1.22.2013

KEK SEMBAH TAHNIAH UNTUK TUANKU

Assalam. Setelah berminggu menunggu blog saya kembali fungsinya seperti biasa (untuk beberapa lama link untuk upload foto dari fail lenyap dari blog saya), akhirnya alhamdulillah pagi ini terkabul hasrat. Rakaman ini adalah antara keindahan di dalam tahun 2012. Setelah berkali-kali mengalami pengalaman pedih yang melibatkan kek tuanku, selalunya ada saja halangan, peluang diambil orang. Pernah satu ketika, saya telah melakukan sebahagian artwork tetapi tiba-tiba pihak tertentu membatalkan kerja yang diserahkan kepada saya demi memberi laluan kepada kroninya. Memanglah menyedihkan, tertitik juga air mata kerana saya dah berpenat lelah tetapi setelah habis air mata itu, saya cepat2 berpaut kepada 'lepaskan dan terima dengan redha, Allah akan meberi rezeki yang lain.'
 
Untuk kek tempahan Lembaga Muzium Negeri Pahang ini sebagai satu sembah tahniah sempena hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, saya diminta menyediakan carrot cake dengan saiz 36x48x5". Cabaran pertama- papannya. Saya minta seorang tukang keranda tolong potongkan plywood tebal mengikut saiz yang saya berikan. Kedua- nak tutup dengan apa? Ke sana ke mari cuba mencari orang yang sanggup membuat penutupnya, tetapi banyak halangan muncul. Maka kawan saya Masfihan Yusof sehari suntuk membuat penutup yang sangat sistematik mengikut hemat saya. Dengan ukuran yang tepat, penutup itu elok2 saja sama padan dengan papan kek malah ada lubang di penjuru  penutup yang memudahkan kami untuk membuka dan menutupnya. Saya ambil masa sehari untuk bakar walnut, mencelah di antara kerja2 lain di bakeri. Sehari untuk bakar carrot cake dan uli fondant. Dan bermula pada 5 petang esoknya, kerja melapis kek dengan filling cream cheese. Bersambung ke malam menutup fondant, memasang jaluran negeri pahang pada tepinya. Membawa ke pagi membuat artwork potong dan tampal logo.
 
Dalam pada itu juga kami menyudahkan 400 biji giant muffin siap dengan kotaknya sekali untuk diagihkan kepada tetamu2 pada malam penutup rebranding Muzium Sultan Abu Bakar Pekan. Alhamdulillah, segalanya selesai.
 
 
 
 





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails