7.24.2010

PERKAHWINAN MADIHA

Salam. Puasa semakin mendekat, Ramadhan bakal datang lagi. Hari demi hari silih berganti bagai tidak terasa. Begitulah perjalanan usia kita...
tahun ini, aku memutuskan tidak akan menjual biskut raya. Banyak waktu bersama Iman telah kucuri . Puasa  nanti, aku ingin mengulit Iman ketika tiada tempahan kek. Kalau aku buat biskut raya, memang tidak dapat bersama Iman kerana masa untuk membuat biskut lebih banyak memakan masa daripada membuat kek dan kelas. Rasa lega amat apabila membuat keputusan begini. Jadi, untuk semua pelanggan-pelangganku, tempahan kek masih diterima di bulan Ramadhan. Untuk yang ingin belajar pula, semua modul kelas masih dan akan berjalan seperti biasa. sesiapa yang nak belajar di bulan Ramadhan, hubungi aku yah.

Di bawah ini, tempahan Kak Mi untuk anak saudaranya Madiha. Rasanya gambar ni belum aku masukkan ke galeri ni. Sejak ada facebook, aku amat keliru tentang kemasukan gambar ke blog. Tak ingat, itu kenyataannya. Tema pink putih. Muffin yang banyak tu, bukan buatanku. Itu hasil kerja kak mie rasanya.  kata Kak Mie pula untuk meraikan harijadi anak2nya. Dah banyak order kek, jadi kehadiran cupcake gergasi tu hanya buat syarat saja. Bagus juga idea macam ni
Terima kasih Kak Mir. Salam bahagia juga untuk Madiha.


7.18.2010

riuh mesra menimba ilmu

SALAM. (JADUAL KELAS DI SIDE BAR KANAN.)

Dua kali saya ikuti kelas emboidery kelas namun hasilnya tidak memuaskan. Larikan yang saya buat tidak panjang, tak sampai 1/2 cm. Saya menggemari emboidery brush kerana ia kelihatan berseni sekali. Ketika Chef Shahril membuat kelas ini untuk batch pertama, saya tak dapat ikuti kerana kesihatan Iman yang tidak memuaskan. kemudian saya pujuk Chef Shahril buat kali kedua. Chef Shahril yang baru saja boleh bercakap selepas terlantar di tiga buah hospital akibat kemlangan jalanraya menghubungin saya dengan jawapan "insyaAllah, cukup orang saya akan buat tapi ini kelas emboidery yang terakhir."
Menyedari Chef yang saya kagumi ini tidak gemar mengulang kelas yang sama beberapa kali, saya tidak berpaling lagi meskipiun tarikh yang diberi Shahril itu berada dalam susunan jadual saya yang padat. Berkorban! Saya tolak satu kursus dengan satu agensi semata-mata tidak mahu terlepas kelas yang saya tunggu-tunggu ini. Malah terpaksa hadapi kerja yang banyak untuk shooting esok.
Chef Shahril masih dengan kesan-kesan ngilu dan sengal yang datang sesekali, tabah mengajar kami. Sangat teliti dan detail method yang diajar. Beberapa kali saya perlu membuat pembetulan almaklumlah saya ni bukan artis/pelukis tapi kehendak dan keinginan itu buat saya tekun juga membuatnya, . kelas riuh rendah dengan gelak tawa, usik mengusik meskipun tekun bekerja. Turut serta dalam kelas itu - kak yam, may, soo ching artisan, mis creative cake. Saya pulang dengan rasa seronok yang amat sangat kerana saya dapat mempelajari beberapa teknik dan yang penting - larikan royal aising tidak lagi secoet seperti dulu.
terima kasih kepada hubby kerapa ke hulu ke hilir menghantar dan menjemput saya sambil menjaga Iman. terima kasih juga untuk anakanda 'alim kerana sudi ikut saya ke Kl untuk menjaga Iman di dalam kereta setiap kali hubby memandu.





7.06.2010

BASYIRA THE EXPLORER

SALAM. (JADUAL KELAS PADA BAHAGIAN KANAN WEBSITE  INI)
Untuk makluman, kelas dan temapahan kek terus dibuka sepanjang Ramadhan manakala tempahan biskut tidak dibuka .
________________________________

 Menjadi seorang penghias kek, sama seperti menjadi pelukis mahupun penulis - menurut hematku. Menghias kek untuk anak-anak, jiwa turut menjiwai dunia anak-anak. Bugar oleh warna bermacam warna, kerenah berbagai kerenah.
Memenuhi permintaan Nurul yang mahukan stack cake dengan tema Dora The Explorer, hiasan untuk kek ini memerlukan 2 1/2 keping edible image. Ketika aku melepa kek ini dengan warna kelabu untuk bahagian bawahnya dan putih untuk atasnya, anak-anakku merungut, "sakit mata tengok warna ni." Aku tergelak. "nanti umi akan beri penawar sakit mata."
"Permata Hijrah, umi?" Taqiuddin melongo.
Cece ketawa mengejek. "Apa daa... takkan nak letak Permata Hijrah kat kek? Tengok je la..."
Hijau daun menghiasi antara tampalan imej Dora. Fondant kubulatkan, warna merah jambu dan hijau, menempati bahagian tepi kek. Ucapan pula tertera dengan tampalanm huruf-huruf fondant. Kemuncak kerja, aku pacakkan image yang telah kutampalkan di atas kepingan fondant yang melengkung.
"Yeahhhh, lawa dah...tak sakit dah mata Abang." Taqiuddin mengekek ketawa.
Aduhai permata-permata bonda, nikmatilah duniamu yang ceria sebelum waktu semakin berganjak dan kau terpaksa menerima hakikat melangkah ke alam remaja.

Untuk Nurul, terima kasih memberi kepercayaan kepada akak memeriahkan sambutan harilahir anak saudaramu, Basyira.



7.05.2010

dunia yang hilang

Salam. (JADUAL KELAS DI SIDE BAR SEBELAH KANAN)
Alangkah cerianya dunia anak-anak terutama ketika mereka menikmati suasana riang bersama keluarga dan teman-teman.  Misalnya ketika menyambut hari jadi, majlis keluarga, berkelah . Ketika membuat kek untuk menceriakan anak-anak, hatiku tertanya apakah anak-anak zaman sekarang benar-benar ceria di sebalik  dunia anak-anak yang telah dirobotkan oleh sistem persekolahan yang mencatu masa mereka seolah2 mereka sibuk seperti menteri, penuh dengan agenda belajar belajar belajar, kerja rumah, kerja sekolah, tusyen, kelas tambahan hingga hanya tinggal sedikit waktu untuk mengaji, bermain menikmati alam seperti zaman kanak-kanakku dulu?

7.01.2010

MESRA DARIPADA MUZZ

SALAM . Sepasang bear tempahan Muzz ini bagaikan mendengar suara hatiku yang kepingin sekali merealisasikan beruang impianku pada kek.  Menulis entry ini, saya teringatkan Nur Iman yang menjerit geram sekiranya cece dan Taqiudin mengusiknya -pura-pura mengambil 'baby blue'. Apa itu Baby Blue? Itulah nama yang diberikan anak-anak untuk seekor teddy bear beruang bderbulu biru, berjersi 'BEARGENTINA'  yang didapati dari Celcom ketika membeli broaband.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails