11.08.2010

jadual kelas dan update kelas

Posted by AMARUSZATI NOOR RAHIM at 11/08/2010 0 comments
SALAM. DI BAWAH ADALAH JADUAL KELAS. BAGI YANG BERTANDA *** , ITU MEMBAWA MAKSUD MODUL BOLEH DITUKAR KEPADA MODUL PILIHAN ANDA. Untuk pengetahuan semua, student akan berlatih membuat latihan di atas dummy dan papan terlebih dulu sebelum deko di atas kek. Kelas bermula jam 9 dan waktu selesai adalah mengikut kepantasan student. Makan minum disediakan.

***20 NOV - DECO BUTTERCREAM HANTARAN (pagi)
DECO BUTTERCREAM BASKETWEAVE (PETANG)
***21 NOV- STEAM BUTTERCREAM 
22 NOV- CHOC & ROSE GANACHE DEKO (PAGI)
DECO CARTOON ARTWORK (PETANG)
(ADA 2 KEKOSONGAN)
***23 NOV - MODUL CHEESECAKE (PAGI) 
MODUL ANEKA TART (PETANG)
*** 24 NOV -MODUL ASAS CUPCAKE (PAGI)
MODUL CUPCAKE FONDANT (PETANG)
***25 NOV - STEAM BUTTERCREAM
***26 NOV - KEK FONDANT HANTARAN
***27 NOV - CARTOON ARTWORK (pagi)
PRINCESS 3D (PETANG)
***28 NOV -MODUL  NOVELTY (PAGI)
MODUL CUT & PASTE (PETANG)
***29 NOV - ANEKA CHEESECAKE (PAGI)
HAND MADE CHOC (PETANG)
***30 NOV - WEDDING CAKE
KELAS JUGA DIBUKA SEPANJANG DISEMBER. BERMINAT? HUBUNGI SAYA DI zatidhati@gmail.com.


_________________________________



Lama dan banyak sungguh kelas yang tidak saya update sehingga saya terlupa nama student. Malah ada yang tercicir dari upload. Maafkan saya. Yuk, lihat hasil kerja Aznie Ismail dari Taman Sri Keramat Tengah, KL. Aznie memandu sendirian ke Pekan. Aznie juga seorang tukang jahit tudung. Hasil kerja aznie boleh dilayari di http://ajnie-isma.blogspot.com/. Anda boleh juga membuat sebarang pertanyaan ke email ajnie_2805@yahoo.com. Aznbie ambil kelas choc deco, basketweave, asas bake. Good luck, Aznie.







 _________________________________________________________________

Saya ke Kajang, ke rumah teman lama saya Rahimaton. Lama tak jumpa Aton, 23 tahun lamanya. Kami satu sekolah dulu. Dia ambil kelas intensif cupcake. Sekolah dulu, dia brutal...sekarang dia suka masak dan baking. Sikit punya bagus. Ada lebihan krim, saya buatkan untuk anak perempuannya kek princess. Anak manis yang suka sangat pada himpunan barang2 princess ni tersenyum ceria dapat kek princess. Sesiapa yang berinat untuk order, boleh hubungi Aton di talian 0126793126.



 __________________________________________________________

INgat tak dulu saya ada war-war nak buat kelas di Taman Pulai Indah di JB. Kelas itu tertangguh dua kali. Pertama kali atas permintaan student. Kali kedua kerana Iman sakit mistik. Atas rasa tanggungjawab saya pada perjanjian, maka saya pergi juga ke JB meskipun student hanya 3 orang. Ada yang kita sangka kawan baik, beria-ia nak hadir tetapi beritahu yuran akan dibayar sekaligus dalam kelas. Iyalah, saya ni percaya pada kawan. Pada saat akhir terus diam walhal kelas kali pertaa dibatalkan kerana dia.  Yang seorang lagi pula, sms tidak dapat datang, akan bayar ganti rugi konon tapi sampai sekarang menyepi. Saya ambil teladan, dalam hal duit jangan percvaya pada sesiapa pun. Namun saya menganggapnya sebagai satu penipuan. Hati saya kata, tak mengapa kau tak jujur, tak mengapa kau tidak bertimbang rasa, akan ada harinya Allah akan membalasnya, memberi kerugian walaupun bukan dengan cara yang sama. Yuk lihat hasil kerja Zai.


Ini pula hasil kerja Hamidah, tauke besar. Hamidah rajin juga buat lain-lain jenis kek dan seseorang yang suka R&D. Saya hilang no hp Mid dan Zai, tak dapat war-warkan di sini no untuk dihubungi.


Ini hasil kerja Nonis Creative Cakes. Saya buat kelas di rumahnya. Terima kasih Noni. Noni boleh dihubungi di talian 019-7452114.


 ______________________________________________________

Ini pula Amy dari Batu Caves. Datang dengan bas, sampai jam 2 pagi dan saya sedia menanti di terminal Pekan. Amy ambil kelas choc deco, 3D princess dan steam buttercream. Jengah ovenibu.blogspot.com atau hubungi amymila76@gmail.com.





_________________________________________________
Ini pula izah tauke http://izzahcuppies.blogspot.com/. Datang ambil kelas aneka tart. Izzah boleh dihubungi di talian 012-9850645.


Terima kasih untuk sokongan anda semua.
Related Posts with Thumbnails
 

ZatiD'hati Fancylicious Cakes Copyright © 2010 Designed by Emila Yusof