9.28.2010

KELAS PELBAGAI MODUL ( aini muar, ita kt, mai kemaman, feeda temerloh, shaharah aust, hasnida kerteh, ita ktnb, rozaini ktn, kak rock ktn, ita trg

SALAM.
Lama saya tidak upload gambar kelas . Saya semak daftar nama student dalam buku daftar saya,  mak aiii... banyaknya belum upload. Itu tanda saya terlalu hanyut dengan kesibukan.
Yuk, saya pamerkan gambar student dan hasil kerjanya.
Di bawah, gambar aini dari muar, johor. Menyertai kelas hand made chocolate, aneka tart, choc deco dan steam buttercream.  Sebenarnya Aini ada bengkel yang mengusahakan makanan kering - bauhulu, kerepek, popia, macam-macam. Malah turut mengusahakan muffin dan kek. Aini boleh dihubungi di talian 017-6424053. Pada hari yang sama, datang Ita dari Kuala Terengganu untuk mempelajari steam buttercream, aneka tart dan choc deco. Ita boleh dihubungi di talian 013-9628168.





___________________________________________________

Cikgu Mai dan Feeda datang lagi. Kali ini untuk mempelajari cheesecake dan aneka tart. Mereka berdua pernah bertemu di kelas sebelum ini. Kemesraan itu membuatkan kelas kali ini riuh rendah. Tambahan pula cikgunya pun memang banyak mulut. Dalam modul cheesecake, saya mengajar cara membuat cheesecake menggunakan kaedah bakar, penyejukan dan membuat mini cheesecake kaedah mousse. Sesiapa nak buat tempahan, boleh hubungi Feeda di talian 013-9509400. Cikgu Mai pula boleh dihubungi di talian  013-9544549.



__________________________________________________________________

Shaharah, pulang bercuti sebentar dari Australia. Hari ini dia ambil kelas, esoknya nak berangkat balik. Tak dapat saya bayangkan bagaimana terkejar-kejar nanti. Ceria dan selalu senyum. Banyak yang kami bualkan termasuk sistem pendidikan di Australia yang lebih mudah berbanding perihnya di Malaysia. Hal ini akan memberi kejutan kepada anak Shaharah apabila pulang ke Malaysia nanti. Shaharah mengambil modul intensive cupcake. Sewaktu menaip artikel ini, saya terbayang Shaharah yang mudah senyum dan lekuk lesung pipitnya.


_______________________________________________________________

Ini pula Hasnida dari Kerteh, Terengganu. Meskipun kelas telah berakhir, Hasnida masih rajin beremel dan menegur saya di fb, bertanya itu ini. Kepada mereka yang datang belajar dengan saya, saya sedia menjawab kemusykilan berkaitan modul yang anda pelajari - melalui call atau emel. Tugas mengajar berpanjangan, bukan hanya setakat di kelas sahaja. Hubungi Hasnida di talian 013-9948664 atau emel adinsah_84@yahoo.com

 _________________________________________________

Gambar fancy cookies dan  hand made chocolate dibawah adalah hasil kerja ita kuantan  dan cikgu rozaini ngah, juga dari kuantan. Mereka berdua tak mahu bergambar.  Ita boleh dihubungi di talian 0129533795, Cikgu Rozaini boleh dihubungi di talian 013-9111232.

 ________________________________________________

Natrah atau saya panggil Kak Nat, datang dari Paya Bungor Kuantan. Kak Nat pandai buat bunga sabun. Sesiapa nak buat tempahan bolehlah hubungi Kak Nat di talian 019-9569889.


 _______________________________________________________________
 Ita dari KT dan Kak Rock dari Kuantan datang lagi untuk belajar cheesecake & choc moist. Ita sekarang kencang dengan jualan hand made chocolatenya. Ita boleh dihubungi di talian 017-9396592. Kak Rock pula kencang dengan bermacam-macam bisnes. Kak Rock boleh dihubungi di talian 012-9826470.





 hemmmmm di bawah ni tersesat pula gambar kek steam buttercream ita kuala terengganu.

disudahi dengan berbanyak terima kasih

9.21.2010

salam kemaafan - masih belum terlewat

salam kemaafan aidil fitri buat semua pengunjung, pelanggan, guru dan teman2 zatidhati fancylicious cakes. maaf atas apa juga kesalahan secara sedar ataupun tidak. semoga kita dapat meraikan kedatangan ramadhan di tahun hadapan. raya tahun ini buat hati pilu, si sulung tidak dapat pulang beraya kerana kerja.


Ingin juga dimaklumkan di sini, kedai edible image saya kembali dibuka setelah beberapa bulan ditutup ekoran kesibukan menyudahkan buku panduan hiasan kek. Harga edible image kini adalah RM17 untuk saiz A4.


Ingin dimaklumkan juga kelas hiasan kek kembali dibuka. Anda yang berminat bolehlah hubungi saya untuk menempah tarikh dan modul.

Akhirnya, saya berterima kasih atas sokongan anda semua dan ukhwah yang terjalin di antara kita di laman maya ini. Wassalam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails