10.18.2010

JADUAL KELAS & JAMU MATA DENGAN CUPCAKE

SALAM.
Ini adalah jadual untuk sepanjang oktober. Untuk november, anda boleh menempah sebarang modul dan tarikh yang anda senangi. Untuk kelas di bawah, ada 3 kekosongan bagi setiap modul. Untuk pengetahuan semua juga, modul intensive cupcake akan berakhir hujung bulan ini. Mulai november, kelas cupcake akan terbahagi kepada dua iaitu cupcake buttercream & ganache, satu lagi adalah mpdul cupcake fondant.
19 okt - kelas cheese cake.
20 okt- kelas fondant hantaran.
23 okt- kelas intensive cupcake.
24 okt - deco buttercream cartoon artwork & 3D.
 25 okt- kelas hand made choc.
26 okt- kelas steam buttercream.
27 okt- kelas fancy cookies & swiss roll.
28 okt - kelas deco buttercream basketweave&hantaran.
29 okt- kelas intensive cupcake.
30 okt - kelas asas kek & swiss roll. berminat? hubungi 013-9823030


Lama saya tidak update website. Ini termasuklah gambar kelas, gambar hantaran dan cerita-ceriti yang tidak terluahkan. Almaklum Iman kian membesar dan lasak. Pantang tengok sesiapa bermain dengan laptop, teringin sama dia duduk di riba dan mengetik butang huruf. Hari ketiga laptop ini saya beli, huruf M telah tertanggal. Apabila dimasukkan kembali, butang M masih tidak stabil, kerap terjongket sana sini. Anak dalam proses penjelajahan.
Bagi sesiapa yang ingin membeli buku Panduan Asas Menghias Kek Warna Warni Krim Mentega, anda boleh mencarinya di kedai2 buku yang menjual buku2 keluaran Alaf 21 atau anda boleh memesan sendiri dari saya dengan harga RM27 termasuk pos. Bagi saya, panduan buku ini lengkap dan bersifat mesra. Disediakan  perkongsian pengalaman bagaimana bermula, mengenali alat masak & hias kek, resipi kek & buttercream, ganache & cream cheese frosting, cara melipat kertas, memasang coupler, belah/lepas kek, bermain dengan warna, bermain krim mentega, jenis2 nozzle, panduan membuat design, panduan menghias langkah demi langkah lebih 30 biji kek. Ini adalah buku yang bersifat asas dan mudah untuk mereka yang mahu menceburi dunia hiasan kek, malah boleh juga dijadikan sumber idea. Untuk buku lanjutan yang akan shooting insyaAllah pada november ini, akan dimuatkan gerak kerja yang agak mencabar.
Baiklah, jom jamu mata dengan kerja tangan saya untuk memenuhi tempahan kek hantaran.









10.07.2010

KEPADA ANA

SALAM. MOHON KEPADA ANA DR INDERAPURA YANG MENEMPAH KELAS UNTUK MINGGU INI AGAR HUBUNGI SAYA SEGERA. TERIMA KASIH

10.04.2010

BUKU P{ANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH! DAPATKAN!

ALHAMDULILLAH, buku saya - PANDUAN ASAS MENGHIAS KEK warna warni krim mentega Zati D'hati kini di pasaran. Lebih 30 design dengan panduan langkah demi langkah menghias dimuatkan. Resepi asas kek, krim mentega, ganache, krim mentega keju turut disertakan berserta tips, panduan dan perkongsian pengalaman. Sesuai untuk yang baru berjinak2 dengan dunia hiasan kek, atau untuk percambahan idea juga sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. 176 halaman warna warni pada harga RM21. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai wakil pengedar/penjual Alaf 21. Atau anda boleh memesan dari saya pada harga RM20 (tidak termasuk harga pos). Kos pos Semenanjung RM 7 (pos laju malaysia) atau RM14 (nation wide), kos pos sabah sarawak RM 11, kos pos ke Singapura RM18 (biasa) ekspress RM57. Saya akan tandatangani dengan kata2 motivasi :-)
Prosedur 'beli dari saya':
1. buat pesanan di zatidhati@gmail.com.
2. masukkan kos keseluruhan (duit buku + duit pos) ke akan cimb AMARUSZATI BT NOOR RAHIM, 06021492959525. Tolong buat automatik email alert ke zatidhati@gmail.com atau automatik sms alert ke 013-9823030 sekiranya anda membuat pembayaran online. Sekiranya anda membuat pembayaran di teller  atau kaunter, mohon scan dan emailkan slip pembayaran kepada saya.
3. sertakan alamat dan telefon  juga pada emel pemberitahuan pembayaran.
4. saya akan poskan kepada anda.
jadi tunggu apa lagi? dapatkan buku ini segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails