1.15.2011

SAYA BANGGA TERIMA MEREKA

Salam

Salam. Meneruskan kehidupan, akal perlu merancang ke arah pembangunan berterusan. Untuk pembangunan ini, aku perlu merangka apa yang perlu kupersiapkan untuk menjelmakan hasrat menjadi kenyataan.  Untuk itu, kelas hiasan kek dan bermacam kelas lagi terpaksa skututup hingga januari. Sesiapa nak kelas dalam januari , yang dah sms, dah emel, dah call, yang baru nak kenen2 pun, bolehlah booking dalam bulan feb.
Dikongsikan bersama di sini, foto2 mereka yang datang ke bengkelku untuk aku perturunkan ilmu. Ada yang dah beberapa kali datang, ada yang baru saja datang. Terimakasih, kerana mepercayai diri ini.
Di bawah ni pasangan adik beradik, zaireen dan zarina.

Ushhhh! Apasal dua tigakali upload gambar si zaireen tak keluar2 gak ni.... boleh tengok hasil kerja mereka di dbaksensations.blogspot.com.

Ha, yang ni siap sinsing baju...Ita dari Indera Mahkota. Ita ini pun dah berapa kali datang, tak jemu2 belajar, mencuri2 masa di samping menguruskan syarikat percetakannya. Untuk order, boleh eel Ita di beautyckers@yahoo.com


Ini pula Zuraina Ali, emelk zurainaali@gmail.com. Kecil-kecil cili padi. Pantas juga kerjanya.


Ini pula hasil kerja Sariyati, 019-9600797.  Ayahandanya setia menunggu, pusing2 jumpa kawan di bandar Pekan dan datang semula menunggu. Sokongan yang bagus!





Siti Zaleha Daud, dari Temerloh.Teruja sangat dia. Warna pilihannya biru. wahhh...biru. ambil kelas fondant cake. Bolehlah test skill siti dengan mebuatb tempahan di talian 019-9925251



Senyu lebar si Lily. Dah lama tak datang, tiba2 Laily datang lagi. Dia  ambil kelas cheesecake dan hand made choc.



Orang lama, saya kira lebih berpengalaman dari saya. Datang belajar choc deco. Naanya Kak Norsila. Boleh dihubungi di talian 013-9325284

Rabihah Inil Hajat pelajari pelbagai jenis cupcake - red velvet, walnut, choc keju dan double hoc. Rabihah dari negeri sembilan, ditemani suami yang baru saja sembuh dari pembedahan. Sokongan yang baik, Rabihah, jangan disia-siakan.



Dibawah ini- pasangan adik beradik - zaireen dan zarina. Zaireen ambil kelas english garden cupcakes dan Zarina ambil kelas cheesecake & tart.

 

1.07.2011

FIKIR YANG POSITIF SAJA

Salam rindu yang menggebu-gebu, sahabat2 dan pengunjung2.
Tahun baru datang lagi. Azam? Saya tidak ada azam untuk tahun baru. Azam saya pada setiap hari. Setiap kali sebelum tidur, saya berazam seandainya Tuhan memberi saya nyawa lagi saya ingin melakukan yang lebih baik dari semalam. Setiap kali bangun tidur, saya bersyukur diberikan nafas lagi dan opagi itu adalah pagi baru untuk saya. Setiap hari adalah hari baru.
Menyemak buku pendaftaran kelas... agh...banyaknya kelas tidak berupdate masuk ke blog dan facebook hingga ada yang sms dan emel bertanya, "Kak, tak buat kelas dah ke?" oooo...buat, masih buat...cuma tak sempat update je.
Untuk bulan ini, kelas hanya pada 15 jan- kelas fondant. Hari lainnya, saya perlu peruntukkan untuk shooting buku, penambahan teks, dan satu projek perubahan. Projek apa tu? Tungguuuuu...


Ok, kita jau mata dengan hasil tangan saya. Saya gembira dapat order ini. Hasil kerja novelty amat saya gemari tapi jarang2 orang di sini nak order kek novelty, apatah lagi dibuat dari fondant. Ini adalah kek untuk cucunda Tengku Iskandar. Kek di dalamnya kek prune lembab. Rasanya enak dan digemari anak-anak.  Saya puas hati dapat siapkan kek ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails