Assalam. Kesibukan anak2 hari ini seperti telah diprogramkan untuk akademik semata-mata. Sesekali apa salahnya memberi ilmu yang bersifat santai untuk mereka. Bagi menyumbangkan sesuatu ke dalam jiwa anak-anak, ZDH telah membuka kelas Little Cakes Artist dengan mengetengahkan modul Cartoon Artwork. Modul ini berharga RM200 untuk gol;ongan dewasa tetapi anak2 bertuah ini dapat menimba pengalaman dan ilmu di ZDH pada kadar separuh harga. Kelas dimulana dengan demo memasak kek span, membancuh buttercream. Kemudian anak2 ini ditunjukkan cara membuat cartoon transfer. anak-anak yang berusia 9-15 tahun ini membuatnya sendiri. Bayangkan, bagaimana mereka begitu yakin untuk menghias kek dengan jari-jari kecil mereka. Sebentar2 ada yang angkat tangan,"cikgu, saya siap cikgu." Wah! Seronok saya mendengarnya. Kelas sebegini akan diakan lagi pad musim cuti sekolah panjang dengan pelbagai modul lain. yang pasti, ZDH mahu kanak-kanak enjoy sambil dapat ilmu bermanfaat. Jo, kita saksikan kemeriahn ini...
No comments:
Post a Comment