5.26.2010

BILA SENA KEMBALI BERBUNGA DITERBITKAN SEMULA- DAPATKAN DI PASARAN

SALAM. JADUAL KELAS TERLETAK DI SEBELAH KANAN WEBSITE INI. UNTUK JULAI DAN OGOS PULA, SILA BUAT PENEMPAHAN MODUL & TARIKH MENGIKUT KEINGINAN ANDA.
 

Saya ingin berkongsi kegembiraan saya dengan anda. Novel saya berjudul Bila Sena Kembali Berbunga 2 kini telah diterbitkan semula, kali ini oleh ALAF 21. Alhamdulillah. Selami cinta kasih ikhlas seorang isteri yang mempertahan cintanya sebermula semenjak remaja. Hayati seorang lelaki yang terpaksa berbahagi kasih hanya kerana percaturan jahat orang ketiga.  Dapatkah Afikah mengukuhkan imannya melayani kerenah berpoligami. Apakah cinta Zek kembali ke tampuk asalnya sepenuhnya? Novel ini kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90. Meskipun ini adalah BSKB2, ia masih mampu berdiri sendiri tanpa membaca BSKB. Sedikit sedutan untuk anda...

SEDUTAN 1:

"Nikahlah... tapi..." aku  menghela nafas panjang., "Bila sudah ada Julia, saya abang jangan lupakan." Menyebut ayat ini  menyebabkan aku hampir sebak. Dapat aku dengar suaraku  yang serak. Cepat-cepat aku mengawal keadaan dan perasaan. "Berlakulah adil. Bila saya rela berkongsi kasih, itu bukan bererti saya rela disisih. Dan Fatihah... jangan abang biarkan. Dia tiada sesiapa lagi selain kita.

SEDUTAN 2:
"Papa tahu itu sulit, Fika."
"Papa tengok?"
Papa angkat bahu. Dia merenungku seakan  ingin membaca seluruh isi hatiku.
"Fika cuba terima takdir ILAHI."
"Papa  bangga dengan Fika."
"Dari dulu, Fika masuk dalam keluarga ini seadanya, papa."
"Julia pula?"
"Dia akan jadi menantu baru papa," ucapku dengan seribu kepahitan.
"Fika terima?"
Aku menghela nafas. Sulitnya memberi sebuah jawapan yang tidak membohongi papa.
"Fika rela?"
"Demi nama baik suami Fika, demi nama baik mama, nama baik papa, demi Mulia Holdings, demi Zam Publishers, Fika...Fika terpaksa terima."
Tanpa menunggu butiran lanjut daripada papa, aku meninggalkan papa dengan perasaan yang terbebar. Aku tidak sanggup bercakap banyak tentang perkongsian kasih, ia amat menakutkan. Aku seperti berada di pinggir sebuah jurang yang dalam. Bila-bila saja aku boleh jatuh jika aku tidak kuat bertahan. Aku tidak mahu terjatuh. Aku ada Fatihah. Aku ada mak. Aku ada diriku sendiri. Dalam diriku ada perasaan yang murni. Dalam diriku ada hati yang suci. Dalam diriku ada cinta yang tidak pernah mati.

SEDUTAN 3:
"Kak Fika rela bermadu?" Nur Indah menatap mataku, kemudian menggeleng, "poligami ni sukar, Kak Fika."
"DEngkau rasa Allah mewujudkan perasaan itu dalam diri perempuan?" soalku, merenung dalam mata Nur Indah.
Nur Indah termangu.
"Aku rasa tidak." Aku memberi pendapatku sendiri. "Kalau kauletakkan  sebiji telur mentah di atas dadaku ini, In...rasa-rasanya telur itu akan masak."

SEDUTAN 4:

Kalau dulu waktu malam adalah waktu yang menyenangkan  kerana dapat membutkikan kasih dan pengabdian terhadap Zek tetapi tidak untuk malam ini. Malam ini jadi waktu yang amat menakutkan. Menghadap cermin, aku melihat wajahku yang menakutkan. Retak dengan seribu kekecewaan. Berdiri di koridor juga tidak mengundang kedamaian. Kalaua dulu, suka benar aku berdiri di koridor banglo mama tapi tidak untuk malam ini. aku jadi benar-benar pilu. Bagai terasa Zek merangkulku dari belakang dengan mesra.
Di mana Zek? Suami tercinbta bersama Julia, mengharungi malam pertama bersama isteri barunya. Bagaimanakah Zek mendatangi Julia? adakah sama mesranya dengan dia mendatangiku? Bagaimanakah Zek  merangkul dan memeluk Julia? Adakah sekemas dia merangkul diriku? adakah sehangat dia memeluk diriku? Aku tyak dapat bayangkan semua ini. Aku tak dapat bayangkan suami yang kukasih mengasihi perempuan lain, medmeluk perempuan lain, membuat hubungan kasih sayang dengan perempuan lain
Zek! Zekkk! Raungan itu bergema di sudut hati, melampiaskan air mata di pipi. Sabar, Afikah! Sabar! Naluriku berdetik. Engkau telah meredhai  suamimu menikahi perempuan lain bererti engkau perlu merelai  dia melakukan sebarang  perlakuan dengan perempuan itu. Ini hakikat, Afikah. Hakikat yang menuntut pengertian  bahawa tanggungjawab Zek bukan sekadar menggoncang tangan kadi melafazkan akad nikah. Ia menuntut lebih daripada kitu hatta sehingga menabur benihnya di dalam rahim Julia.

miniature cakes tempahan husna

SALAM. JADUAL KELAS TERTULIS DI BAR KANAN WEBSITE INI. BAGI BULAN JULAI DAN OGOS. ANDA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN MENGIKUT KEHENDAK ANDA. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.
__________________________________________

Di bawah, gambar miniature cakes tempahan Husna. terima kasih Husn.
Untuk yang berminat menempah miniature
cakes, berikut adalah harganya:
saiz 4" - minima 5 biji RM150
saiz 3"- minima 6 biji - Rminima M 150


5.24.2010

HIJAU MUDA MERAH JAMBU LEMBUT TEMPAHAN HUSNA


SALAM. JADUAL KELAS- SILA RUJUK SIDE BAR KIRI WEBSITE INI. PENEGASAN _ PADA YANG TEMPAH KELAS, SILA BUAT PEMBAYARAN DEPOSIT DUA MINGGU AWAL. INI KERANA BERLAKU PENIPUAN DARI ORANG2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB , TIDAK BERHATI PERUT KERANA KONONNYA HENDAK BAYAR PADA HARI KELAS TAPI LANGSUNG TAK MENJELMA SEDANGKAN SAYA TELAH MENGOSONGKAN HARI DARI SEBARANG TEMPAHAN DAN KELAS LAIN. SAYA NASIHATKAN KEPADA ORANG BERKENAAN  YANG BERSIKAP SAMBIL LEWA DAN SEPERTI TAK BERSALAH APA-APA NI AGAR JADI ORANG BERHEMAH, RETI BAHASA DAN MEMAHAMI TUGASAN DAN NILAI MASA ORANG LAIN!

Gambar di bawah, kek tempahan Husna untuk hari perkahwinannya. Husna dan kawan-kawannya datang menempah kek di kediaman saya. Terima kasih, Husna. Semoga berbahagia. Pada kawan-kawan yang lain tu, nak kahwin nanti jangan lupa cari kek akak ye :-)




5.21.2010

DOA UNTUK NUR IMAN - A:HAMDULILLAH




SALAM. JADUAL KELAS BERADA DI SEBELAH KANAN WEBSITE INI.

ALHAMDULILLAH, syukur saya memanjat tangga langit. Nur Iman kembali sembuh. Terima kasih kepada teman-teman baik yang saya kenal mahupun tidak kerana mengirim emel, telefron bertanya khabar mahupun melalui sms mendoakan Nur Iman.Alhamdulillah. Dia kembali aktif.
Dengan sembuhnya Nur Iman, bererti kelas kek saya bersambung kembali, tempahan juga dibuka seperti biasa. Gambar di bawah, kek tempahan Jefree, sahabat saya - rich choc moist + ganache + fondant  + edible image. (Saya sebenarnya lupa apakah saya telah memasukkan gambar ini atau belum di website ini.)

5.14.2010

GANDINGAN GOLD DAN HIJAU LEMBUT



SALAM MESRA. (Jadual kelas berada di sebelah kanan side bar galeri ini. Terima kasih)

Untuk entry ini, saya hanya memohon kerjasama anda yang pernah mengasihi Nur Iman bin Mohd Azli Lee, anak kecil saya agar kembali seperti sediakala Gangguan mistik menyebabkan dia takutkan bunyi azan, tubuhnya berbau, jaga dan merayau di tengah malam. Keadaan ini  agak lebih baik daripada sebelum ini yang menangis tidak henti hingga tidak boleh diletak langsung. Ketika saya renung matanya, cahayanya pudar. Saya tahu jiwanya terganggu dan sakit. Tubuhnya susut dan cengkung. Saya mohon jasa baik anda. Terima kasih.



Gambar: cupcake dibalut dengan kertas jambangan untuk menutup solo cup pelbagai warna, ekoran kehabisan solo cup putih. Idea dari ina cuppycupcake.

5.05.2010

kasih ibu saudara

SALAM. (Jadual kelas saya letakkan di side bar entry ini/)
kerana kasih, sayang dan kakaknya menempah sebiji kek empat segi yang dikelilingi kek cawan. Katanya, tak nak yang pakai tiang. Nak yang biasa dan ada kek cawan. Saya pun dengan sukacitanya berkarya untuk kek ini. Gabungan warna krim, gold dan coklat. Ketika saya bertemu Sayang dio gerai makan, "Tak cukup kek tu. {iohak pengantin lelaki pun bertanya kerana kek tu fresh. Rasanya pun sedap."
Tentu saja fresh kerana saya tidak membuatnya terlalu awal. Sekiranya kek hendak diambil esok, malam ini baru saya bake dan deko.

students bertiga

SALAM. JADUAL KELAS, SILA RUJUK SIDE BAR BLOG INI.

Inilah tiga students, antara student yang tidak sempat saya masukkan hasil kerja mereka. Maaf ye, dinda. Mereka bertiga ini tidak pernah kenal mengenal tetapi riuh juga berbual terutama apabila bercakap tentang anak.
Sesiapa nak test skill mereka bertiga ini bolehlah hubungi melalui email mereka. Baru pagi ini saya perasan mereka tidak meninggalkan nombor telefon pada buku pendaftaran:
Sharifah Nor Azira , Jalan Kemunting 1, Kuantan - aziramama@yahoo.com.my atau kunjungi blognya  aziramama.blogspot.com.
Mazliza, kuarters Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah- - mickey1472@yahoo.com
Wan Nor Fadzlin Akma - Taman perdana, Pekan - emilida84@yahoo.com


5.04.2010

cinta dan kek cawan


Salam. Tempahan dari Sayang dan kakaknya untuk dihadiakan sebagai hantaran pihak anak saudara mereka.

Lebat buah melempai ke tanah;
ikatan ukhwah terjalin sudah.

Pantun dua kerat yang saya cipta ini telah saya jawikan. Terimakasih kepada sayang dan kakaknya.

Kek cawan, kecil tetap menawan

SALAM.
Saya hanya sempat letakkan beberapa gambar di bawah untuk hiasan galeri ini. Hendak saya celoteh panjang namun waktu  begitu sempit, begitu iri. Terimakasih kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan ini. Alhamdulillah, maklumbalas yang saya terima amat menyenangkan.


Tempahan Mai, pelanggan yang banyak beri sokongan. Terima kasih Mai.

Princess di taman ini, tempahan Encik Farid , Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang.  Hubby saya yang deco  kerana saya tidak menang tangan. Terima kasih hubby.

Perempuan berambut kerinting ini - pelanggan saya dari Beserah. Saya terlupa namanya. Reaksinya memberansangkan.
Ini juga tempahan daripada Encik Farid. Juga hubby yang deko. Dekorasi mudah menggunakan belakang sudu. Terima kasih hubby.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails