Ada yang bertanya, akak ni penulis novel ke?
Saya tersenyum.
Saya
menggunakan Zati D’hati dalam dunia hiasan kek. Berkat dorongan dan
kasih suami tersayang, Mohd Azli Lee Abdullah @ Lee Cheong Beng serta
doa kasih ayah bonda, saya mempunyai kekuatan yang cukup untuk menjana
hidup cinta kasih saya – m. hafid, m. amsyar, a.’alim, siti Fatimah
azzahra, a.taqiuddin dan nur iman. Saya sentiasa mencari dan menggilap
kelebihan agar anak-anak dan orang-orang di sekeliling saya menyedari
kehadiran ini. Saya mungkin tidak bernasib baik kerana tidak memiliki
segulung ijazah tetapi saya mempunyai keyakinan, kekuatan, keupayaan,
kepercayaan yang belum tentu dapat di sebuah university. Saya belajar
dari warna dan alam, dari dugaan dan garis ketentuan Tuhan.
Dunia
hiasan kek masih baru untuk saya jika hendak dibandingkan dengan dunia
penulisan yang telah saya mesrai semenjak remaja. Saya bersyukur dengan
kelebihan yang Allah anugerahkan sehingga saya boleh menjadi seorang
penulis - novelis, cerpenis , penulis skrip drama dan penyair.
Menghasilkan 9 buah novel – Keranamu Aku Menangis , Camar Terbang Senja ,
Siti Johanna , Bila Sena Kembali Berbunga, Bila Sena Kembali Berbunga
2, Hidayah Si Gadis Cilik, Kasih Sedingin Salju, Dulu Satu Kini Dua,
Episod Cinta Di Tanah Hijrah. Pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan
Melayu 1992, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995, Hadiah Puisi Esso Gapena
1995, Hadiah Cerpen Utusan 2004, 2005, 2007. Hadiah Sastera Perdana
2003. Hadiah sayembara menulis novel sempena 50 tahun merdeka. Menerima
Anugerah Karyawan Pahang 2004.
Keakraban saya dengan buku dan
keindahan kalimat membuat saya senang dengan deklamasi puisi. Ia bukan
sekadar saya tatap, malah saya jamah, telan dan kunyah sehingga sebati
dalam diri. Saya sempat menggondil beberapa kejayaan dalam dunia
deklamasi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Terengganu tahun
97 dan 98. Johan Negeri Terengganu 1999. Naib Johan Negeri Pahang 2000,
2001. Johan Negeri Pahang 2002, 2003. Naib Johan sayembara deklamasi
puisi bahasa 2002. Johan Peringkat Kebangsaan 2003. Tempat ketiga
sayembara deklamasi puisi Exxon mobil. Beberapa kali saya mewakili
Malaysia sebagai deklamator ke Indonesia dan Thailand.
Atas
kredibiliti yang saya ada, saya sering memenuhi undangan sebagai
penceramah untuk bengkel penulisan novel, cerpen dan deklamasi puisi.
Turut menerima undangan deklamasi dalam dan luar Negara.
Untuk khidmat sebagai pembimbing bengkel penulisan dan bengkel deklamasi, boleh hubungi amaruszati melalui zatidhati@gmail.com.
Ada yang bertanya, di antara hiasan kek, penulisan dan deklamasi, yang mana saya suka?
Jawapan
saya, saya sukakan kesemuanya kerana itulah khidmat saya tersedia untuk
ketiga-tiga cabang ini.
Yang paling saya gemari, tentu saja penulisan.
No comments:
Post a Comment