1.16.2012

pakej gorgeous continental cake part 3- spara hands on


klik foto untuk view

Kelas pakej gorgeous continental cake part 3 akan diadakan pada 23 jan. yuran hanya rm200. pelajari menyediakan kek miss pretty hazel, royal caramel dan choc mascarpone. kelas spara hands on / buat dalam kumpulan 4-5 orang. kalau kelas personal rm180 untuk sebiji kek dan minima kena ambil dua jenis kek continental. rebut peluang ini segera kerana tempat teramatlah terhad. hubungi 013-9823030. sekian .

ketahui untuk dapatkan steam buttercream yang tidak retak dalam kelas steam bc zati dhati

Ramai yang mengalami masalah keretakan steam buttercream, lalu cover sana sini dengan awan larat, design segala macam dan bunga-bungaan. Kini saya telah temui formula resepi buttercream yang tidak retak dan mulus. Saya juga telah dapatkan cara untuk mengelakkan papan dari geleding ketika diangkat. Amda akan diajar bagaimana untuk mengelakkan buttercream anda bubble dan berlubang. belajar design yang sesuai untuk bahagian tepi kek. juga belajar roses . berminat? sila daftar di 013-9823030

Kelas Bakul Pastri & Tat Buah-buahan Pn Mira


Assaalam. Diva kek bakul pastri, Puan Mirawati mohamad akan turun ke Kuantan pada 19 feb. Beliau akan mengajar modul kek bakul pastri dan aneka tat buah-buahan. Yuran rm 300, percuma satu set acuan bakul. Bertempat di premis saya, akademi bakeri zati dhati, kuantan. makan disediakan. tempat sangat2 terhad. daftar sekarang. terima kasih

kelas januari

Kelas Zati D;hati masih berfungsi seperti biasa. Jika dulu kelas saya beroperasi di Pekan, mulai April 2011 kelas beroperasi sepenuhnya di tingkat atas Akademi Bakeri Zati D'hati, De Mara Smart Home Biz Park, lorong Sg Isap Jaya 2, Kuantan. Amat mudah untuk ke sini. Laluan bas ekspress, boleh berhenti turun di simpang Perkampungan Sg Isap Jaya. Boleh juga ambil teksi terus dari airport atau pusat bandar. hotel murah juga banyak.
Berikut adalah jadual yang telah saya susun namun bukan semua tarikhnya telah dibooking. Bagi anda yang berminat dengan modul lain yang tidak tercatat di sini, anda boleh hubungi saya di talian 013-9823030 untuk bertanyakan penukaran modul atau kekosongan tarikh. Bagi kelas spara hands on, anda akan buat beramai2 dalam satu grup 4-5 orang...kerana itulah anda dapat jimat beratus ringgit daripada anda mengambil pakej diy/fully hands on. Namun untuk kelas hiasan kek, kami langsung tidak menyediakan kelas spara hands on. semuanya diy kerana ia menuntut latihan personal. Jadi, klik foto ini untuk baca jadual dengan lebih jelas lagi. Terima kasih atas sokongan anda

1.11.2012

Litlle Cakes Artist


















 Assalam. Kesibukan anak2 hari ini seperti telah diprogramkan untuk akademik semata-mata. Sesekali apa salahnya memberi ilmu yang bersifat santai untuk mereka. Bagi menyumbangkan sesuatu ke dalam jiwa anak-anak, ZDH telah membuka kelas Little Cakes Artist dengan mengetengahkan modul Cartoon Artwork. Modul ini berharga RM200 untuk gol;ongan dewasa tetapi anak2 bertuah ini dapat menimba pengalaman dan ilmu di ZDH pada kadar separuh harga. Kelas dimulana dengan demo memasak kek span, membancuh buttercream. Kemudian anak2 ini ditunjukkan cara membuat cartoon transfer. anak-anak yang berusia 9-15 tahun ini membuatnya sendiri. Bayangkan, bagaimana mereka begitu yakin untuk menghias kek dengan jari-jari kecil mereka. Sebentar2 ada yang angkat tangan,"cikgu, saya siap cikgu." Wah! Seronok saya mendengarnya. Kelas sebegini akan diakan lagi pad musim cuti sekolah panjang dengan pelbagai modul lain. yang pasti, ZDH mahu kanak-kanak enjoy sambil dapat ilmu bermanfaat. Jo, kita saksikan kemeriahn ini...

1.08.2012

KELAS ZATI D'HATI MASIH BERJALAN

Assalam. Ada yang mengirim emel dan sms bertanyakan apakah saya telah berhenti dari membuka kelas kek ? Apakah saya telah berhenti menghias kek? Ohoooo saya masih meneruskannya. segala perkembangan saya uploadkan di fb Amaruszati Noor Rahim atau fb page Akademi Bakeri Zati D'hati. Entah kenapa upload gambar ke website terlalu lambat. Misalnya hari ini smeenjak jam 10 pagi hingga hampir maghrib, baru dapat upload gambar.
Terkini, pencinta-pencinta kek gemar mempelajari kek continental. Meskipun rupanya ringkas tetapi inti yang cair di mulut, frosting yang enak seperti aiskrim, kadang-kadang seperti aiskrim susu bercoklat, kadang-kadang seperti aiskrim keju ditambah lagi dengan lelehan coklat yang menggoda... ramai yang menyenanginya untuk dijadikan sebagai kek keraian. Saya telah 
Entry hari ini, saya masukkan gambar kelas pakej spara hands on gorgeous continental cake 1 yang mengandungi Russian Black White Cake (resepi dari BZ Bakeri ) dan 3 yang lainnya resepi saya sendiri iaitu Cheezy Lemon Carrot Cake (double cheese utk cheese mania, enak dimakan setelah disejukkan di dalam chiller) , Strawberry Ice (istimewa kerana filling di dalam turut menjadi frosting di dalamnya, rasanya berbeza dari lain2 filling), Italian Rainbow Cake dengan Italian Buttercream (kek yang rasanya lemak dan moist digabungkan dengan italian buttercream resepi saya sendiri yang gebu dan  lembut ,jauh dari rasa butter yang muak...saya telah mengadunnya begitu rupa sehingga krim ini diminati sekali).
Menyedari ramai yang meminati untuk mempelajari kek-kek sebegini dengan budgect yang kecil, maka saya sediakan pakej  spara hands on (hands on dalam kumpulan 4-5 orang) . Sebenarnya pakej ini adalah pakej demo namun menyedari ramai yang tidak suka memerhati sahaja dari jauh maupun dekat, maka saya jadikannya kelas spara hands on. Cukup murah, kelas spara hands on pada harga demo, siap disediakan makan tengahari.- hanya RM200.
Skeiranya ada yang ingin mengambil kelas ini sebagai DIY (Do It Yourself - in person0, maka harga bagi setiap kek adalah RM180 dan anda membawa pulang kek yang anda siapkan sendiri dari awal hingga akhir. Tetapi disyaratkan paling minima adalah 2 jenis kek.
Jom, kita intai kemeriahan kelas baru-baru ini ...dihadiri oleh pencinta2 kek dari terengganu, temerloh, kuantan,selangor, kedah.












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails