8.25.2010

PRODUK AIDIL FITRI

SALAM.  Prioduk Zati D'hati di Bazar Ranmadhan Pekan (bermula 2 September) dan gerai Mak Ngah Lorong Tunas Manja Pekan bermula 8 September. Untuk penghantaran ke luar, kami hanya sedia pos brownies kerana pembungkusannya mudah dan insyaAllah selamat ke tangan anda.

                                       Horlick Moist Cake (gambar di atas ) RM 15. Berat 500g
                                                Pandan Moist Cake RM 12. Berat 500g
                                               Orange Moist Cake  RM 12. Berat 500g
                                                
                                              Simple Moist Choc Cake RM 12. Berat 500g

                Rich Moist Choc Cake (Tanpa ceri) 7"  bentuk segiempat  RM 45. Bulat 8" RM 45".
Rich Moist Choc Cake + edible image + hard ganache - RM 75. Square 7". Bulat 8"

 Kek span pelbagai fillking pilihan - oren/ strawberi/blueberi/choc. Lepaan buttercream. Hiasan edible image. Harga mengikut saiz.
Brownies dengan hard ganache. Dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak yang cantik.  Saiz 4x10.5 x 1". RM 25. Pilihan - walnut brownies / almond brownies/ almond + orange brownies. Boleh diposkan.


Carrot Cake dengan cream chees frosting. RM 60. Berat +- 1.4 kg

Cupcake 1 kotak, 25 biji RM 55.

Cupcake dengan edible image RM 75.

8.23.2010

Perkongsian, peninggalan atau apa saja....

Salam Ramadhan.

Sudah lama saya berhajat untuk menghasilkan buku perkongsian pengalaman dalam dunia hiasan kek. Projek buku ini bukanlah untuk menjadi milionnare. Saya beranggapan bahawa saya perlu memperbanyakkan agen produk halal demi kesejahteraan ummah. Saya perlu memberi panduan pada sesiapa yang ingin atau telah memesrai dunia hiasan kek ini. Saya ingin mengajak sesiapa yang punya banyak masa agar cuba menjadikan hiasan kek inn sebagai satu hobi yang kemudiannya boleh bertukar kepada sumber pendapatan. Saya ingin melihat ramai wanita khasnya akan berketrampilan dan dipandang kerana kemahiran yang ada di hujung jari jemarinya. Saya ingin memberitahu anda bagaimana hobi yang santai ini boleh dijadikan sebagai penawar stress (jika boleh dikatakan begitu). Saya mahu ilmu yang saya ada ini dikongsi bersama. Ilmu yang saya timba dari kelas ke kelas dengan pelaburan yang banyak ini saya kongsikan di dalam buku perkongsian pengalaman ini dengan harga yang pada saya cukup murah (berbanding pelaburan  ribu-ribuan untuk saya mencarinya). Saya fikir buku ini akan terus memainkan peranan menambah agen produk halal meskipun setelah saya ditakdirkan tiada lagi (yang entah bila...). Saya tahu ramai yang menjaga halal makan minumnya setiap hari tetapi berpaling kepada kek2 yang tidak pasti halal atau tidak pada hari2 istimewa mereka. Inilah yang saya maksudkan saya mahu ramai wanita (mahupun lelaki yang berminat) agar mencuba menghias kek dengan jari  jemari sendiri supaya halal toiyibah itu benar-benar meyakinkan.
Untuk anak bangsa saya, saudara segama saya, saya tak dapat berbuat banyak untuk berjuang mempertahankan bangsa dan ummah. Harapan saya, saya masih diberikan  kudrat, semangat dan nafas agar kesinbambungan buku ini dapat terus saya lakukan seperti perancangan asal saya (peringhkat asas, pertengahan, lanjutan). Gambar cover di atas adalah peringkat asas. InsyaAllah, akan menemui anda di pasaran dalam Ramadhan ini dengan harga RM21.90. Sebaik saja ia berada di pasaran, saya akan war-warkan di sini. Terima kasih atas sokongan anda.

8.13.2010

laporan kelas-eija (seri kembangan), che mai (kemaman), fida (temerloh), aida (mentakab), faizah (temerloh), rozaini (kuantan), zurina (kl), zulifah (temerloh)

SALAM RAMADHAN. JADUAL KELAS BOLEH DISEMAK DI BAHAGIAN TEPI KANAN WEBSITE INI. BAGAIMANAPUN SEKIRANYA MODUL YANG DITULIS HENDAK DIPINDA KE MODUL LAIN, SILA HUBUNGI SAYA. TERIMA KASIH
_________________________________________________

Lama saya tak update laporan eklas lantaran sibuk menguruskan penerbitan buku. Minta maaflah ye pada students yang lama menunggu laporannya.  Dua tiga hari ini, kelopak mata memberat dan senak. Barangkali tak cukuyp rehat. Barangkali juga aku perlu pakai cermin mata seperti dulu semula. Agh! Merimaskan.

Gambar di bawah - Kak Eija dari Seri Kembangan. Lama Kak Eija mengintai kelasku tapi jarak dan kekangan masa membuat hajat tertunda-tunda.
Testimponi yang kupetik dari http://kakeija.fotopages.com/ : Ini pendapat peribadi ku sendiri.... rasanya tak sah kalau nak mencebur diri dalam dunia biznes bakeri dan cake deco. sekiranya tak pergi "mengadap" cik sifu Zati utk berguru ....memang betul ramai yg kata... termasuk cikgu ku sebelum ini Ana, Zati tak kedekut ilmu.... sampai kak ija tak tau dah nak tanya apa, semua dah ada detailnya (mungkin selepas dipraktikkan nanti baru tau apa nk ditanya..hehe). Jutaan terima kasih kak tak terhingga... kpada Cik sifu, juga kpada Cik gu Azli ... yg peramah melayan husband kak ...hehe... Sedap le yg kari ayam tu.... tu Ori Pahang punya resepi ke....
Aha, itu pendapat Kak Eija. Terima kasih, Kak Eija. (Kari ayam tu tak tahulah resepi negeri mana. Yang tahunya kita orang ni masak main campak2 tapi masak ni kalau dengan keinginan, dengan hati ikhlas, cukup garingnya, insyaAllah, sedap)
Emmmm aku teringat cerioanya wajah Kak Eija sewaktu mengerjakan kek noveltynya. Kak eija boleh dihubungi di talian 016-6948366.
 
___________________________________________________________

Ini pula tiga serangkai daripada Mentakab, Temerloh dan Kuantan - Aida, Faizah dan Rozaini.Suami Rozaini aku kenali berbelas tahun dulu sewaktu hubby mengajar di SMK Ceneh Baru. TIga serangkai ni ada hubungan saudara mara , begitulah.
Perkembangan dan hasil kerja Aida boleh dilihat di http://zathulaida.blogspot.com/. Boleh juga hubungi beliau di talian 017-9747313.
Faizah di talian 019-9148693.
Rozaini  013-911232. Email: nieraz1308@yahoo.com.my

__________________________________________________

Turut serta pada hari Kak Eija ambil kelas, pasangan adik beradik Zurina dari KL dan Zulifah dari Temerloh. Zulifah ini pernah datang ke kelasku dengan topik hangatnya - buntat siput. Yang kelakarnya terdapat salah faham - aku ingatkan Zulifah minta ajarkan adiknya modul hand made chocolate, sedangkan dia mahukan modul choc deco. Aduhai... kelam kabut aku dibuatnya kerana ketika itulah hendak bancuh ganache  coklat, ketika itulah nak deko. Zulie ambil modul stack wedding cake dan novelty cake
Zurina boleh dihubungi di noamohd531@yahoo.com, hp 019-3890502.
Zulifah boleh dihubungi di talian 019-9206853, email zuliemohd@gmail.com.
Dara sunti iotu anak saudara Zulie yang begitu teruja melihat kek novelty hasil tangan Zulie.


__________________________________________________________

Che Mai dan Fida- kedua-duanya pernah datang ke kelasku. Che Mai siap berkampung di sini pada kali pertama dia mengikuti kelasku. Riuh rendah kerana kedua-duanya memang ceria (tambah pula cikgunya ini pun tak kering cerita). Kali ni ambil modul aneka tart.
Che Mai boleh dihubungi di 013-9544549. Email mai_skcb@yahoo.com.
Fida pula boleh dihubungi di talian 013-9509400.
Fida membuat permintaan untuk mengajarnya buat 4 biji cupcake dengan bunga fondant. Katanya nak belajar skill buat bunga untuk menyempurnakan tempahan.
________________________________________________

Kak Rock dan Kak Siti pernah datang ambil kelas hand made chocolate. Kali ini datang ambil modul intensif cupcake.
Kak Rock boleh dihubungi di talian 012-9826470, email rokiahkarem@gmail.com.
Kak Siti boleh dihubungi di talian 012-9814188, email ctaishah62@yahoo.com..

Musim raya ni, Kak Rock tak menang tangan 'cetak duit'. :-)

8.11.2010

LACE PUTIH

SALAM RAMADHAN. JADUAL KELAS DI BULAN RAMADHAN BOLEH DIRUJUK DI SEBELAH KANAN WESITE INI. DILA HUBUNGI SAYA SEKIRANYA ANDA YANG BERMINAT INGIN MENUKAR MODUL YANG TERTERA PADA TARIKH PILIHAN ANDA. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
_______________________________________

Kek fondant putih bersih ini saya hiaskan dengan kepingan fondant bercorak lace. Corak lace ini saya buat menggunakan mould lace yang direka oleh anak tempatan, Chef  Shahril. Harganya jauh lebih murah berbanding kita membeli online dari luarnegara.  Penggunaannya juga lebih mudah  berbanding rekaan luar.  Rekabentuk lace kelihatan lebih sharp dan fondant tidak lekat pada mould rekaan Chef Shahril ini. Anda yang berminat, bolehlah melihat rekan-rekaan Chef Shahril dengan melayari blognya http://www.designerlacemoulds.blogspot.com/. anda tidak akan menyesal kerana hasil dari pelaburan anda , anda akan mendapat kek yang elegan. Saya suka kek ini. Sengaja saya memilih warna yang sama untuk meninggalkan kesan romantika. Jumpa lagi


8.09.2010

HITAM & SEPUHAN PERAK

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA TEMAN, PENGUNJUNG & PELANGGAN. SEMOGA KITA SEMUA TELAH LUNASKAN HUTANG PUASA, HUTANG DUIT, HUTANG TANGGUNGJAWAB DLL, AGAR JIWA KITA TENANG UNTUK MENAMBAH IBADAH.

Untuk Ramadhan ini, kelas saya masih berterusan. Kepada yang berminat, sila rujuk jadual kelas di sebelah kanan website ini. Kelas hanya berjalan separuh hari untuk memudahkan kedua-dua pihak, saya dan student tidak terkejar2 untuk berbuka bersama keluarga dan beribadah.

Rakaman foto di bawah, Abang Zaki, pak andam yang mewakili pihak pengantin mahukan kek buttercream tetapi mencontohi gambar kek fondant yang dibawa. Melihat gambar, alangkah susahnya hendak menitu awan larat fondant. Saya awal2 memberitahu saya tidak dapat meniru sepenuhnya. Kalau mahu sepenuhnya, kenalah buat atas fondant.
Untuk memudahkan kerja, kek ini saya siram dengan steam buttercream. awan laratnya menggunakan nozle ;polos nombor 2 dan 4. Terima kasih Abang Zaki kerana memberi platform untuk saya.
Jumpa lagi



8.07.2010

silver putih pilihan sheril

SALAM. JADUAL KELAS DI BULAN RAMADHAN TERLETAK DI SEBELAH KANAN WEBSITE INI. TERIMA KASIH.
______________________________________

Kek tempahan Sheril  dengan warna tema silver putih mengikut warna tema pilihan  pengantin. Aku menggami corak pilihan Sheril ini, klasik tetapi kelihatan elegan. Terima kasih Sheril, memberi ruang untuk akak. semoga bahagiamu berpanjangan. Amin




8.06.2010

beg mengkuang untuk nenda

Salam. Untuk jadual kelas, sila rujuk di sebelah kanan website ini. Terima kasih.

______________________________

Kek bentuk beg mengkuang ini aku dedikasikan khas untuk nendaku- Maryam. Kecil-kecil dulu sering kuikut nenda menetak mengkuang, melarik, merebus, mewarna, menganyam. Kini tidak lagi. Tak nampak sebatang pun pohon mengkuang. :Paya tempat mengkuang tumbuh juga telah kontang, gersang. Tikar mengkuang berganti tikar getah atau karpet mewah. Beng mengkuang telah bertukar beg jenama LV, jenama Bonia. Pada saat orang membuat kek bentuk beg Lv, aku abadikan beg mengkuang. Selepas ini, aku ingin abadikan beg mengkuang dengan jenama yang bergaya. Kek ini ringkas tetapi menyenangkan hingga saya terbawa ke zaman kecil yang penuh nostalgia. Duhai...sentimental value

8.05.2010

riangkan si manja

SALAM SEJAHTERA.
ramadhan ini kelas masak dan hias kek  Zati D'hati akan terus berlangsung seperti biasa. Namun saya tidak menerima permintaan crash course untuk bulan Ramadhan kerana memperuntukkan waktu malam untuk beramal.Jadi sesiapa yang ingin menambah ilmu di bulan Ramadhan, hubungi saya ye. Jadual kelas- sila rujuk di bahagian kanan website ini.
Rasa syukur saya memanjat langga langit - pertama Creative Enterprise mengembalikan hakcipta novel Bila Sena Kembali Berbunga. Ini membolehkan saya menghulurkan manuskrip ini kepada Alaf 21 untuk tujuan penerbitan semula. Penerbitan semula Bila Sena Kembali Berbunga 2 menyebabkan ramai yang mengharapkan BSKB 1 diterbitkan semula. Kedua saya siap segala tugasan saya untuk buku panduan menghias kek-warna warni krim mentega Zati D'hati. Jika diizinkan Allah, pertengahan Ramadhan akan berada di pasaran. Ketiga saya juga telah menyempurnakan  rakaman langkah demi langkah variasi kek fondant imej Malaysia. Hanya tinggal kerja memasukkan teks. Semoga tubuh badan saya diringankan untuk melakukan kerja dan amal, insyaAllah.  Target saya ialah - tahun ini saya mahu menyempurnakan dua buku kek, tahun depan bersambung dua lagi.Dengan ini, tahun depan juga akan saya peruntukkan masa untuk kembali menulis novel.
Ada beberapa foto kek untuk si manja yang ingin saya kongsikan bersama.

Kek untuk Rusnie Puteri ini menggunakan teknik 2D. Jenuh juga saya menggentel halus-halus benang untuk corak baju. Strawberi pada kek ini juga terbuat daripada fondant. Saya tekap menggunakan acuan coklat bentruk separuh strawberi namun saya telah  lengkungkan ke dalam seolah2 ia berbentuk sebiji strawberi. Ia kelihatan seperti buah strawberi sebenar. Untuk pengetahuan anda, khususnya pelanggan saya, hiasan sebegini boleh juga dibuat di atas kek yang dilitupkan dengan krim mentega/buttercream atau ganache.

Di bawah ini pula tempahan Puan Hanim untuk si manjanya. Sekadar menggunakan edible image yang kecil. Selebihnya saya paipklan krim mentega membentuk strawberi dan daun.


Edible image princess menghiasi kek tempahan Puan Maizon. Sesuai dengan puteri, saya memilih lipatan renda menghiasi kek ini.


Kek berbentuk buku ini pula saya sediakan menurut tempahan Zan. Pulang dari Jb menyambut hari lahir adiknya di sini. Ringkas tapi saya menyenanginya. Ada unsur mengajak anak bermesra dengan buku. Yuk! Mari membaca!

8.03.2010

COOKIE MONSTER - cubaan 2D fondant

SALAM. Kelas hiasan kek saya tetap dibuka di bulan puasa. Sesiapa yang berminat untuk mengambil modul kelas di bulan Ramadhan al mubarak ini, sila hubungi saya. Sesungguhnya proses mencari ilmu dan mencari rezeki tiada hentinya di bulan Ramadhan, di samping itu jangan pula kita lalai sehingga lupa meningkatkan amalan. 
___________________________________________

Saat saya mendapat tempahan cookie monster 2D ini, hati gembira bukan kepalang. Melihat  mickey mouse rani bakedecorate2u, teringin benar nak mencuba tapi keseuntukan masa membuat saya tidak sempat hendak trial error. Ketika Puan Maznah membuat order 2D cookie  monster, saya terus saja setuju . saya cabar diri saya sendiri. Juri saya tentu saja hubby dan anak-anak.  Pada awalnya saya tidak letakkan helaian bulu pada cookie  monster tapi cece dan taqiuddin kata, "kena ada bulu, ummi, baru nampak cookie monster."
Saya akur lalu membancuh royal aising. Bukan mudah piping helaioan bulu itu pada wajah cookie  monster yang telah siap, terutama pada bahagian bibirnya. Matnya dapat saya  tanggalkan tapi tidak pada bibirnya. cookies juga saya tanggalkan semula bagi memudahkan kerja piping bulu. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga cookie  monster yang berbulu tidak gebu.  Bagian tepinya saya atur cookie yang terbuat dari fondant.
Puan Maznah terjerit ketika  melihat kek ini, "Kak, gebunya bulu dia."
"Eh! Jangan usik. Nanti patah bulu tu." Saya turut terjerit, membuat Puan Maznah tergamam sekejab. Akhirnya dia ketawa. Rasa teruja juga dapat buat assigment ini...hehehe


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails