4.08.2012

Biarlah...saya redhakan...

Assalam. Membuka bakeri memberi pelbagai pengalaman yang 'mengasyikkan'. Bukan saja bertambah pelanggan dan kenalan, tetapi juga ada orang yang tibatiba menganggap kita sebagai musuh. Saya terima itu sebagai rencah. Saya tidak pernah menganggap rakan  baker sebagai musuh. Semakin ramai orang tahu masak dan hias kek, semakin berkembanglah dunia makanan halal. Saya tetap akan bersangka baik meskipun cerita yang sampai ke telinga saya ni pelbagai macam. Kalau ikutkan hati memanglah nak sumbatkan kepala  orang2 ini ke dalam lubang tandas dan flushhhh tapi hati selalu ingat, "tak apalah. biarlah dia buat, aku bukan nak hidup menongkat langit pun." Saya biarkan mereka membawa cerita setakat mana yang mereka mahu dan mampu di samping saya terus mengakui setiap orang ada kelebihan masing2, bersyukur atas yang Allah berikan, tidak perlu cemburu kepada orang lain, tidak perlu memusuhi orang lain kerana itu adalah sikap takutkan bayang2 sendiri. Sentiasa positif, zati...biarkan si luncai terjun dengan labunya. Nawaitu yang bersih mesti disimpan kejap dalam diri. Mesti. Selebihnya, tak perlulah saya bercakap banyak, Allah lebih mengetahui. Saya maafkan setiap kesilapan mereka. ini penting supaya saya sentiasa tenang dan menyedari hidup ini tidak lepas dari hukum Tuhan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails