6.21.2010

rindu yang bersarang di kalbu

Salam.
Saya rindu pada dunia penulisan. Saya rindu untuk menggerakkan watak Afikah dan Zek di dalam novel saya. Afikah dan Zek hidup di dalam diri, menguasai sehingga saya rasa saya perlu siapkan buku kek saya segera, saya perlu hentikan kek dan kelas untuk sementara waktu, namun saya tidak mampu menghentikan kelas dan tempahan. Kata Ahadiat Akashah, teman sepejabat saya dulu ketika saya ceritakan gelodak jiwa saya untuk kembali menulis, "dari jari jemari kau mengalir sungai rezeki...". Bermaksud menulis dan kek adalah rezeki yang ditakdirkan untuk saya, saya perlu menghargai dan meneruskannya cuma saya tidak mampu membuat kedua-duanya dalam masa yang sama... Bilakah Afikah dan Zek kembali beraksi sehingga saya dapat menulisnya dengan emosi dan cinta yang menggebu2?
__________________________________

Ain hubungi saya terlalu gembira mendapat cupcake sebegini... Terima kasih, Ain. akak doakan Ain & suami bahagia.

______________________________________________________

"akak buatlah apa-apa pun, saya tak kisah," sms Siti Norbaya.
Dilepa dengan buttercream dan dihias dengan kepingan hati serta bunga fondant. Selamat berbahagia, Baya & Fadzrul.

__________________________________________________

Tempahan Azira Kuantan untuk meraikan pertunangan Azran & Baity. Terima kasih Zira.

__________________________________________________

Untuk tempahan dalam bekas pvc berhias begini, dikenakan tambahan RM15.

6.20.2010

KEK UNTUK SI MANJA LAGI

Salam

. JAdual kelas berada di sebelah kanan bar.
Pertamanya saya memohon maaf berbanyak kerana update  hanya ringkas sekali. Bukan bermaksud tidak mahu bermesra dengan pengunjung-pengunjung tetapi masa terbatas sekali.  Saya bersyukur dengan apa yang saya kurniakan namun beberapa kejadian yang menguji diri akhir-akhir ini membuat saya berfikir apakah saya benar2 mengenali orang-orang di sekeliling saya, sama ada yang saya kenali rapat mahupun sebentar2 berurusan nyata ataupun berurusan di laman maya tanpa bersua.  Kadang-kadang kita silap membuat pilihan, kadang-kadang kita silap membuat keputusan. Namun saya tetap berdoa agar Allah memberi saya ketenangan, menyuluh terang mana-mana yang samar. Amin.
Dan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi kepercayaan dan menempah kek-kek ini .... saya hargai kerjasama anda mendokong usaha Zati D'hati.

laporan ringkas kelas

salam. jadual kelas di sebelah kanan bar. laporan kelas seringkas-ringkasnya:

Cikgu Mai dari Ceneh Baru Kemaman. Ambil modul basketweave, steam buttercream, 3D princess. Untuk tempahan hubungi 013-9544549.

___________________________________________________

Syasya dari Kuantan datang ambil modul kek kebaya fondant Turut mengambikl kelas hari itu adalah Kak Azlina Temerloh yang telah datang beberapa kali ke kelas saya namun saya terlupa pula mengambil gambar Kak Azlina bersama kebayanya kerana kalutnya dia hendak ke Bakewell Kuantan.
Kreativiti Syasya boleh dilihat di http://syasyacakes.blogspot.com/


_______________________________________________


Kak Rock & Kak Ct, dua sahabat ambil kelas hand made choc. Untuk tempahan boleh hubungi Kak Rock di talian 012-9826470 dan Kak Ct di talian  012-9514188.
_________________________________________________

Fida dari Temerloh datang ambil kelas English Garden Cupcakes. Untuk tempahan boleh hubungi Fida di talian 013-9509400.

_____________________________________________

Siti Zakiah dari Kg Mengkasar Pekan, datang ambil kelas kek hantaran buttercream. Untuk tempahan hubungi ct di talian  017-9389320.
________________________________________________

Aha! Student yang ini lama betul tak jumpa dia selepas dia pindah kerja di Melaka. Apabila ditukarkan ke Kemaman semula, dia datang lagi. Kali ini ambil kelas intensive hand made choc. Linda boleh dihubungi di talian 014-5460175.

________________________________________________

Zehan dari Kuantan  dan Linda dari Kemaman datang ambil kelas kebaya fondant. Untuk tempahan boleh hubungi Zehan di talian 019-9158566 , Linda di talian 012-9818744.

_________________________________________

Zira dari Temerloh datang kali ini untuk kelas cheesecake , juga kelas aneka tart. Untuk tempahan hubungi Zira di talian 019-9453003, 013-9378087.
________________________________________
Ct Kedah tak mahu saya siarkan gambar. Malah saya sendiri lupa ingatkan dia isi buku pendaftaran. Inilah hasil kerja Siti Kedah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails