Pada mereka yang sudi mengajar saya, saya cepat-cepat pergi tanpa berpaling lagi. ada yang tanya saya, Ina ni sombong ke? Hehehee, taklah. Baik sesangat. Ina inilah sebenarnya yang peloporkan kek kebaya. Baguskan kita mengangkat nilai tradisi ke dalam kek kita. Mak aii, kalaulah orang-orang di Pekan dan Kuantan sedia menerima kek dengan terapan nilai tradisi yang sudah tentunya memerlukan litupan fondant dan gum paste, alangkah seronoknya saya berkarya menggunakan kek. Yelah, bila lagi kita nak angkat nilai trasidi dalam konsep  satu Malaysia?



dari kiri - hasil kerja Lea Oven, Lea Ipoh, Su Ganu, Zati D'hati.
Yang kat tengah-tengah tu, Sifu Ina.

3.09.2010

Tempahan kek kebaya

SALAM.
WEBSITE HAND MADE CHOCIOLATE KAMI MULA DIBUKA. LAYARI www.choccottage.com.
_______________________________

Jadual kelas:
9 mac - fondant hantaran & hand made choc
12 mac - hand made choc
13 mac - cupcake & steam buttercream
14 mac - butterceram hantaran & basketweave
15 mac- wedding cake
16 march - cartoon artwork & fondant hantaran
20 march - bake 4 method & buttercream hantaran
21 march - buttercream hantaran
lain-lain tarikh yang belum tertulis, bolehlah booking mana-mana date bagi sebarang modul. untuk tempahan, hubungi zati di talian 017-9427033, 013-9823030 atau email ke zatidhati@gmail.com. terimakasih.
_______________________________________________________

Cuaca panjas membahang. Pulang dari KL, paginya hujan, petangnya panas membuat tubuh radang semacam. Apalagi terlekat dalam kesesakan lalulintas, sesat barat sampai 3 jam kerana terlepas laluan sebenar. Iman mula demam. Cepat pulih, Iman.
Gambar di bawah: kebaya biru turqoise di atas bentangan corak batik. Kek bentuk kebaya ini ditempah oleh Norlis Aida dari Kuantan. Seronok sangat membuatnya. Terimakasih kepada Aida kerana memberi peluang akak memahirkan tangan . Kata Aida, ini hantaran pihak tunangnya untuk dirinya. Bagi sesiapa yang hendak menempah kek kebaya (dalamnya kek choc moist atau kek butter dilitup dengan tebaran fondant), 8" harganya RM250. Yang agak mengambil masa adalah memasang lengannya (almaklumlah siput (bukan sifu), terkial-kial mempraktikkan ilmu yang dapat dari Ina) juga ketika membuat kerawangnya. Taburan kerawang ini tidak rapat, agak berjarak. selepas ini, akan rapat lagi, insyAllah.
Testimoni Aida,"Kak Zati, terima kasih untuk kebaya yang cantik ini. Kek coklatnya pun sedap. Mulanya tu rasa sayang sangat nak potong tapi tunang saya kata,  potong la, nanti kita cari kain kebaya betul, potong buat baju. Hahahaha. Nanti kahwin, saya akan order lagi dengan akak."
Terima kasih Aida.




3.04.2010

BELAJAR BUAT KEK HIASAN/TIRUAN

6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)
** 9 march - hand made chocolate (ada 3 kekosongan)

**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)

**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)

**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)

**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)

**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)

15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)

16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)

17-31 march - boleh booking modul apa pun

P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.

Berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.

_________________________________________

SALAM.
Memulakan entry ini, terimakasih tak terhingga untuk hubbyku, Mohd Azli Lee Abdullah @ Lee Cheong Beng. Pengertian dan toleransinya menyebabkan aku dapat mencari ilmu tanpa sebarang gangguan. Di mana hubbyku berada ketika aku mencari ilmu? Sebaik saja menghantar aku ke mana-mana kelas, hubby akan pulang ke penginapan, sama ada hotel atau di rumah adikku. Namun sekiranya adik iparku ada di rumah dan adikku pula bekerja, hubby terpaksa pusing sana sini bersama Iman. Sekiranya kami menginap di hotel, hubby akan menghabiskan sedikit waktu yang tersisa di hotel sebelum tiba waktu cek out. Di mana hubby berada selepas waktu check out? Hubby akan berada di mana-mana pasaraya - Jusco, Giant atau apapun yang terdekat dengan lokasi tempat aku belajar, menunggu di situ bersama Iman. Iman mandi, tukar lampin dan baju, minum dan makan semuanya di pasaraya. Iman dan Hubby menunggu sehingga aku habis kelas yang selalunya melangkaui waktu maghrib dan kadang-kadang ke waktu Isyak. Sabar hubby menunggu  aku itulah yang membuat aku terharu dan menyubur cinta kasih antara kami. Terima kasih, hubby, tak dapat kuumpamakan laksana apapun ucapan ini, terlalu besar, terlalu bernilai, terlalu....
Kelas yang di luar bidang masakan tetapi masih berkait rapat dengan kek :-) kelas ini membuat aku tidak lena tidur kerana terlalu ingin mempelajarinya.
Menyedari dummy yang dilitupi fondant tidak dapat bertahan lama dengan cuaca dan persekitaran rumah yang tidak berpenghawa dingin, aku perlu mencari alternatif lain untuk mempamerkan kreativitiku. Bagi memenuhi hasrat ini, aku menghadiri pula kelas kek hiasan. Guru modul ini -  Sue di Puchong. Disebabkan kelas ini hanya memakan waktu yang sikat, aku terus pulun modul decoupage. Bersamaku di kelas ini adalah Kak Mira, studentku dari Sentul dan Azira yang memang pandai buat decoupage.
Mudah saja nak buat kek hiasan ini. Meskipun tidak perlu bimbangkan kek bantat dan tidak gebu menjadi-jadi, ada juga teknik yang perlu dipelajari, tips dan pantang larang yang perlu diketahui. Seronok juga. Terasa balik nanti nak buat banyak-banyak kek hiasan...hahaha...macamlah ada banyak masa sangat. Tapi itulah yang cuba kulakukan agar ruang tamu rumah terpamer dengan kek hiasan.  Azzahra dan Taqiuddin sibuk dengan decoupage, habis kotak dan botol lama dihiasnya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari kek hiasan ini bagi tujuan menyerikan ruang rumah anda, atau bagi tujuan menyerikan kedai kek anda atau untuk pengusaha home made cake mempamerkan di ruang tamu, anda boleh datang belajar dengan fee sebanyak RM150 untuk tiga jenis kek - sebiji kek besar, sepotong cake dan sebiji cupcake.  Kalau ada yang berminat nak tempah sebiji kek hiasan saiz sebiji kek besar, harganya RM 60. Satu set kek potong RM 60/ 4 potong . Cupcake 5 biji satu set RM60. Aha...yang ini gerenti tak berkulat, tak berlengas alah cuaca. Anda boleh menyimpannya bertahun-tahun. Hanya kesat jika berhabuk. Gambar-gambar di bawah adalah gambar hasil kelas. Gambar-gambar hasil kerja di rumah akan kuhimpunkan dalam satu entry.



3.03.2010

SESSI MEMPERBAIKI SKILL - 2

JADUAL KELAS
6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)

**9 march - hand made choc (ada 3 kekosongan)
**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)
**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)
**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)
**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)
**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)
15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)
16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)
17-31 march - boleh booking modul apa pun

P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.
berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.



__________________________________________________

Sambungan sessi menambah skill.
Aku mengadap Fadzlina mycuppycupcake kerana ingin tahu cara membuat fondant kebaya. Turut bersama di kelas ini adalah Azira, bekas student cupcake Si Rani. Kami berkongsi cerita dan pendapat yang feminin tetapi berani. Feminin tetapi berani? Apa dia tu? Apa salahnya kita menyimpan keberanian dalam jiwa feminin.
Kata Fadzlina, dah banyak Kak Zati dapat dari diploma tapi Kak Zati tak buat pada kek akak.
Aduhai, hanya aku yang tahu sukarnya untuk berkembang dari daerah kecil dan sunyi ini. Kuasa pelanggan di sini tidak semewah pelanggan di KL. Aku tidak sanggup membuat kerja seni untuk bayaran yang kecil. apabila aku sebutkan harga kekku yang masih dirungut kerana diklasifikasikan mahal, Fadzlina geleng kepala kerana teramat murah pada hematnya. Jadi jawapannya begitulah, aku tidak sanggup membuat kerja seni hanya untuk bayaran ciput.
Jadi kenapa aku belajar jika tidak aplikasikan di atas kek-kekku? Jawapannya aku mencari kepuasan diri dan menambah ilmu.
Ok, siapa nak tempah kek kebaya ini? Sesekali kita kembali ke akar tradisi...

SESSI MEMPERBAIKI SKILL

6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)
**9 march - hand made choc (ada 3 kekosongan)
**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)
**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)
**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)
**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)
**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)
15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)
16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)
17-31 march - boleh booking modul apa pun
P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.
berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.

__________________________________________________


SALAM. Aku tertawa membaca nota yang ditinggalkan Linda Kaori, "Kak Zati...nak kena kasi reward,insan yg tek pernah jemu berguru la kat hang...smpai dah hang kat chef asma..cayalah."
Aduhai, Linda... aku nak ikut hang pi belajar sampai kat Jepun tu memang tak dapatlah. aku kumpullah duiot cari kelas yang berdekatan saja. Iyalah, selagi dalam Malaysia, pada aku masih dekat kerana aku tidak perlu fikir fasal paspot dan tempah tiket penerbangan hahaha.
Pernah aku katakan, manusia mempunyai kelebihan yang tidak sama. Masaku terlalu terhad untuk R&D sekarang. Jadi, di samping melawat anak sulungku Qayum di KL, aku menyelit mencari ruang untuk memperbaiki kelemahan dan menambah kemahiran.
Gambar di bawah adalah kotak coklat yang kupelajari dalam kelas hand made chcocolate Chef Asma. Walaupun sudah tahu buat hand made chocolate dan membuat kelasnya, namun percubaanku membuat kotak ini gagal. selalu saja patah apabila coklat ini kupotong. akhirnya di kelas Chef Asma, masalah ini terjawab. Gembira sangat dapat siapkan kotak ini kerana di mataku ia nampak ekslusif meskipun bunganya tak berdondon.
 Chef Asma juga kata, "Lepas ini boleh;lah ajar pada student awak."
InsyaAllah, ilmu ini akan kupanjangkan. Modul hand made choc ku yang lalu berlalu adalah RM250. Sekarang, jika ada yang nak tambah buat choc box ini di dalam modul asa, harganya adalah RM350. Kalau tak nak, maka ambillah modul asal iaitu RM250.

Di kelas hand made choc Chef Asma ini, kutemui Kak Ros. Katanya, "Kita selalu tukar email." Aduhai, aku tak ingat yang mana satu. Ramai yang hantar email dan semuanya kujawab.  Namun di kelas ini, kemesraan kian terjalin melampaui hubungan maya.

Ini? Aha...ini aku pergi kelas hand made choc  Strawzchoc, pengeluar chocolate jenama riverra. Inilah satu skill baru yang aku dapat - tentang jenis kertas pembalut yang berkilat, pembalut luar chocolate bar. Kelas strawzchoc berperingkat. Peringkat asas tidak diajar buat filling, akan diajar buat di peringkat pertengahan. Kesian pula kat kawan-kawan sekelas yang belum tahu buat filling. Nasib baik aku dah belajar buat filling dari kelas Tasneem.

Ini rakaman bersama guru di riverra.

Dalam kelas talam Chef Asma. Yang bertutup muka tu  Kak Tun Boxhousestudio. Seperti biasa aku memenuhi pesanannya jangan siarkan gambar wajahnya yang berseri-seri dengan senyuman manis tu. Kami belajar 10 jenis talam. Selain belajar teknik buat talam yang betul dan mudah ditanggal dari acuan dan dipotong, kami belajar guna kukus letrik TRIO. Hahaha...bukan saja bawa balik talam berkotak-kotak, tetapi juga bawa balik  kukus baru.

Seminggu lepas kelas Chocolate Chef Asma, aku ke kelas di Puchong juga teta[i disebabkan modul yang aku pelajari itu bukanlah modul masakan, maka aku akan masukkan ke dalam entry lain.
Aha...yang di bawah ni apa pula? Ini guru steam buttercreamku yang ke 4. Aku tidak sempat nak R & D. Biarlah orang lain buat R & D. Aku tak ada masa. Mana nak urus buku sekolah anak, mengaji anak, tempahan, kelas, projek buku...jadi bila ada ruang, aku kenalah mencelah cari kelas. Kebetulan Si Amsyar belajar buat pizza di amotre e-bake seremban, aku pun menyelit ke kelas steam buttercream di Bzee Bakery. Kenapa aku ke kelas Bzee Bakery? Sudah puas aku merayau melihat hasil steam buttercream beberapa teman, nampak warnanya tidak putih mulus seputih kertas.
Ikhlas dari sudut hati, aku berpuas hati betul dengan kelas Bzee Bakery. Sebabnya aku telah dapat steam buttercream yang putih cantik, tidak berwarna krim seperti selalu yang aku lihat. Ini adalah kelas pertama Zalina selepas dua bulan berehat kerana menjaga suaminya yang diserang kanser. Dengan menghadiri kelas Bzee Bakery, keyakinanku untuk memperturunkan ilmu steam buttercream semakin bertambah. Lihat gambar di bawah, muluskan. Jangan hiraukan tiang yang nampak tinggi itu. Ia kelihatan tinggi hanya kerana kek yang di sebelah atas itu terlalu kecil, 4". kalau keknya sekitar 6", memang nampak elok terletak. 



3.01.2010

STACK CAKE HANNAH MONTANA UNTUK BAITI

SALAM.


Jadual kelas:


3 march - basketweave & speciality (ada 3 kekosongan)


6 march - intensive cupcakes (masih ada 4 kekosongan)


**9 march - hand made choc (ada 3 kekosongan)


**10 march- fondant hantaran(ada 3 kekosongan)


**11 march- aneka cheesecake (ada 3 kekosongan)


**12 march- buttercream 3D & cartoon artwork (ada 3 kekosongan)


**13 march - buttercream hantaran & basketweave (ada 3 kekosongan)


**14 march - kelas steam buttercream (ada 4 kekosongan)


15 march - wedding cake (ada 4 kekosongan)


16 march - cartoon artwork & fondant hantaran (ada 4 kekosongan)


17-31 march - boleh booking modul apa pun


P/S: Yang bertanda ** modulnya masih boleh ditukar.


berminat? hubungi saya di talian 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329. Panggilan telefon saja. Tak sempat nak jawab sms. atau email ke zatidhati@gmail.com. Terima kasih.
__________________________________________________

Hari ini, aku perlu menghantar cupcakes, choc moist dan tart ke booth di UNITEN Muadzam Shah. Jadi, update ini hanya mengisi ruang sementara menunggu hubby pulang. Kek yang memenuhi tempahan Nurul. Gabungan buttercream dan sugharpaste. Di puncaknya pula berdiri  gitar kesayangan Hannah Motanna. Semuanya pada kek ini bersifat edible, selamat untuk dimakan. Terima kasih Nurul kerana masih memilihg akak untuk meraikan hari gembira si comel ini. terima kasih di atas segala sokongan selama ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails