Bersama meringankan beban Qistina Balqis Maisara.15% dari pembelian produk kek biasa dan 20% dari pembelian kek perkahwinan Zati d'hati akan disalurkan ke Tabung Bantuan QBM. Usianya 5 bulan - terlalu kecil untuk menanggung derita sakit jantung berlubang, sumbing, infeksi paru2 & beberapa masalah lain.Anda juga boleh menyumbang terus ke tabung berkenaan. Maklumat lanjut di
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_181992858498505
2.13.2011
2.07.2011
Menukang Impian Jadi Kenyataan
Salam. Sebelum bercerita panjang, berikut ini adalah jadual kelas untuk bulan Feb.
20 feb - kelas aneka heesecake - rm220 (pagi)
kelas asas kek - rm250 (petang)
21 feb - kelas 3D buttercream - RM 200
kelas cartoon artwork (piping gel + buttercream) - RM 200
22 feb - kelas buttercream hantaran - RM200
kelas buttercream basketweave - RM200
23 feb - kelas fondant hantaran - RM 350
24 feb - kelas buttercream hantaran - RM 200
kelas hand made chocolate - RM 250
Untuk penyertaan, sila hubungi saya di talian 017-9427033/ 013-9823030.
Mimpi tak perlu dibeli tapi ia boleh ditukang menjadi kenyataan! Saya percaya kepada minda yang positif, kekuatan dan semangat dalaman di samping doa dan redha kepada ketentuan Ilahi. Untuk menukang impian menjadi kenyataan, saya perlu berkorban., Antaranya saya perlu kurangkan kelas untuk beberapa waktu bagi merealisasikan cita-cita. Alhamdulillah, Akademi Bakeri Zati D'hati telah saya daftarkan. Di mana ia akan bertapak? Rahsia untuk sementara waktu (hati saya seperti tersenyum menulis ini., hati boleh tersenyum? ye, hati saya boleh tersenyum dan ketawa. hati saya bukan untuk menangis dan berduka). Meski ada beberapa rintangan untuk menjadikan akakemi ini satu kenyataan, namun saya terima ia sebagai satu dorongan. Ia bukanlah halangan. Saya akan redah apa saja demi matlamat saya untuk meramaikan lagi agen produk halal di tanah air. Biarkan saja proses ubah suai dan melengkapokan akademi ini berjalan dengan baiknya. Doa putih saya memanjat tangga langit, semoga hasrat ini diperkenankan Ilahi.Amin ya rabb.
Selain itu, saya berterima kasih kepada pembeli-pembeli (penyokong-penyokong) yang membeli buku Panduan Hiasan Kek Warna Warni Krim Mentega sehingga ianya laris di pasaran dan khabarnya sedang dicetak semula untuk memenuhi permintaan. Harap ia tidak sekadar untuk memenuhkan rak anda. Cuba dan praktikkan, setidak-tidaknya untuk mebesarkan hati ahli keluarga sendiri. Pada yang bertanya tentang buku siri ke 2, ia akan menyusul. Tidak dapat dijanjikan bhila kerana ada 3 shooting kek yang belum selesai.
Pada yang bertanya kemunculan buku Biz Kek Cawan Asan dan Lanjutan, insyaAllah... saya berusaha melengkapkan sepenuhnya. Shooting asas telah selesai sepenuhnya. Shooting untuk buku lanjutan akan bersambung 14 & 15 ini. Ragam Iman dan urusan pembukaan kedai antara yang menyebabkan kemaskini teks buku ini tertunda-tunda. Tapi insyaAllah, saya akan siapkan. Apa cita-cita saya yang belum saya realisasikan? Dvd panduan hiasan kek! Telah lama menjadi impian tapi saya pendamkan kerana masa yang perlu saya bahagikan untuk penulisan, kelas dan tempahan kek. Apabila melihat Dvd Lea Oven, semangat saya berkobar semula. Sudah sampai masanya kita mengikut penyebaran ilmu stail barat. Bila akan saya laksanakan? Tunggu! Kena kira masa...
Mengakhiri catatan, saya jamu anda dengan hasil kreativiti saya...
Kek tempahan Haq - steam buttercream.
Kek bentuk sport rim, hantaran Nurul untuk suaminya Dean. Sport rim keemasan dengan semburan air brush.
Cadangan 11 tingkat untuk Nurul dan Dean tetapi saya tertinggal papan kek. Kedai tutyup kerana CNY. Dengan bantuan Halimah D'Kasih, saya membeli papan darinya. Dengan peralatan yang darurat, saya deko kek ini 7 tingkat. Tanpa piping beg, hanya gunakan kertas minyak yang keras. Tanpa pewarna coklat, saya gantikan cooking coklat yang tidak sempat set. Ini pengalaman mendebarkan menghias kek di tempat orang yang jauh dari daerah saya. Selamat untuk Nurul dan Dean.
Steam buyttercream dengan hiasan bunga artificial. Cukup menyenangkan hati saya.
Tempahan sport rim silver dari seorang kakak untuk adiknya.

Tempahan telefon bimbit black berry...agh! saya suka melakukan kerja2 novelty. cukup menghiburkan.
sampai ketemu lagi....
Labels:
kek perkahwinan,
novelty
Subscribe to:
Posts (Atom)