Salam. Tergesa-gesa update entry ini kerana hendak bertolak ke KL. Pada yang inginkan kelas pada minggu hadapan yakni pada 5-9 Mei, sila hubungi saya. Saya telah membatalkan kelas di Penang memandangkan saya perlu perkemaskan buku panduan dekor yang sedang saya usahakan. Segala caption langkah demi langkah perlu saya masukkan segera. Komitmen dengan penerbit perlu saya laksanakan segera kerana saya mengusahakan tiga buah buku serentak - dekor peringkat asas, pertengahan dan lanjutan. Saya akui ianya amat melelahkan kerana penggambaran langkah demi langkah itu tidak dapat membuat saya bekerja pantas seperti biasa. Sebentar-sebentar terpaksa saya berhenti untuk jurugambar shoot langkah demi langkah dekor. Kelas di Jb tetap berjalan seperti dirancang iaiatu pada 15 dan 16 mei. Bermula 18-28 mei, saya masih membuat kelas di mana waktu malamnya saya tumpukan pada kerja-kerja menulis buku panduan dekor.
Ok, jamu mata sebentar dengan kek-kek yang belum saya paparkan di galeri saya ini.
Ini adalah tempahan amy (armiliani), dilepa dengan buttercream dan dihias dengan bunga hand made- bunga arum lily. Keknya adalah choc moist. Harganya RM 420 termasuk harga patung. Harga lebih mahal dari biasa kerana bunga hand madenya memakan waktu untuk membuatnya. Amy pernah tempah kek bertunang. Kali ini kek perkahwinan dan kek hantaran pula.Terima kasih, Amy. Szemoga bahagiamu berpanjangan.
Di bawah ini pula, gabungan hijau dan krim., tempahan staff Klinik Ummu Raihan. Rm300.
Di bawah ini tempahan online - hushhhhh, saya lupa namanya. Terima kasih ye. Saya masih terdengar2 suaranya yang mesra di talian telefon. RM 680.
Kuning, krim dan keemasan - tempahan Da Dato Dollah. RM 220.
Di bawah tempahan orang Pekan Lama, biru turqoise dan putih. RM 200.
Di bawah ini, tempahan Kak Yati Taman Seri Setia untuk perkahwinan jirannya. RM200
Kepada semua yang membuat tempahan, terima kasih berbanyak



















































